Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Apa khabar?  Saya berharap anda semua dalam keadaan yang baik, InsyaAllah. Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi aktiviti Trail Running yang dianjurkan oleh sebuah persatuan di IIUM pada 6 Oktober 2018. Setelah hampir setahun saya menuntut ilmu di sini, ini pertama kalinya saya berpeluang untuk menelusuri denai di belakang kampus kami (IIUM GOMBAK) yang indah ini. Larian ini dikenali sebagai IIUM Trail 2018. Umum mengetahui, sukan larian ini banyak sekali faedahnya. 

Antaranya ialah ;

1) Menjaga kesihatan jantung,
2) Menguatkan tulang 
3) Melancarkan pernafasan 
4) Mengelakkan dari selsema (flu) 
5) Tidur yang lebih selesa 

Ada banyak lagi kebaikannya serta terdapat pelbagai kajian saintifik telah membuktikannya selain dari membentuk tubuh badan yang menarik. Okay Seperti biasa, beberapa rakan telah berjaya dijemput untuk turut serta dalam misi larian kali ini; Izzat, Syafiq dan Fikri. Untuk Izzat dan Syafiq, mereka mendaftar untuk larian denai sepanjang 6 Km manakala saya dan Fikri pula 10Km. Syafiq bertolak dari Kajang pagi2 lagi. Memang power :D . Selalunya kami hanya berlari di trek stadium dan sekitar IIUM sahaja, jadi agak sedikit teruja untuk larian kali ini kerana akan explore trail yang baru :D

Penyertaan daripada peserta dari luar dan dalam IIUM terlihat sangat menggalakkan. Ternyata, ramai telah sedari akan kepentingan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sihat ataupun 'healthy lifestyle' ini. Ia bukan sahaja untuk kesihatan fizikal dan mental kita, malah ia juga boleh dilihat sebagai satu platform untuk bersosial, saling mengenal antara satu dan yang lain sambil bertukar-tukar pandangan dan cerita. Merujuk gambar disebelah, selain 6km dan 10km, terdapat juga larian berkumpulan sejauh 4km. Ia sesuai bagi mereka yang ingin melatih teamwork skills mereka :) Secara peribadi, saya mempunyai objektif untuk menamatkan larian ini di bawah 1 jam. Namun, kita hanya mampu merancang kerana atas kecuaian sendiri, saya ter-ekstra 2KM menjadikan jumlah jarak jauh keseluruhan yang direkodkan melalui aplikasi Garmin dan Strava adalah sebanyak 12.6KM. Jadi untuk next time, InsyaAllah, perlu betul2 peka dengan arahan marshall dan pastikan kita kita sentiasa di laluan yang benar :)

Laluan 10 KM. Sepanjang laluan ini terdapat beberapa hill dengan elevation yang mencanak sehingga 400m yea. 

Larian Bermula :) Keadaan trail adalah JELAS atau 'Well-Defined" . Suasana sejuk beserta kabus2 menambahkan lagi aroma semangat untuk terus berlari !! 

POWER SISTER !

Antara wajah2 podium 

Tidak ketinggalan, waterstation serta krew2 :)

Ada juga peserta yang tewas lariannya dengan keindahan semulajadi alam ciptaan Allah SWT :)

Good shot at opportune Moment !  

Teamwork :)
Rezeki tak pernah salah alamat. Tahniah buat akak ini dapat cabutan Bertuah ! Sangat bertuah weh ! :)

Old but Gold ! Saya cukup menghormati pakcik2 dan uncle2 yang masih aktif berkecimpung dalam sukan walaupun tenaga mereka sudah tidak seperti muda mudi. Namun, tahap kesihatan fizikal mereka pada umur mereka sekarang adalah hasil dari ke-aktif-an mereka. Keep it up uncle !

Finisher Medal 2018

Dari Kiri, Saya, Syafiq, Izzat dan Fikri.
IG: aliffarifen
Emel: aliffarifen@gmail.com
|PETUALANG RUNNERS |
Untuk pengetahuan anda, larian bermula dari Stadium Sayyida Hamzah, IIUM dan permukaan bukit bukau sudah pun mula dirasai kerana lokasi IIUM sememangnya berbukit. So bagi yang first-timer akan merasa sedikit semput kerana pada permulaan larian telah ada elevation. Antara cabaran lain ialah laluan denai yang dipenuhi lecak dan lopak2 air dimana ia melatih korang untuk mengelak dari halangan. Jadi, jangan pelik jika terlihat ada kawan2 yang seluar dan kasut mereka telah berubah menjadi warna coklat2 yea. Yang menarik, sepanjang larian kami ditemani oleh pemandangan hutan dan tasik yang sungguh indah. SubhanAllah. Kesimpulannya, aktiviti running ini sememangnya memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat untuk setiap individi menyelesaikan misi masing2. Seperti juga dalam kehidupan seharian kita, tanpa tunjang akal yang kukuh, agak mudah sekali kita terhuyung dan akhirnya kejatuhan. Apa yang penting, kita mempunyai niat yang baik, konsisten, kind and humble. Tahniah buat Izzat dan Syafiq, yang berjaya menamatkan larian 6km pertama mereka, buat pemenang2 dan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa program yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran dan kejayaan program. Sekian sahaja laporan untuk entri kali ini dari saya, Aliffness | Petualang Runners 

Akhir kata, cintailah alam ini seperti mencintai diri kita sendiri :) Sampai ketemu lagi di post setereusnya, InsyaAllah. Assalamualaikum.

IIUM TRAIL RUN 2018

No comments:

Post a Comment