Assalamualaikum dan selamat petang semua. Jika anda sering mengikuti aktiviti outdoor seperti Hiking, Camping, sudah pastinya anda sering mendengar golongan hikers ini menggunakan istilah "PEWAI". Saya sendiri pernah mengalaminya semasa peringkat awal menceburi aktiviti sukan ini. Pernah saya ajukan soalan ini pada seorang uncle cina di Puncak Broga. 

Saya : Uncle, apa itu ahh Pewai ?
Uncle : Pewaii ohh ? Itu masutnya kau sudah KO lorr.. 

diikuti gelak tawa beliau bersama isterinya yang masih bertenaga mendaki. 

Dari situ, saya mula membuat penyelidikan dengan lebih dalam (peghh) haha. Takdelah, saya hanya ajukan soalan yang sama kepada hikers lain di trip-trip saya yang lain. Akhirnya, rata-rata memberi respon yang seakan sama dan merujuk kepada sesuatu dan daripada itu, lahirlah satu definisi yang separuh official mengenai APA ITU PEWAI. 

Definisi Pewai : Kelemahan , kepenatan yang teramat sangat. 

Kebiasaanya, setelah pendaki mendaki terlalu lama dengan keadaan trail yang ekstrem , ia akan menyebabkan si pendaki mengalami kondisi "Pewai". Si Pendaki akan mengalami kekejangan otot, mula mengalami kecederaan fizikal dan mental. Pada tahap ini, keseimbangan mental si Hiker adalah tidak stabil. Ia akan mula meraung kemarahan dalam kepenatan, ingin segera pulang ke rumah kerana tidak sanggup lagi melayan pewai ini walhal setibanya mereka di rumah, mereka akan meraung untuk mendaki semula. 

Pewai Dalam Gembira
Mungkin Dah Sampai Peak  :)

Antara Ragam Pewai 

Buat kita semua, jika kita dalam situasi di mana rakan trip kita sedang mengalami kondisi yang PEWAI, berikan mereka bantuan baik dari segi fizikal seperti memperlahankan langkah anda, rehat sebentar, berikan mereka makan/ minum ringan serta beri sokongan mental dengan kata kata semangat. Ia sangat penting untuk mencipta suasana yang positif agar rakan kita dapat bertenang dan kembali enjoy menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Sekian sahaja dari saya, Cintailah alam seperti mencintai Dirimu Sendiri. Selamat Berhiking :D

Instagram : aliffarifen

APA ITU PEWAI ??

4 comments: