Assalamualaikum dan selamat petang semua, pada hari Jumaat, 16 Mac 2018, alhamdulillah, kami sudah tiba di Bukit Botak. Bukit Botak ini terletak di Puncak Alam, Selangor. Trail bukit boleh dikategorikan sebagai Easy dan sesuai didaki oleh mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti hiking, mereka yang ingin membuat family outdoor trip ataupun sesiapa sahaja yang ingin membuat latihan stamina dan explore tempat baru. Walaupun ia dalam kategori mudah, ada beberapa kawasan dimana pendakiannya sedikit ekstrem. Sentiasalah berhati-hati di setiap langkah. 

Kami tapau Nasi Lemak Office Hour di Sg. Buloh sebagai Lunch kami di Peak

Untuk sampai ke Starting point Bukit Botak ini, anda boleh waze Hiking Trail Bukit Botak dan ikuti lah arah perjalanan yang diberikan sehingga anda tiba dilokasi seperti yang anda boleh lihat digambar dibawah ini. Laluan permulaan bermula di sekitar kawasan kelapa sawit di sebelah kiri gambar.

Kelihatan Badri dan Syapiq Pete sedang bersiap :D 

Pendakian bermula

Sekitar 10 minit perjalanan, anda akan tiba di kawasan pencangan TNB. Dari sini juga, pemandangan sekitar kawasan Puncak Alam sudah mulai kelihatan. Ianya sangat indah dan menenangkan. Subhanallah. 

Kem Paet

Badri yang sedang Acah crawling

Tidak berapa lama kemudian, kami tiba di Kem Paet. Pemandangan ladang kelapa sawit di sekitar menyambut kehadiran kami di pagi itu. Setelah berehat di Kem Paet, kami teruskan lagi perjalanan kami untuk ke Bukit Botak. Kurang lebih 30 minit perjalanan, kami tiba pula di Bukit Cherakah, yang bertinggian 214m. 

Kawasan Bukit Cherakah ini sangat redup kerana dilindungi oleh pohon2 pokok disekeling. Ianya sesuai untuk korang makan di kawasan ini jika tidak mahu makan di puncak Botak yang suhunya semakin panas jika tiba sekitar waktu 10 am dan ke atas. Seterusnya, dari Bukit Cherakah, kami teruskan lagi perjalanan kami.

Dan akhirnya, kami tiba di puncak Bukit Botak. Tiada pohon atau pokok, cumalah kawasan yang tandus, sedang ditarah manusia. Sedih melihatnya. 

Kami terjumpa bendera ni, thought it would be nice to wave it together.

Sedikit gambaran sekitar puncak Botak yang semakin Botak.
Pokok Octopus
Total masa pergerakan kami untuk pergi dan balik bermula dari starting memakan masa selama 2 jam 35 minit, termasuk lunch, jalan santai, photo shoot. Trail adalah well-defined  atau jelas. Namun sentiasalah berhati-hati. Sedikit gusar di hati apabila melihat hutan rimba di puncak yang semakin ditarah dek kerakusan manusia. Sampai bilakah habitat semula jadi ini akan terus diganggu dan dibelenggu? something for us to think of. Sekian sahaja untuk laporan trip ini ya. Thanks kerana sudi membaca :) Akhir kata, Cintailah Alam Seperti mencintai Dirimu Sendiri :) Assalamualaikum

HIKING DI BUKIT BOTAK, PUNCAK ALAM

5 comments:

  1. Salam. Menarik pula Bukit Botak,selalu ke Bukit Sapu Tangan saja. 😂 Thanks utk entri,baru tahu ada bukit dekat P.Alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Nana. Sama2 yea. Selamat mencuba untuk trip akan datang 🙂👍👍

      Delete
    2. Wah tak sangka saya pernah komen dekat sini ya. Esok nak panjat dekat sini! 😁

      Delete
  2. Kat terengganu pun ada juga bukit botak 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh ada juga yea. Di daerah mana yea sis? InsyaAllah, ada rezeki saya akan berkunjung pula ke sana. Terima kasih atas perkongsian :)

      Delete