Assalamualaikum dan selamat sejahtera ! Harapnya anda semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja ya. Pada 18/11/2018 lepas, saya telah ke Shah Alam untuk satu event Half Marathon Shah Alam dan di kesempatan itu juga, salah satu tempat yang dilawati sementara menanti waktu mula Marathon ialah Muzium Sultan Alam Shah. Untuk pengetahuan anda, Muzium ini terletak benar2 di Bandar Shah Alam, bersebelahan Masjid Shah Alam, Dataran Kemerdekaan Shah Alam serta beberapa pusat membeli-belah seperti SACC Mall dan Plaza Alam Central. Tiada bayaran untuk masuk dikenakan. Baiklah, dibawah ini terdapat sedikit maklumat yang saya peroleh dari Muzium Sultan Alam Shah, ia merangkumi dari pelbagai sudut sejarah ya.

 Pendudukan Jepun

Jika anda masih lagi mengingati sejarah ketika tanah yang kita cintai ini diserang dan dijajah oleh tentera Jepun, pada tanggal 11 Januari 1942, tentera Jepun telah berjaya sepenuhnya menawan Kuala Lumpur, dan ini juga bermakna bahawa Jepun juga telah mengambil alih pentadbiran jabatan2 kerajaan termasukklah Muzium Selangor. Jepun ketika itu tidak berminat untuk aktiviti muzium jadi muzium Selangor telah dijadikan sebagai markas kepada tentera Jepun. Lama kelamaan, kesedaran mula timbul oleh mereka dan beberapa usaha diambil untuk memajukan muzium walaupun tidak se-gah di zaman pemerintahan kerajaan British terdahulu.  

Replika Kubur Kepingan Batu

Batu Tumbuk (Pounding Stone)

Bangunan Sekolah Melayu
Haaaa.. jika dilihat sekali pandang, bangunan apakah ini difikiran anda? Untuk pengetahuan anda, lebih kurang beginilah struktur pusat pendidikan dan sekolah pada zaman terdahulu. Ini ialah model contoh Sekolah Melayu Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor yang dibina pada tahun 1918. Antara bahan yang digunakan untuk membina bangunan ini ialah kayu tempatan dan daun rumbia sebagai atap. Ia juga dibina secara bergotong-royong dan ini menunjukkan betapa muafakatnya penduduk ketika itu bekerjasa dalam pembinaan instituti pendidikan ini ya.

Gambaran situasi di banda Klang suatu ketika dahulu

Bangunan Tan Boon Chia, terletak di Rasa, KKB

Peranan Sultan dalam sistem budaya politik Melayu ketika itu amatlah besar. Puncak sistem politik bagi sesebuah negeri ialah pemerintah yang bergelar Yang di-Pertuan, Raja ataupun Sultan. Sultan sesebuah negeri dianugerahi daulat istiadat pertabalannya dan dipercayai sesiapa yang melanggar daulat dikira derhaka. Umum mengetahu, sejarah2 terdahulu banyak membawa kita kepada betapa pentingnya peranan Sultan2 dalam pentadbiran, hubungan diplomatik samada di era penjajahan ataupun tidak. Kebesaran seseorang Sultan dihubungkan dengan alat-alat kebesaran yang berbeza mengikut negeri.  

Keris Semenanjung. Ada banyak lagi jenis2 keris yang dipamerkan di Muzium ini. So hopefully this will trigger you to humanly visit the Museum in the future :D

Inilah model Basikal yang digunakan Tentera Jepun ketika mereka menawan Tanah Melayu melalui jalan darat

Terdapat juga zon alat2 Muzik bagi mereka yang into Musc instruments :D 

Buaya Tembaga

Samurai Sword ! 

Falsafah Silat
Silat adalah khazanah warisan budaya Malaysia. Ia adalah seni beladiri  Melayu yang bertapak di rantau Nusantara sejak kurun ke-4 iaitu kerajaan Jambi di Sumatra. Pada asalnya, seni beladiri ini bermula dari istana sebagai ilmu mempertahankan diri bagi raja dan pengikut2 baginda semasa penghijrahan dan mengasaskan pemerintahan. Antara negara yang mengamalkan seni silat ialah Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Thailand. Di Malaysia, catatan bertulis dalam sejarah silat bermula di zaman Parameswara yakni di kurun ke-12 !!, sebelum kerajaan Melaka dibuka. Kisah Sultan Alauddin Riayat Shah yang mahir bersilat dan menangkap beberapa pencuri ketika membuat rondaan di kota Melaka menunjukkan betapa amalan silat telah begitu tersemat begitu dalam di dalam Istana dan masyarakat ketika itu. Kisah 5 hulubalang Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang menuntut ilmu di Gunung Ledang hingga Hang Tuah menjadi Laksamana Melaka menggambarkan perjalanan perajurit2 Melayu dalam dunia persilatan. Mungkin ramai yang tidak sedar, perkataan Silat telah menjadi sebutan rasmi kepada beladiri Melayu. Sebelum itu di kepulauan Jawa, ia lebih dikenali dengan Pencak. Terdapat juga orang Melayu Bugis, Acheh, dan Fatani menyebut Gayung. Falsafah tersembunyi dalam ritma "silat" yakni elak dan elat (ilat), atau dalam mengelak-mengilat. Dalam latihan, silat dilihat sepertimana beladiri lain, menggunakan mental dan fizikal tetapi pada hakikatnya ia tetap berbeza dalam penyampaian dan pengisian mengikut budaya adab. 

Mini Zoo !

Sekitar Muzium, hanya bersebelahan Masjid Shah Alam

Pantun menjadi satu manifestasi kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Bukan mudah untuk menghasilkan pantun yang membawa makna yang "dalam". Ini menunjukkan masyarakat kita mempunyai kemahiran berfikir yang tajam serta penuh dengan seni dan adab. 

Baiklah, cukuplah sekadar ini dahulu, selebihnya terserah kepada anda untuk melawat Muzium ini sekiranya anda berkelapangan dan ingin mendapat gambaran lebih jelas tentang sejarah Melayu,sejarah pembinaan Muzium ini, dan khususnya sejarah berkaitan negeri Selangor. Sejarah teramatlah penting, dengan mengetahuinya, ia dapat memberi kesedaran agar kesilapan2 lepas tidak lagi akan berulang. Sekian sahaja dari saya, semoga anda semua mendapat sedikit manfaat dari penulisan ini serta sentiasa dirahmati Allah SWT. 

-Assalamualaikum dan salam sejahtera-

MUZIUM SULTAN ALAM SHAH

4 comments:

  1. Jom kita buat kembara 40 masjid..hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. InsyaAllah bro Haswan. Bawak anak2 nanti, agar mereka tak lupa sejarah, tapi risau diorang suka part buaya tembaga tu je nanti. hehe

      Delete