Ke mana-mana sahaja kita pergi untuk melakukan aktiviti seharian kita, sudah pasti kita akan menemui pelbagai orang, samada yang dikenali mahupun orang asing. Sebagai contoh, anda menghadiri majlis-majlis formal / tidak formal seperti kenduri kendara, menyertai program hiking bersama rakan-rakan baru atau dalam perlajalanan untuk pulang ke destinasi masing-masing. Bagi sesetengah orang, masyarakat sekeliling bukanlah satu keutamaan tetapi ada juga sebahagian besar yang lebih gemar untuk berbual dengan orang bagi meluangkan masa mereka. Pada pandangan mereka, dengan berinteraksi bersama orang lain, mereka dapat asah skill komunikasi, mendapat input baharu, dan belajar melihat sesuatu perkara dari perspektif orang lain.
Di sini, ada beberapa rahsia mudah bagi anda yang teringin untuk ada perbualan dengan stranger tapi tidak tahu bagaimana untuk mulakannya. Untuk langkah awal, anda harus membaca postur orang yang ingin anda approach itu, samada dia dalam keadaan yang sibuk atau tidak sebelum anda mulakan langkah pertama. Jika dari pengamatan anda, mereka hanya melihat kawasan persekitara, tidak terlalu sibuk melakukan sesuatu yang penting, anda sudah boleh bersedia untuk mendekati mereka dengan jarak yang memadai, mereka dan mulakan langkah Pertama.
1. CAKAP SAHAJA (SPIT IT OUT!)
Anda jangan terlalu lama untuk mengeluarkan perkataan sapaan anda. Semakin lama anda tangguh, semakin kurang potensi perbualan untuk terjana. Semestinya, perkataan pertama sentiasa menjadi perkara paling sukar untuk diluahkan bagi kebanyakkan dari kita. Antara cadangan mudah ialah mulakan dengan Assalamualaikum bro / pakcik/ cik / sis / ataupun Hi dan Hello. Perkataan pertama di macam pintu gerbang, apabila ia berjaya dibuka, segalanya boleh keluar lepas tu :) Mulakan dalam hati, one, two, __Go__ (Say it!))
2. EKSPRESIKAN 'SMALL TALK'. TANYA SOALAN GENERAL / UMUM
Small talk ni luas. Secara umummnya, ia adalah satu cara untuk elakkan ackward silence dengan bercakap tentang perkara yang umum. Contohnya, anda berada di majlis perkahwinan dan semeja dengan strangers, anda boleh mulakan :
Anda : Huhh ramai betul yang datang harini kan.
Stranger: Tu la bro, nak nak hujung minggu ni kan.
Anda: betul lah tu, bro dari mana? ....
Stranger:
Maka bermulalah perbualan anda dengan stranger. Anda soalan umum yang korang boleh tanya, "bila last datang sini bro?", Selalu ke datang sini bro?", "Dulu sama sekolah / kampus dengan si Mamat eh"
Jika anda berada di ruang menunggu seperti di stesen bas, klinik dan sebagainya, "berapa lama dah tunggu bro, nak ke mana tu?. "Apa update terbaru harini bro? Saya tak dan lagi belek surat khabar atau skrol portal online". Korang kena jadi SPY sikit, intip situasi sekeliling untuk mencari bahan yang boleh digunakan sebagai pemula atau starter material
3. CARI TITIK PERSAMAAN 'SAYA JUGA' atau 'ME TOO'
Manusia secara psikologi akan lebih cenderung untuk lebih terbuka (Vulnerable) dengan mereka kelihatan mempunyai situasi yang lebih kurang atau sama dengan kita. Sebagai contoh,
Stranger: Saya tak prefer sangat naik datang sana time weekend.
Anda: Saya pun! Sama la kita bro. Pernah dulu saya stuck hampir 1 jam di jalan, padahal jarang 1.6 K saja.
Walaupun anda mencari titik sama, tidak bermakna anda tidak menghargai perbezaan. Hormatilah mereka sekiranya ada kata-kata dan respon mereka yang berbeza dari fikiran anda. Anda boleh secara mudah untuk respon, "Saya Faham bro".
4. BERI PUJIAN YANG KASUAL TAPI ASLI (AUTHENTIC)
Manusia secara umum, suka didengari, dilihat, dan dihargai. Ada banyak cara untuk memberi pujian umum yang asli dan tidak dibuat-buat. Jangan try hard sangat. Sebagai contoh, "Wah bro, saya tengok bro dari tadi membaca buku tu sambil menunggu, power lah bro, jarang orang amalkan habit membaca nak nak di kawasan yang crowded macam ni kan" atau, "Style bro backpack tu, saya minat jugak brand tu, tahan lasak dan berjenama, tapi poket belum mengizinkan, beli kat mana tu?".
5. TANYA PENDAPAT
Point ini secara umum lebih kurang dengan point 4 di mana kita sedang menantikan respon atau pandangan dari stranger tentang sesuatu perkara. Tapi, janganlah anda tanya perkara-perkara yang terlalu bersifat teknikal ataupun spesifik melainkan anda telah yakin akan background stranger itu. Tanyalah dengam umum, "Okay tak bro minum coffee tu? Saya biasa minum coffee X, tengok ramai juga minum coffee tu" atau "apa pandangan bro tentang ..... ?"
Apabila mereka nyatakan pendapat mereka, dengar elok-elok! Ingat ni, dengar bukan sebab korang nak fikir apa nak respon, tapi korang dengar sebab korang betul-betul nak dengar. Stay genuine and authentic bak kata orang putih.
6. FOKUS (BE PRESENT)
Anda harus fokus sepanjang perbualan agar anda dapat membuat konklusi dan soalan seterusnya berdasarkan apa yang anda faham dan apa yang anda ingin tahu lebih lagi. Elakkan dari berfikir perkara lain. Macam mana nak fokus, EYE CONTACT mesti jaga, Telinga kena pasang, faham, bukan dengar sahaja ya.
So, lepas ni korang dah tak perlu risau macam mana nak mulakan perbualan dengan strangers lagi. Kalau nak pergi rumah bakal bapak mertua pun boleh adapt teknik asas ini yea. Just make sure korang stay humble, rendah diri, hormat menghormati, gunakan bahasa yang mudah dan jelas untuk respon. Korang juga boleh tambah lagi tips tips lain yang mungkin artikel ini terlepas pandang. Sama-sama kita berkongsi informasi. Semoga tips asas ini bermanfaat. Nanti dah nak balik raya kan? Selamat Mencuba
Photo by Priscilla Du Preez on Unsplash |
No comments:
Post a Comment