Bukit Seladang ini terletak di daerah Jerantut, di negeri Pahang Darul Makmur. Bagi warga tempatan dan sekitarnya, bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Pohon Sebatang. Lokasi permulaan untuk pendakian bukit ini hanya terletak sekitar 3 kilometer sahaja dari Bandar Jerantut. Jika anda dari Bandar Jerantut, anda akan menemui Perkuburan Cina di jalan Jerantut - Benta dan Klinik Cure and Care Jerantut di sebelah kanan jalan. Di antara jarak perkuburan Cina dan Klinik Cure and Care ini, terdapat satu simpang ke kiri.
Ambil simpang ini dan teruskan memandu sekitar 2-3 minit. Tumpukan perhatian anda di sebelah kanan jalan agar anda tidak terlepas Starting Point Bukit Seladang ini.

Terdapat kawasan letak kenderaan yang sederhana luasnya di kawasan Starting Point tersebut. Tiada bayaran dikenakan (setakat hari ini) dikenakan kepada pengunjung oleh pemilik ladang / tanah tersebut. Di sini, anda boleh persiapkan diri, memanaskan badan sebelum memulakan pendakian. Terdapat 3 checkpoint, CP 1, CP 2 dan CP 3. CP1 (294 meter), CP 2 (370 meter) dan CP 3 (444 meter). Saya dimaklumkan bahawa kebanyakkan pendaki akan ke CP 1 dan 2 sahaja kerana di sana terdapat puncak yang lapang serta pemandangan yang menarik. Di CP2 jugalah terdapat banner Bukit Seladang dengan ketinggian 370 meter. CP 3 tidak jauh dari CP 2, cuma memerlukan sedikit lagi tenaga untuk sampai kerana terdapat sedikit pendakian untuk kecerunan 444 meter. 

Bergantung kepada objektif masing-masing; jika korang sekadar ingin melihat pemandangan, CP1 dan CP2 sudah memadai tetapi jika ingin menambahkan lagi Elevation Gain, boleh teruskan pendakian ke CP 4. Bukit Seladang ini dilitupi oleh pokok-pokok getah, dan kebanyakkan treknya telah diluaskan serta disimen, jadi perjalanan adalah lebih mudah. Walaubagaimanapun, usah dipandang remeh akan ketinggian nya serta ketinggiannya. Pastikan anda melakukan aktiviti-aktiviti kardio dan sebagainya sebagai persediaan sebelum hadir ke sini. 

Untuk sampai ke CP 2, perjalanan santai dianggarkan memakan masa sekitar 1 jam 15 minit (bergantung kepada individu). Jadi, rancanglah waktu dan perjalanan anda sebaiknya. Pastikan anda memakai kasut yang mempunyai kecengkaman yang tinggi kerana trek simennya boleh menjadi sangat licin khususnya ketika cuaca hujan. Saya doakan agar perjalanan anda dipermudahkan, diberkati Allah SWT. 

Cintailah Alam Sekitar, Seperti Mencintai Dirimu Sendiri. 

Kawasan Parking di Starting Point

Trek sepanjang pendakian (bersimen)

Model tidak bertauliah

HIKING DI BUKIT SELADANG | JERANTUT | PAHANG

No comments:

Post a Comment