Bukit Taisho ini terletak di pekan daerah Bahau, Negeri Sembilan. Dengan ketinggian setinggi 270 meter, Bukit Taisho ini teramatlah sesuai bagi masyarakat untuk melakukam aktiviti pendakian. Kadar kesukaran pendakian berada pada kadar easy, dan sangat sesuai khususnya kepada mereka yang baru berjinak dengan hiking.

Bagaimana untuk ke sini? Korang hanya perlu waze / Google Maps sahaja Bukit Taisho; korang akan terus dibawa ke entrance point nya yang berhampiran dengan sebuah kawasan perumahan. Lokasinya hanya 2 minit dari Bandar Bahau. 

Untuk sampai ke puncak, jika korang hanya menggunakan pace yang sederhana, kurang lebih 1 jam saja dah boleh sampai ke puncak Bukit Taisho ini. 

Kawasan di puncak juga begitu luas, terdapat beberapa pondok yang cantik , boleh berehat dan terdapat tandas juga di atas.

Lebih menarik, korang akan disajikan dengan seekor patung harimau yang menjadi simbolik Bukit Taisho ini! Tidak lupa juga batu yang tertulis perkataan "Jodoh". Pemandangan di puncak juga sungguh mendamaikan. Korang berpeluang melihat keindahan alam di sekitar Bahau, pemandangan gunung ganang berhampiran juga jelas kelihatan.Buat masa ini, bukit ini boleh dimasuki secara terbuka tanpa keperluan untuk sebarang permit (setakat ini)

Okay guys. Sampai di sini dahulu coretan ringkas dari saya mengenai Bukit Taisho ini. Selamat berhiking! Tapi jangan lupa, patuhilah SOP semasa agar sama2 kita membendung penularan wabak Covid-19.

HIKING DI BUKIT TAISHO | BAHAU | N9

No comments:

Post a Comment