Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja ya. Harini entry pendek sahaja. Saya nak upload sedikit penceritaan perjalanan saya dan team Rentas ketikamana kami telah melakukan ekspedisi hiking di sebuah gunung yang bernama Gunung Relau. Untuk pengetahuan anda semua, Gunung Relau ini terletak di daerah Kampar, Perak dengan ketinggian 951 meter dari aras laut. Trip yang kami lakukan ini adalah bersifat daypack kerana jarak pendakiannya yang pendek.
Merujuk kepada peta disebelah, Gunung Relau terletak di daerah Kampar. Saya bersama rakan (Huzair, Talib, dan Rahmat telah memulakan perjalanan kami dari Kuala Lumpur melalui highway Utara-Selatan malam sebelum pendakian dan tiba di pekan Kampar kurang lebih 3 jam perjalanan. Oleh kerana kami tiba lebih awal, kami bermalam di kawasan masjid sementara menunggu line up lain tiba. Untuk pengetahuan anda, trip ini dikendali oleh Team Rentas_Adventures yang dikepalai oleh Sis Leya Deraman. Tidak lama kemudian, azan subuh berkumandang dan kami semua solat berjemaah dan bersiap-siap untuk taklimat ringkas dari organizer sebelum berangkat ke kaki gunung yang hanya 10 minit dari masjid.
Berbalik kepada geografi Gunung Relau, Gunung ini juga adalah sejajar dengan Gunung Bujang Melaka. Jangan salah faham ya, kita masih berada di Perak namun gunung tersebut sememangnya bernama Gunung Bujang Melaka. Pernah suatu ketika saya mengikuti diskusi empayar Kesultanan Melayu Melaka menerusi Youtube dan buku sejarah yang menyatakan bahawa, empayar Melaka pada dahulu kala merangkumi hampir keseluruhan kawasan semenanjung Tanah Melayu. Jadi, ada kemungkinan nama Gunung Bujang Melaka ini dibentuk kerana asal-usulnya kedudukan ia pada dahulu kala dibawah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka. Anda dialu-alukan untuk menyelidik lebih dalam jika perkara ini menarik perhatian anda. Tuntutlah ilmu, ilmu yang mana? Tepuk dada, tanya selera. Baik, setelah taklimat ringkas diberikan, kami semua bergerak ke kaki gunung dan berkumpul di sana untuk sesi pemanasan badan. Untuk pengetahuan anda juga, kawasan letak kereta kaki gunung agak sempit, oleh itu anda digalakkan untuk carpool ya.
Sambil2 memanaskan badan, sempat juga kami semua berkenalan secara ringkas seperti biasa, sebelum memulakan pendakian. Ianya penting bukan sahaja untuk network pada masa akan datang, bahkan juga untuk keselamatan ketika pendakian. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, cuaca begitu baik sekali dan kedengaran bunyi air terjun di sebelah laluan permulaan kami amat mengasikkan. Sungguh tenang dan segar sekali. Ditambah pula dengan bunyi unggas2 di hutan yang menambahkan lagi aroma hutan ciptaan Allah SWT ini. Laluan adalah ber-tar di permulaan, dan sedikit demi sedikit tar pun menghilang dan denai hutan pun bermula.
Seperti kebiasaanya, dipermulaan pendakian akan bertemunya kami dengan waterpoint yang harus diseberangi. Saya lihat, ada antara kami yang tidak kisah akan kasutnya dibasahi air dan ada pula sebaliknya. Proses untuk menyeberang tidak menjadi begitu sukar dengan adanya batu-batu sungai yang menjadi batu loncatan kepada kami semua. Pelbagai gelagat dan personaliti yang dikenal. Nilai kerjasama dan hormat-menghormati juga perlu sentiasa dipraktikkan agar tidak luntur ditelan dek zaman.
Setelah menyeberangi anak sungai, perjalan kami pun bermula. |
Lapar menyapa tidak menentu. Sediakan jajan secukup rasa :D |
Setelah kurang lebih 3 jam pendakian, kami tiba di puncak Gunung Relau. Terdapat banyak bekas simpanan peluru peninggalan zaman perang terdahulu di puncak ini. |
Barisan pendaki yang terlibat pada hari tersebut. |
Tak ada pemandangan gunung-ganang di atas ini kerana puncaknya dikelilingi pokok2 dan belukar. |
Kami semua, sebelum descending. |
Baiklah, saya kiram sampai di sini dahulu lah coretan pada harini. Pendek kata, Gunung Relau ini antara Gunung underrated di Malaysia. Ia sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pendakian di sekitar Malaysia kerana ketinggiannya yang sederhana serta trail nya yang tidak terlalu sukar. Level of difficulty : Moderate. Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca. Semoga anda akan terus dimurahkan rezeki serta diberkati oleh Allah SWT. Sampai ketemu lagi kita di trip dan entri akan datang ya.
-Cintailah Alam Seperti Mencintai Dirimu Sendiri -
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment