Photo 1 |
Assalamualaikum dan salah sejahtera semua, saya berharap agar anda semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat, dipermudahkan urusan dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Hari ini, hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang Hutan Lipur Bukit Pelindung di Kuantan. Hutan Lipur ini telah lama menjadi antara pusat rekreasi yang popular bagi penduduk di sekitar Bandar Kuantan kerana lokasinya yang terletak berhampiran Pantai Teluk Chempedak. Puncak tertinggi Bukit Pelindung ini dengan elevasi kurang lebih 200m menjadikan lokasi ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Anda juga boleh menemukan pusat kawalan komunikasi di puncak Bukit Pelindung ini.Jika anda dari luar dan berkeinginan ke sini, anda boleh terus search Hutan Lipur Bukit Pelindung. Entrance Bukit ini benar terletak di hadapan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan. Jadi untuk menemukan lokasinya amatlah mudah, tambahan pula di bawahnya terdapat residensi sedia menerima persoalan2 dari pengunjung. Kebiasaannya, mereka yang ber-fitness- di sememangnya peramah dan tidak lokek untuk berbagi informasi. It is indeed a good value that we all should preserve and keep it flowing.
Photo 2 |
Merujuk kepada photo di sebelah, trail Bukit Pelindung ini juga boleh menghubungkan Pantai Teluk Chempedak dan Pantai Beserah melalui denai2. Kebiasaannya, ia memakan masa kurang lebih 40 minit dengan kelajuan santai untuk tiba di Pantai Teluk Chempedak melalui denai-denai yang terdapat di sini. Laluan denai adalah jelas atau well-defined, namun tidak boleh dipandang remeh akan risiko untuk sesat. Pastikan anda bersama mereka yang pernah melalui denai tersebut jika ingin ke pantai. Terdapat juga binatang liar seperti babi hutan yang aktif berkeliaran di sekitar denai. Berhati2lah di setiap langkah. Merujuk Photo 1, ini adalah entrance. Anda boleh parking kenderaan di sini, meet up points dan juga untuk sesi warm-up sebelum memulakan pendakian. Kiri dan kanan adalah sarat dengan perumahan dan apartment.
Untuk pengetahuan anda juga, beberapa laluan baharu telah dirintis oleh para hikers untuk ke puncak menara komunikasi. Laluan untuk ke puncak bukan saja melalui jalan bertar, tetapi boleh juga melalui trail bernama Trail Harapan ataupun Trail 1380. Laluan Harapan ini bermula dari kawasan apartment di kaki bukit pelindung yang memakan masa lebih kurang jam hiking pada pace sederhana untuk tiba ke puncak bukit manakala laluan 1380 pula memakan masa kurang lebih 2-3 jam hiking. Laluan 1380 bermula sebelum Pintu Utama Bukit Pelindung di sebelah kanan. Laluan ini akan membawa hikers menemui Air Terjun Pelindung dan seterusnya ke puncak Bukit Pelindung. Ia juga boleh menghubungkan hikers terus ke trail laluan menghala ke Pantai Teluk Chempedak. Menurut masyarakat setempat, laluan trail Harapan adalah jauh lebih panjang dan mencabar.Walaubagaimanapun, pastikan anda menelusuri trail bersama mereka yang tahu selok beloknya untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

10 minit selepas pendakian, anda akan menemui Pintu Masuk Hutan Pelindung ini ya. |
Perjalanan Bermula |
Ini pula adalah entrance untuk anda menelusuri denai ke Pantai Teluk Chempedak. |
Laluan ke puncak bukit. |
Salah satu pemancar komunikasi yang terdapat di puncak bukit. Boleh rest2 sebentar di puncak, hayati pemandangan langit yang cerah, perfect place for self-reflection. |
Kesimpulannya, Bukit Pelindung ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat bagi manifestasi healthy lifestyle. Ia juga boleh dijadikan lokasi untuk melakukan latihan larian mendaki (trail run) sebagai persediaan untuk menghadapi perlumbaan2 besar yang akan datang. Tambahan, tempoh masa kurang lebih 1 jam untuk naik dan turun bagi pace yang santai dan secara peribadi, saya lebih menyarankan untuk mendaki pada waktu pagi, kerana cuaca yang lebih sejuk, nyaman dengan udara yang menyegarkan. Akhir kata, sama2lah kita mengimarahkan healthy lifestyle agar kita lebih perform dalam aktiviti seharian kita, sebagai pelajar mahupun pekerja, a bit of nature is a need for everyone dan Cintailah Alam Seperti Mencintai diri Kita Sendiri. Baiklah. Thanks again for spending your precious time to read. May you continuosly be an avid reader, and contribute to others by sharing information for knowledge contribution. Assalamualaikum.
-STAY POSITIVE AND HAPPY- LIKE HIPPO- :D |
No comments:
Post a Comment