Assalamualaikum dan salam sejahtera korang. Semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat InsyaAllah. Trip Daypack ke Gunung Yong Belar ini telah kami selesaikan pada awal Mac 2018 yang lepas, namun, baru berkesempatan untuk kongsikan di laman ini buat tatapan anda semua yea. Sedikit info mengenai Gunung Yong Belar ini, ia terletak di sempadan Negeri Kelantan dan Perak di jajaran Banjaran Titiwangsa. Puncaknya pula berketinggian 2180 dari aras laut dan hanya sekitar 8km sahaja dari puncak Gunung Korbu ! Yong Belar adalah gunung ke-8 yang tertinggi di Malaysia. Bagi mereka yang ingin berjinak2 dengan track G7, Gunung Yong Belar adalah salah satu trail yang sesuai untuk latihan selain Gunung Nuang dan yang seangkatan dengannya.
Instagram : Kentalbuddies |
Baiklah, untuk petualang kali ini, saya telah menyertai trip Daypack ke Gunung Yong Belar menerusi Kelab Kental Buddies, dibawah kelolaan Bro Farhan Zaki. Kelab ini aktif dalam menyediakan aktiviti2 sukan dan rekreasi outdoor dan telah mula bertapak semenjak 2015. So, korang boleh letakkan organisasi Kental Buddies ini dalam list pilihan untuk trip-trip korang pada masa akan datang ya. Jadi pada hari kejadian, kami semua akan berkumpul di Masjid Lojing dan carpool adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan memandu keseorangan dan kebosanan :) Kali ini, saya akan bersama Kak Syima dan Safiah Husein, kami bersama akan drive dari KL ke Masjid Lojing pada jam 8Pm dan dijangka sampai sekitar jam 12 am.
Kawasan Parking di Luar Masjid |
Meeting point adalah di KTM Sungai Buloh dan perjalanan terus bermula melalui LebuhRaya Utara Selatan. Korang boleh on Waze ke Masjid Lojing untuk memastikan perjalanan dalam laluan yang tepat. Sepanjang perjalanan, seperti biasa, sesi kenal mengenal, small talk, perkongsian bagi mengenal team kita dan paling penting untuk mengelakkan dari mengantuk. Jika semua mengantuk, make sure rest sebentar di RNR yea. Alhamdulillah, kami sampai juga ke Masjid dan ketika itu, kabus sudah mula kelihatan dan ia semakin tebal, suhu juga semakin sejuk !!
Setelah semua berkumpul, sedikit taklimat dari gogo bro An diberikan bagi memberi gambaran tentang perjalanan pergerakan kami semua tidak lama lagi. Tidak kurang juga, ada beberapa group lain yang baru tiba dan ingin memulakan pendakian mereka ke Yong Yap kalau tak silap. Selesai taklimat ringkas, kami semua menaiki 4x4 pick-up truck untuk ke starting point kaki bukit yang terletak kira2 45 minit di dalam hutan di kawasan ladang buah-buahan. Sekitar jam 2 pagi, dengan sedikit warm-up dan doa, kami pun memulakan pendakian dan kurang lebih 3-4 jam untuk tiba di Kem Tudung Periuk.
Gambar di sebelah ini ialah di Kem Tudung Periuk. Setelah hampir 3-4 jam pendakian, dengan izin Allah SWT, kami selamat tiba di kem ini dan berkesempatan untuk mendapat sedikit rehat, carb-up dan solat subuh terlebih dahulu. Walaupun ianya trip yang daypack, namun ia masih santai dan menenangkan :) Puncak takkan lari, jangan risau na. Gambar sebelah juga diambil ketika kami dalam perjalanan pulang yea :D . Dari kiri, Bro Hafiz, Bro Naga Merah, Sis Safiah, Kak Linda dan Kak Syima dan saya sendiri yang masih terdapat Headlamp di kepala. hehehe
Tiba di Kem Kasut |
Selesai beristirehat dan solat, kami pun memulakan perjalanan kami untuk ke seterusnya, iaitu Kem Kasut, yang kira2 dalam 2-3 jam perjalanan dari Kem Tudung Periuk. Pace adalah lebih rancak kerana cuaca pagi yang lebih menyebarkan dan masing-masing dah mula membayangi keadaan puncak Gunung Yong Belar seperti yang dihebahkan di socmed . Trail laluan sepanjang perjalanan kami adalah sangat jelas, namun tetap juga harus kita berhati- untuk elakkan diri dari menyimpang ke laluan2 lain yang boleh membawa ke gunung lain seperti Gunung Korbu. So, enjoy the beauty of nature, while being careful.
Setelah 2-3 jam perjalanan di dalam cuaca yang begitu sejuk, lembab dan basah, kami tiba di Kem Kasut. Memang benar, terdapat Kasut yang tergantung di Pohon ini. Menurut bro An, antara kisah2 disebalik nama kem ini menjadi Kem Kasut adalah kerana pada suatu ketika dahulu, seorang hiker telah sesat di kawasan ini dan Search and Rescue (SAR) dilakukan namun hanya menemui Kasut sahaja. Wallahualam.
Semoga kita semua dijauhi. Keadaan Kem ini agak lapang, namun permukaan dipenuhi lecak yang tebal dan basah. Terdapat juga beberapa pohon2 yang telah tumbang, mungkin kerana angin kencang, memandangkan aptitud lokasi ini sudah berada pada paras yang tinggi.Sementara menunggu yang lain, kami berehat sebentar di Kem Kasut ini sambil menghayati bunyi2 hutan dan suasana ini yang tidak mungkin kami akan rasai setelah pulang ke ibukota.
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan dari Kem Kasut terus menuju ke Puncak Yong Belar yang dianggarkan kira2 1-2 jam perjalanan. Laluan ke puncak semakin mencanak dan berlecak. Tumbuhan2 Mossy juga sudah mula menghiasi alam di ketinggian ini dan kami semua tidak berkecuali untuk mendapatkan sedikit gambar untuk kenang-kenangan. SubhanAllah. Sungguh cantik sekali alam ini. Walaupun dalam keadaan fizikal yang penat, keadaan mental ini semakin happy dan bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada kita untuk menjadi saksi kepada salah satu keagungan-Nya ini.
Saya bersama kumpulan lain yang mula meninggalkan Puncak Gunung setibanya kami di sini. |
Tidak lupa, coretan tanda peringatan buah keluarga dan rakan2 :D |
Usai berehati, menikmati lunchpack dan pemandangan dan bersesi fotografi, kami mula menuruni Puncak YB sekitar jam 2 petang. Seperti kata2 pendaki terkenal, Edmund Viesturs, seorang high altitude mountaineer dan corporate speaker, "Getting to the Top is Optional, Getting Down to where we started is Mandatory". Haruslah kita semua beringat2, untuk menjaga fizikal dan mental agar sentiasa bersedia untuk perjalanan pulang. Puncak bukanlah pengakhiran bagi sesebuah trip hiking yea. Gambar sebelah ini adalah ketika kami menemui bro Fong, dia terpisah dari Team nya yang telah kami temui sejam dari lokasi kami menemui Fong. Beliau kelihatan penat dan dari raut wajahnya, tampak sedikit sedih kerana tidak dapat bersama rakan2 nya yang lain untuk ke puncak Yong Belar. Disebabkan kekangan waktu, Fong membuat keputusan untuk bersama kami dan berpatah balik ke starting point. Sedikit ayat untuk menenangkan beliau, saya pesan 'Takpa la Fong, jangan sedih, the peak is always there bro, waiting for you to re-visit, perhaps with your Leng lui (gf / pretty girl / Wife). Akhirnya terukir senyuman dan terhasil lah gambar di atas ini :)
Berehat2 dahulu bersama kitkat :D |
Beg pinjam sebagai Prop untuk gambar. Thanks bro payung pinjam. Email: aliffarifen@gmail.com Instagram: aliffarifen |
In short, perjalanan kami pergi dan balik, bermula dari starting point dan ke starting point semula adalah sekitar 20 jam. Ianya satu pengalaman yang menarik, dan menyeksakan buat beberapa moment dan kemudiannya akan kembali ketagih untuk mengulangi trip2 seperti ini. Bagi yang ingin menyertai trip Daypack, dinasihati agar kita bersedia dengan latihan agar perjalanan kita akan lancar dan tidak mudah koyak ketika on-trek. Sama2 kita improve okay. Terima kasih buat organizer, Team Kental Buddies atas pengelolaan yang baik, tak lupa juga kepada line up yang out-going, friendly dan tidak lokek berkongsi informasi. Semoga anda semua dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Dan kepada pembaca, terima kasih kepada yang sudi klik blog ini untuk membaca, saya harap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberi gambaran terhadap perjalanan saya dan mungkin sebagai rujukan tambahan jika anda ingin berkunjung ke Yong Belar pada masa akan datang, InsyaaAllah. Ada apa2 komen untuk saya improve, boleh kongsikan diruangan komen di bawah.
To obey Allah, To see the world, Things dangerous to come to, To see Behind Walls, To Draw Closer, To Find Each Other and To Feel.
Akhir kata, cintailah alam ini seperti mencintai diri kita sendiri. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
No comments:
Post a Comment