Assalamualaikum dan selamat pagi! Terima kasih kerana sudi singgah lagi di Aliffness. Harini, penulisan berkaitan sejarah melayu bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Begitu banyak sekali. Kami juga tidak terkecuali dalam mencari sedikit masa untuk mentelaah bagi mengenali dengan lebih dekat akan sejarah bangsa Melayu. Beberapa buku dijadikan rujukan namun kami juga memerlukan dokumentasi yang lebih autentik dan Muzium Warisan yang terletak di Universiti Putra Malaysia (UPM) ini menjadi salah satu pilihan kami.
Muzium ini banyak mempamerkan alat2 kegunaan seharian warisan Melayu terdahulu, kitab-kitab penulisan, senjata-senjata, pakaian-pakaian tradisional serta justifikasi bagi SETIAP perkara yang dicipta. Pokoknya, setiap apa jua yang direka pada ketika itu, ada falsafah, dan fungsinya kepada mereka pada ketika itu. Selain itu, terdapat juga 3 buah rumah warisan Melayu yang diambil dari negeri asal dan dibaikpulih untuk dipamerkn kepada pengunjung bagi mendapatkan sedikit gambaran akan struktur rumah Melayu suatu ketika dahulu.
Sudah pastinya ramai yang mempunyai malah paling kurang terdengar akan kain batik, terutamanya kaum wanita. Harini kain batik digunakan secara meluas seperti kain sarung untuk kegunaan seharian. Ada pula yang telah mengkomersialkan kain batik ini dan corak-coraknya digabungkan bersama-sama baju kemeja dan dinamakan kemeja batik.Menurut pegawai penerangan Muzium ini, kain batik ini ketika dahulu juga boleh digunakan oleh pendekar untuk menutup mayat. Ia juga digunakan oleh pendekar untuk 'menghilangkan diri'. Ada juga teori yang menyatakan bahawa terdapat mantera-mantera tertentu yang diamalkan ketika dahulu untuk menghilangkan diri. Wallahualam. Hanya sekadar untuk pengetahuan kita semua secara umum dan ia terbuka kepada untuk berfikir serta menilai ya.
Ini pula ialah Kain Selendang. Cukup popular juga pada wanita dahulu sebagai tudung, menutup kepala, dan berkemban.
Ini ialah Baju Kurung. Perkataan Kurung telah dimanifestasi sebagi perisai kepada wanita agar melindungi diri mereka dari perkara yang tidak bermoral dn dengan menNGURUNG diri mereka di dalam baju kurung salah satu cara untuk memelihara maruah mereka sebagai wanita. Baju kurung tidak seharusnya terlalu ketat dan kecil namun sedikit labuh agar tidak kelihatan keterlaluan, mahupun jarang. Hari ini, baju kurung telah digunakan oleh wanita dari pelbagai bangsa kerana design nya yang simple dan selesa.
Tidak lupa, Baju Melayu juga amat signifikan kepada kaum lelaki untuk digunakan dalam aktiviti harian mereka, majlis2 tertentu. Antara falsafah islam yang diterapkan ialah 5 butang baju di baju Melayu yang melambangkan 5 rukun Islam.
Kitab Risalat Ilmu Hisab. Penulisan tentang Matematik / perhitungan telah ditulis oleh cendekiawan terdahulu .
Azimat Memagar Diri dan Memikat Wanita. Azimat memagar diri daripada kejahatan dan kecelakaan serta gangguan alam ghaib.
Sedikit contoh Keris Tajong lambang Tamadun Langkasuka. Tajong adalah nama sebuah hulu keris yang menjadi simbol tamadadun Langkasuka yang kewujudannya bermula dari abad ke 2M. Ia berasal dari Patani. Keris Tajong atau Pekaka ( kerana bentuk hidung yang panjang menyerupai paruh burung pekaka) mempunyai evolusi bentuk asal hulu yang umum dikenali sebagai Hulu Coteng, Hulu Bangsa Agung dan Hulu Tajong.
Jika diamaati, hulu sarung keris ini berbentuk KAPAL. Hal ini merujuk kepada zaman terdahulu yakni empayar Melayu yang begitu hebat di laut, dari segi perdagangan, pelayaran khususnya. Ia juga menjadi salah satu justifikasi akan kewujuan terma "Tanah Air" kerana bangsa Melayu ketika itu yang dikatakan "versatile" di darat dan laut. Ingat lagi tentang sejarah mengenai Orang Laut?
Pemikiran bahwa bangsa Melayu dizaman kesultanan Melayu Melaka hanya mempunyai Keris dan Tombak semata-mata semasa menghadapi serangan tentera Portugis di Kota Melaka dahulu harus dibuang. Dizaman tersebut, telah wujudnya beberapa senjata api yang dicipta.
Ini adalah antara senjata pada zaman terdahulu. Ia bernama Instinggar (Senapan Kancing Sumbu). Ia adalah senjata api lama yang berasaskan mekanisme sumbu api. Ia merupakan senjata api Melayu yang agak terkenal pada zaman dahulu dan kehebatannya sering ditulis oleh sarjana barat. Instinggar berfungsi apabila sumbunya dicucuh dan dikepit pada hujung pemegang sumbu. Ketika picu ditarik, pemegang sumbu akan menolak sumbu berbara ke lubang penggalak yang berisi ubat bedil. Haa hasilnya, ubat bedil akan terbakar dan menghasilkan daya yang membolehkan peluru timah hitam dilepaskan dengan halaju tinggi melalui muncung Instinggar. Namun, ada juga berpendapat senjata ini menyusahkan, kerana ia bersaiz besar, dan mengambil masa lama untuk reload!
Demonstrasi untuk mendirikan keris. Keris dibina dengan penelitian yang tinggi, ilmu fizik juga perlu dikuasai untuk mendapatkan balancing yang terbaik dan keris ini adalah salah satu outcome-nya. Kelihatan saudara Irfan yang fokus kepada demonstrasi :D
TADA ! Dah berdiri !
Ini ialah betuk. Digunakan untuk menceduk air di dalam tempayan di tepi tangga sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah. Pernah dengan peribahasa "seperti melepaskan batuk di tepi tangga", haa batu itu sebenarnya merujuk kepada Betuk :)
Sedang menanti untuk sesi penerangan tentang rumah Warisan Melayu
Anjung dan tingkap rumah pada zaman dahulu biasanya dibina menghadap kiblat. Jadi, tetamu tidak perlu rungsing untuk mencari arah kiblat.
Ini ialah Lantai Jarang. Ia dibina di dalam rumah agar memudahkan urusan untuk memandikan mereka yang sakit atau keuzuran.
Izzat dah mula mencari wanita yang meminati sejarah sejak beliau ke sini. hehe :D
Ini rumah tradisi negeri Pahang, ia lebih besar berbanding negeri-negeri lain.
Sistem Penapisan Air telah lama wujud. Sistem Penapisan air tradisional Melayu yang menggunakan Batu Pasir (sand stone) , batu semula jadi dari jenis batuan sedimen yang mudah dibentuk dan boleh menyimpan air. Penapis ini asalnya dari Negeri Sembilan di era ke-19.
Okaylah guys, sampai di sini saja perkongsian saya tentang lawatan kami ke Muzium Warisan Melayu di UPM ini. Kami bersyukur kerana pegawai penerangan di sana sudi meluangkan masa bagi menerangkan setiap perkara yang terdapat di dalam muzium ini. Semoga warisan ini akan terus terpelihara dan tidak pupus dimamah zaman. Kenalilah bangsa. Bangsa kita hebat, tapi lebih hebat jika kita kenal bangsa kita (Prof. Muatti)
References
1. Muzium Warisan Melayu, UPM.
No comments:
Post a Comment