Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. How are you guys ? Saya harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera, InsyaAllah. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk hidup pada saat ini dan berkongsi kisah pengembaraan saya ke Puncak Pine Tree Hill dan Twin Peak pada 24 Februari 2018 (Sabtu).  

Sumber : http://www.fraserhill.info/pine-tree-hill.htm
So, have you guys heard about this place? If no, it would be so nice to continue reading this :). Okay, a bit of general information about Pine Tree Hill and Twin Peak, Puncak ini terletak di ketinggian 1448 meter di daerah Bukit Fraser. Ia betul2 berada di sempadan di antara dua buah negeri iaitu Pahang dan Selangor. Menurut Website (http://www.fraserhill.info/pine-tree-hill.htm ), trail ke Pine Tree ini ialah sepanjang 5.5 KM dan dilihat sebagai antara trail yang paling SUKAR antara trail lain di Bukit Fraser. 

Okay, back to the story, untuk trip kali ini, saya memilih untuk sertai trip anjuran dari Team Kerulz Adventure, dikelola oleh saudara Babah, dan saudari Rina. Ia adalah satu organisasi yang sudah tidak asing dalam dunia outdoor di Malaysia. Perjalanan saya bermula di Shah Alam di mana saya akan bergerak ke Bukit Fraser secara "carpool"  bersama Uncle Zainal, anaknya, Boy, Bob, dan Wan. Kesemua mereka adalah kenalan baru saya untuk trip ini. Kami semua berkumpul di Toyota Shah Alam dan mula bergerak ke Bukit Fraser pada jam 3am. Along the way, seperti trip2 biasa, sesi suai kenal pun berlaku. Macam2 perkara yang dibualkan bermula dari biografi diri, status kerjaya, hobi serta pengalaman travel dan hiking masing2. Sambil kita bertukar cerita, sambil kita belajar dari orang lain. Sangat best :) 

Masjid Bukit Fraser
Kurang lebih jam 6AM, kami tiba di Masjid Bukit Fraser, di sini adalah pusat berkumpul bagi semua hikers sebelum sama2 bergerak ke kaki Bukit Pine Tree Hill. Kami solat Subuh secara berjemaah di sini, breakfast dan membuat persiapan terakhir dari segi pemakaian, hiking gears, serta ration. Suhu adalah sangat sejuk dengan sentuhan kabus yang sepoi-sepoi.  Boleh lihat gambar di sebelah ni yea, kabus2 menutupi pohon2 pokok di belakang menara masjid ini. Pemandangan yang sangat indah dan tenteram. Oh yea, tak lupa juga, kami juga melakukan aktiviti memanaskan badan di sini terlebih dahulu.  

Untuk pengetahuan korang juga, dibelakang masjid ini ada sebuah restoran yang menyediakan sarapan pagi. So bagi yang tak sempat bawa bekalan dari rumah tu, jangan risau yea. Nasi lemak dan ayam rendang dia memang TERBAIK bro. Okay,selesai panaskan badan, kami semua bergerak ke starting point Pine Tree, kurang lebih 300 meter dari Masjid.  Gambar di bawah ini ialah di starting point. Setibanya di sini, kami disambut oleh seorang "aktivitis alam" (berbaju kelabu, bertopi hijau, menurut cerita rakan2, uncle ini sering berlegar di sini untuk beri peringatan kepada para hikers untuk menjaga kebersihan hutan dengan membawa turun segala sampah yang ditemui sepanjang perjalanan.

Sekitar perjalanan kami :)

Baju kuning itu ialah Babah, berbual kecil bersama uncle

Setelah mendengar taklimat pendakian, bacaan doa dari saudara Mremiraffe, kami ber "selfie" untuk kenang-kenangan di pintu gerbang ini.
Setelah itu, sekitar jam 8.45AM perjalanan kami pun bermula. Perjalanan pada permulaan penuh dengan anak-anak tangga di mana kami harus menuruni, memanjat kembali, menuruni, mendatar, dan kembali mendaki. Terdetik di fikiran, "macam manalah   time nak balik nanti yea ?" 

Takpela, kami lupakan dulu perjalanan balik tu. Perjalanan kami yang bermula dari sekelompok yang besar dan panjang sudah mula mengecil kerana ada rakan2 hikers yang kerap berhenti untuk "ambil nyawa". Trail naik turun kot. hahaha.  Dengan berbekalkan sisa motivation dan tenaga yang ada, kami terus maju mencari puncak Pine Tree. Saya masih bersama Bob dan Wan sepanjang perjalanan. Semangat mereka memang mengagumkan ! By the way, Bob dan Wan ni rakan sekerja. Bob ni, semangat kental, tabik spring, Wan pulak, kental jugak, plus, dia diibaratkan 7ELEVEN untuk trip ini. Macam2 makanan ada dalam backpack dia :D. Cuaca pada ketika itu juga teramatlah sejuk dan lembab. Kalau korang ada plan nak hike disini, pastikan korang bawa windbreaker, sweater yea. Sebelum sampai ke puncak Pine Tree Hill, ada satu cerun yang sangat curam dan tinggi yang perlu kami daki. Sediakan sarung tangan untuk lebih keselamatan.

Okay, sebelah ini ialah foto cerun yang kami harus lalui untuk tiba ke puncak. Trafik untuk mendaki cerun ini bergerak agak perlahan, kerana ramai pendaki pada saat ini serta langkah yang perlahan dari kami semua untuk keselamatan. 

Jadi, sementara menunggu, ada yang berselfie, berbual, makan, merenung tajam ke sekitar hutan untuk mendapatkan inspirasi, atau teringatkan seseorang, mungkin :)  Masing2 muka penuh dengan "keceriaan" ketika ini. Harapnya masa nak balik nanti pun sama la yea. hehehe. Dan akhirnya, setelah melepasi halangan terakhir ini, kami tiba di Pine Tree Hill.  Waktu ketika ini ialah 1.15PM.

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto personal sebagai kenang-kenangan. Tibanya kami disini, kami berehat sebentar serta menjamah lunchpack yang telahpun disediakan oleh organizer sebelum meneruskan perjalanan kami ke Puncak Twin Peak.  Puncak Twin Peak dianggarkan sekitar 1 jam dari Puncak Pine Tree. Trail nya juga sedikit menjunam serta mendaki kembali. Kekuatan fizikal serta mental sangatlah penting, jika tidak, perasaan untuk patah balik kerana penat akan mula menyelubungi fikiran hikers. 

Akhirnya, alhamdulillah, pada jam 2.20 PM kami selamat tiba di Puncak Twin Peak. Suasana agak "crowded" kerana ada sekumpulan komuniti adventurous dari UIA Gombak sedang menjalani sesi suai kenal dan Bersoal jawab :) Jadi disebabkan kepadatan itu, kami tidak berada lama di atas, cukuplah sekadar melihat pemandangan banjaran Titiwangsa serta gunung-ganang disekitarnya yang sangat indah, sambil diselubungi angin yang sejuk. Subhanallah. Indah sungguh alam ini. Adakah ia akan kekal begini pada tahun mendatang? Adakah generasi di kemudian hari masih dapat menghirup udara segar ini lagi di masa hadapan? Okay, cukup falsafah. selesai menghayati pemandangan, photo shoot, kami mula menuruni Pine Tree, tepat pada jam 3PM. Perjalanan adalah jauh lebih mencabar ketika pulang kerana cuaca sudah mulai panas, serta banyak pendakian bertangga. Alhamdulillah, sekitar jam 5PM kami tiba di starting point, langsung terus ke Foodcourt berdekatan (Walking Distance) untuk bersihkan diri, serta makan dan berehat sementara menunggu rakan2 lain.

Hey, it's ME :) 
Instagram : aliffarifen
Emel :aliffarifen@gmail.com

Wan-Bob-Aliff-Uncle Zainal- 

Sebelum bergerak ke Entrance Pine Hill 

In conclusion, Pine Tree Hill dan Twin Peak ini sememangnya penuh dengan cabaran di mana trailnya yang turun serta naik serta laluan yang lembab. Bear in mind, setiap lokasi pendakian, ada susah dan senangnya. Elakkan melatih minda untuk memandang remeh terhadap lokasi2 walaupun ia hanya sekadar bukit yang rendah yea. Pastikan segala kelengkapan hiking, baik dari segi gears, sumber makanan, energy bar, basic medic  yang dibawa mencukupi, Tambahan, jagalah kelakuan ketika di dalam hutan, jaga tutur kata, hormat menghormati orang lain, bertegur sapa atau senyumlah, serta jagalah kebersihan :) Sekian saja nukilan saya pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Team Kerulz Adventures, atas pengelolaan yang baik, Uncle Zainal (ATC Shah Alam) kerana sudi beri tumpangan secara carpool, rakan2 hikers yang memberi moral support ketika dalam trek, dan kepada anda, TAHNIAH kerana membaca hingga habis. Semoga ia bermanfaat buat anda semua. Maaf jika ada khilaf dalam penulisan saya, sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT, yang buruk itu dari diri saya sendiri.

Akhir kata, Cintailah Alam, seperti Mencintai Dirimu Sendiri "

"Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh"

HIKING DI PINE TREE HILL & TWIN PEAK

10 comments:

  1. Area tu ada homestay x? �� perlukan maklumat untuk buat assignment kokurikulum��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bro, tapi tak banyak. Saya sarankan cari homestay di area Kuala Kubu Baru. Hanya dalam 30 min sahaja untuk ke Bukit Fraser yea. I wish I can be more helpful. Semoga dipermudahkan urusan bro.

      Delete
  2. Nak memanjat ni perlu register @ permit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah di blog ini ya sis. Benar. Kita perlu mendapatkan permit dari pejabat hutan. Untuk lebih mudah, sertai sahaja organizer outdoor yang buat trip ke Pine Tree ini kerana urusan pendaftaran dan permit akan diuruskan oleh mereka. Tambahan pula, ada tour guide yang akan mengiringi sepanjang aktiviti hiking agar kita tidak sesat. InsyaAllah.

      Delete
  3. insyaallah nak hike pd 7 sept ni.. sesuai tak untuk latihan ke gunung kinabalu? berasa seram pule...

    ReplyDelete
  4. Hi Miss Aliya, thanks for reading! Trail Pine Tree Hill (PTH) ini adalah panjang, ada naik dan turunnya yang membuatkan ianya amat mencabar. Jadi, pada hemat saya, ia sangat atau malah lebih dari sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu lokasi untuk latihan untuk ke gunung kk atau mana2 gunung lain yang beraltitud tinggi. Have fun and Cherish Every Moment ya !

    ReplyDelete
  5. Trma ksh bg info. Akan kesana cuti thaipusam nnti

    ReplyDelete