Negeri Sembilan sudah terkenal dengan pelbagai bukit-bukit dan gunung-ganang yang boleh didaki oleh para hikers dari dalam dan luar Malaysia. Baru-baru ini, saya tidak ketinggalan untuk turut serta dalam pendakian ke sebuah bukit yang agak viral sejak 2018 kerana pemandangan awan karpetnya yang begitu tebal dan indah. Ia dikenali sebagai Bukit Senaling. Bukit ini terletak di Pekan Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Dengan ketinggian 394 meter, Bukit Senaling ini sesuai untuk dijadikan lokasi pendakian bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pendakian. Sudah pasti ia juga sesuai buat sesiapa sahaja yang gemar untuk mendekati alam flora dan fauna, sambil menikmati pemandangan matahari terbit yang dihiasi kabus serta awan karpet di sekelilingnya. 

Trek laluannya yang jelas, tidak terlalu semak membuatkan ia mudah untuk dilalui oleh para pendaki. Namun begitu, ia bukan alasan bagi kita untuk tidak terus berhati-hati kerana padah akan menanti pada bila-bila masa sekiranya leka. Terdapat beberapa lokasi di trek yang agak licin, khususnya jika baru berlakunya hujan. Jadi, berhati-hati di setiap langkah. Ada beberapa persimpangan di sepanjang trek untuk menuju ke puncak. Jadi pastikan anda mendaki bersama jurupandu yang mahir dengan selok-belok trek untuk mengelakkan dari episod sesat.

Perjalanan dari titik mula sehingga ke Puncak Bukit Senaling adalah sejauh kurang lebih 3 KM. Ada antara para pendaki yang memulakan pendakian seawal jam 5 pagi untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena matahari terbit.

Ruang juga agak lapang dan luas di puncak. Jika anda berhajat untuk mendaki bukit ini, anda boleh berhubung dengan Encik Yusri di talian 0172249601 untuk urusan permit dan pendakian.

Setelah pendakian, anda juga boleh menikmati lontong, nasi lemak ayam, roti canai dan milo ais di sebuah gerai yang terdapat berhampiran dengan kaki bukit.

Sudah pasti, pendakian kalian ke Bukit Senaling ini akan menjadi satu memori yang sukar dilupakan. Namun, harus diingat, jagalah tutur kata, hormati orang sekitar, jaga kebersihan agar bumi Tuhan ini sentiasa dalam keadaan bersih dan aman.

Cintailah alam, seperti mencintai dirimu sendiri.

Aliff Arifen

Hiking di Bukit Senaling | Kuala Pilah

No comments:

Post a Comment