Gunung Tahan Via Merapoh
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana masih dikurniakan kesihatan baik dari segi fizikal dan mental untuk terus menjadi saksi keagungan ciptaan Allah SWT di bumi ini. Untuk trip kali ini, saya telah sertai satu trip ke Gunung Tahan pada 11-14 Ogos 2017 via Merapoh. Asalnya nak gerak bersama Team Anas dari Terengganu, tapi trip mereka dibatalkan. Jadi teruslah saya men-scroll-kan jari jemari ini di FB HACAM untuk mencari Trip Tahan dalam lingkungan bulan Ogos 2017. Tupp Tupp terjumpalah saya dengan Organizer dari ExoAdventure.
Sedikit info untuk Gunung Tahan ni, ia terletak di sempadan Negeri Pahang dan Kelantan. Dengan ketinggian sebanyak 2187 M, ia diletakkan sebagai gunung tertinggi di semenanjung Malaysia.
Haa Ni Logo dia. Korang boleh follow di Instagram : Exoadventure. Main proponent behind the scene known as Kak Yana April. So bila dah perempuan, bab ration korang jangan risau, trip dibawah beliau sentiasa disajikan dengan makanan2 yang sihat dan menarik. Plus, first time ada kaum2 lain turut serta melalui group ini. Trip ini juga disertai oleh seorang kaum Cina dan India, Personally, i really like the idea of it. It kinda mixing us all around. Okay back to the story. We gathered LRT Gombak and traveled to Merapoh via van, Sorry tercampur omputehhh #hehe
Perjalanan memakan masa 4-5 jam sahaja dari LRT Gombak ke Merapoh. Sampai di bandar mini Merapoh, kami berehat, solat dan breakfast sebelum menaiki powil untuk ke Taman Negara Sg Relau untuk sesi pendaftaran, deklarasi barang2 yang akan dibawa masuk ke hutan. For those of you yang tak tahu, setiap barang, pakaian, plastik, botol2 atau apa2 sahaja yag dibawa perlu direkodkan jumlahnya dan jumlah tersebut haruslah sama semasa korang ingin check out nanti, Ini adalah usaha yang baik dari pihak Taman Negara untuk mengawal disiplin pendaki sekali gus mengekalkan kebersihan khazanah2 hutan ini. Terbayekk !
Sesi Deklarasi, Dah Macam Pasar Malam :D |
Once we finished declaring all the items, we repacked our haversack again and also, we have to carry some ration. They have divided equally i guess. So, we all share the heaviness together lah :D Next, kami menaiki powil dari Taman Negara ke Sg Relau di mana kami akan mulakan pendakian. Untuk hari pertama, ia lebih kepada Fasa Pengenalan Hutan, bak kata guider kami, Abe Mat Besi, Seorang lagi guider kami, Abe Piji. Mereka berdua adalah authority untuk trip ini and mereka semua sempoiii. Dalam perjalanan powil tu, korang akan dikelilingi dengan hutan tebal di kiri dan kanan. Macam2 perasaan ada :D
Bergambar dulu sebelum memasuki hutan |
Dari kiri, Bro Ejai Tiki Taka, saya dan Onn Davidd Teyo. Kami lunch dan mulakan pendakian. And Now I walk into the Wild. Perjalanan amat santai pada hari pertama, trail yang well-defined dan ada beberapa sungai yang perlu diredah. Sungai tak dalam yea. Paras lutut dan peha sahaja. Namun, jangan pernah memandang remeh yea, sentiasalah berhati-hati di setiap langkah. Jalan dalam kelompok amat disarankan. Setelah 4 jam lebih tracking, kami tiba di kem Lata Luis. Di sana, kami set campsite untuk bermalam.
Di Lata Luis, waterpoint nya tidak jauh, hanya 100 meter sahaja. Jadi keperluan air di sana amat mudah, terutamanya di bahagian chef untuk masakan. Selesai set up fly, ground, kami, membersihkan diri, mengambil air untuk minuman, bersolat dan makan malam. Suasana yang amat menyenangkan dengan bunyi-bunyi hutan desiran air terjun yang mengalir tanpa henti,peghhh ditambah pulak dengan kopi panas , eh kopi ke teh. Lupa pulak. Memang layann. bak kata omputeh, Claumatize :D
Selepas itu, kami ada aktiviti ice breaking sikit. Mengenali setiap individu dalam line up ini dengan lebih formal. Rata2 peserta masih muda remaja, 30 series, 40 series pon ada juga. Apa2 pon, saya memang respect dengan semua. Dalam mana2 trip pun, clan anda adalah keluarga anda. Masing2 mempunyai reason tersendiri tentang kenapa kita mendaki, ada yang ingin mencabar diri, ada yang ingin mencari ketenangan, ada yang mengejar graduasi G7, konvo dah tak lama,. Apa2 pun, we all share one reason in common, to challenge the extension of oneself. Mental is very prominent in any hike, without its stability and control, we might fall behind. We fight against the negative of us, whom keep saying No, No, you can't, just go home. Okay done philosophy.
Keesokannya, kami bergerak awal pagi dari Lata Luis, terus menuju ke Kem Kubang. Sempat menyinggah di Kem Kor untuk simpan barang2 sebelum meneruskan perjalanan. Dari Kem Lata Luis ke Kem Kor, trail nya masih malu malu manja, ada naik turunnya dan dari Kem Kor ke Kubang, sebaliknya. Trailnya memang 'Tiada Maaf Bagimu". Segala degrees of inclination kami temui, 50, 60, 80, 90 ? namakan saja. Disinilah permainan mental dan fizikal dicaturkan. Namun, Alhamdulillah, kami dapat harunginya dan tiba di Kem Kubang. Sampai di Kubang, set up camp .
Sempat ber-boys-bonding sat. Paling depan, Azli, saya, Ejai Tiki Taka, Dollah Hapak, Syahir Takde bulu terus, dan Afif BamBam. Yang pakai Windbreaker pinkie kat belakang tu Puan Gayathrie, panggil Gaya aje. Dia ni speed Kijang. Padu, Mantopp, Pace Runner2 ni Lain Macam. hehe.
Sementara menunggu yang lain, bersembang, gossip, menghabiskan lunch yang dah dibekalkan dan rehatkan tubuh badan. Tak lama tu, solat sat dan Si Azli ada plan bayekk. Dia ada stok Bubur. Peghhh
Kitorg pun tag team bubur di campsite area waterpoint Kem Kubang ni. Memang sedap bubur tu. The thing is, in this situation, anything so called as food, semua jadi SEDAP giler. It is soo magical ;)
Makan, bersembang, makan, bak kata si Ejai, Si Afiff ni conversation channel. Jadi macam2 topik yang diketengahkan. Namun, as MatBesi mentioned, yang jahat kita tinggal, Baik kita bawa balik. Cuma nak pesan, pentingnya misai dan jambang untuk lelaki.
Kami bermalam di Kem ini sehingga jam 1 am. Pada jam 2am, kami akan terus straight ke peak. Suhu sangat sejuk waktu tu, kalau kem di Bonzai, mungkin lebih sejuk. Perjalanan rasa lebih cepat, dan kurang memenatkan pada pagi itu. Kami tiba di Kem Bonsai kurang lebih jam 7am dan solat subuh di sana. Haa dari situ, pemandangan gunung ganang sudah jelas kelihatan. Subhanallah. sukar nak gambarkan dengan kata2. Kejap lagi abam payung. Sangat cantik, indah, menenangkan.
Abg Firhat sempat posing |
Masa Ni Semua Orang Macam Bertenaga?? Kenapa ehh :) -JIMA-UTBAH-FARA-WAFI-DOLAH-AFIF BAMBAM- |
To my son, papa terbayangkan mama kamu masa ni :)
Cantikkan ? Dia single lagi :D Termenung apa tu Jima :) |
Ini Kem Botak. 1 Jam ke puncak dari sini. |
No comments:
Post a Comment