Bagi mereka yang sering melakukan aktiviti hiking di Malaysia sudah pastinya pernah mendengar tentang kewujudan Bukit Kutu. Bukit Kutu ini terletak di daerah Hulu Selangor, di kota Kuala Kubu Baru (KKB) serta berhampiran dengan perkampungan Orang Asli (Kampung Pertak), Selangor. Walaupun umum dikenali sebagai Bukit Kutu, ketinggiannya seakan seantero seperti sebuah gunung (3576 kaki / 1090 meter daripada paras laut). Oleh itu, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDSH) berhasrat untuk menukar nama Bukit Kutu kepada Gunung Kutu bagi menambah nilai komersial lokasi aktiviti sukan lasak ini menurut laporan daripada Sinar Harian pada 19 Ogos 2019. Sila klik >> Tukar Nama Bukit Kutu Kepada Gunung Kutu.
Dahulunya, puncak bukit ini digunakan oleh tentera British di zaman pasca kemerdekaan sebagai satu lokasi tapak stesen pemantauan. British juga terkenal dengan minat mereka dengan lokasi tanah-tanah tinggi yang dipercayai lebih selesa, sejuk dan selamat. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan lokasi tanah tinggi di Malaysia dibuka oleh warga British. Walaubagaimanapun, ianya telah dibom oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua bilamana pihak tentera Jepun mulai mara dari utara Tanah Melayu menuju ke Singapura. Jadi, apabila anda mendaki dan sampai ke puncak Bukit Kutu ini, anda akan menemui beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British seperti banglo lama.
Info trek
- Ketinggian: 3576 kaki (1053 meter)
- Lokasi: Kuala Kubu Baru (Selangor).
- Jarak: 6.5 Kilometer
- Kordinat GPS: N3.54359 E101.71961
- Tempoh Pendakian: 2-3 Jam (berbeza mengikut tahap kecergasan individu)
Kemudahan
- Bilik Salinan
- Bayaran Parking: RM1
- Terdapat Gerai-gerai Kecil di kawasan Carpark
Jika anda ingin mendaki Bukit Kutu, hantarkan permohanan permit ke Pejabat Hutan Hulu Selangor melalui emel phdhuluselangor@yahoo.com. Setelah permohonan diluluskan, anda boleh membuat bayaran dengan wang pos. Anda juga boleh mencari organisasi aktiviti lasak bagi menguruskan trip, permohonan permit, dan guide untuk mendaki Bukit Kutu .
Bukit Kutu adalah sebuah lokasi yang menarik bagi penggemar aktiviti hiking, pelari denai yang ingin membina stamina dan bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan hiking. Lokasinya yang begitu hampir dengan kota KKB dan Kuala Lumpur memudahkan pengunjung untuk datang. Namun begitu, suka diingatkan agar anda mendaki bersama mereka yang tahu selok-belok sekitar, ataupun dapatkan khidmat guide. Ini kerana di dalam hutan menuju ke puncak Bukit Kutu ini terdapat beberapa simpang yang boleh membawa anda jauh dari Bukit Kutu malah mungkin menghampiri beberapa gunung berhampiran di sempadan seperti Gunung Rajah, Gunung Ulu Semangkuk, dan Gunung Gap. Jika anda mendaki diwaktu malam atau awal pagi, pastikan membawa headlamp, Koordinat GP bagi memudahkan anda serta mengelakkan anda dari sesat. Untuk mereka yang newbies, pastikan anda bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum bercadang untuk mendaki Bukit Kutu, atau mana-mana lokasi sekalipun demi kebaikan kesihatan anda.
Perjalanan hiking dari carpark hingga ke jambatan pertama adalah santai kerana ia adalah laluan balak. Namun setelah melintasi anak sungai dan menemui simpang Y (sila ambil Kanan), pendakian pun bermula sehingga ke puncak Bukit Kutu. Laluan pendakian pula adalah jelas atau Well-defined, sepanjang trek sarat dengan akar-akar pokok yang sedikit sebanyak membantu kita mendapatkan cengkaman (grip) yang kukuh dan stabil semasa mendaki. Ada masanya laluannya mendaki, ada masa ia mendatar (diskaun).Di beberapa kawasan yang agak cerun juga terdapat tali-tali yang boleh digunakan untuk berpaut sekali gus membantu pergerakan. Nak lihat keindahan pemandangan dipuncak perlulah melalui cabaran dan dugaan sepanjang pendakian, begitulah jua kehidupan kita ini. Terkadang keperitan yang kita lalui ada hikmahnya malah mungkin menjadi asbab dari Allah SWT untuk suatu yang lebih baik.
Di puncak pula boleh memuatkan sekurang-kurangnya 20-30 pendaki pada satu-satu masa dan terhad kepada hanya 2 orang sahaja untuk memanjat batu yang popular di puncak Bukit Kutu untuk melihat sendiri panorama pemandangan sekitar pergunungan dan empangan. Elakkan naik beramai-ramai demi keselamatan dan janganlah meluangkan masa terlalu lama di atas puncak serta batu tersebut bagi memberi laluan kepada mereka yang lain. Bagi yang tidak yakin dan ragu-ragu untuk naik kerana risau akan keselamatan, terpulang kepada anda, know your limit, respect it and work on it to expand it in the future. Halakan juga tumpuan anda untuk memakai pakaian hiking yang sesuai, membawa lampu suluh (headlamp), ration yang mencukupi serta peralatan kecemasan. Anda juga boleh mendapatkan peralatan outdoor yang berkualiti dengan harga berpatutan >>KLIK DI SINI<<
Di puncak pula boleh memuatkan sekurang-kurangnya 20-30 pendaki pada satu-satu masa dan terhad kepada hanya 2 orang sahaja untuk memanjat batu yang popular di puncak Bukit Kutu untuk melihat sendiri panorama pemandangan sekitar pergunungan dan empangan. Elakkan naik beramai-ramai demi keselamatan dan janganlah meluangkan masa terlalu lama di atas puncak serta batu tersebut bagi memberi laluan kepada mereka yang lain. Bagi yang tidak yakin dan ragu-ragu untuk naik kerana risau akan keselamatan, terpulang kepada anda, know your limit, respect it and work on it to expand it in the future. Halakan juga tumpuan anda untuk memakai pakaian hiking yang sesuai, membawa lampu suluh (headlamp), ration yang mencukupi serta peralatan kecemasan. Anda juga boleh mendapatkan peralatan outdoor yang berkualiti dengan harga berpatutan >>KLIK DI SINI<<
Sepanjang pendakian, jagalah tutur kata, budi bicara, khususnya buat kita selaku tetamu di rimba ini. Kadangkala, kita berpotensi untuk menyaksikan perkara-perkara yang diklasifikasikan sebagai mistik Untuk perjalanan kali ini, seorang daripada kami telah menceritakan bagaimana beliau telah mengambil sebatang kayu sebagai walking stick yang terdapat di berdekatan anak sungai. Tongkat tersebut mempunya 2 cabang, Y-shaped dan menurutnya, sepanjang dia menggunakan tongkat tersebut, sepanjang itulah kami tersesat dari laluan asal. Apabila kami menyedari bahawa kami telah jauh tersasar dari laluan pendakian dan patah balik ke simpang utama yang berhampiran anak sungai untuk kembali ke laluan yang sebenar, tongkat tersebut telah pun hilang dari beliau. Sejauh mana kebenaran tentang pemilikan "Tongkat 2 Cabang" dengan insiden sesat kami, WallahuAlam. Usai turun ke kaki bukit, anda berpeluang untuk manjakan diri anda dengan menikmati keindahan air terjun yang terdapat di sana. Nikmatilah alam semula jadi ini sebelum pulang ke lembah duniawi untuk meneruskan kehidupan di kota.
Lain-lain, pupuklah juga inisiatif dalam turut serta menjaga kebersihan hutan ini dengan membuang segala sampah ditempatnya, mengutip sampah sarap yang ditemui sepanjang pendakian, agar khazanah warisan kurniaan dari Allah SWT ini akan terus terpelihara dan dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang. bukan sahaja buat kita sebagai pendaki, tetapi kepada penghuni asal mereka yakni haiwan-haiwan, dan tumbuh-tumbuhan yang mendiaminya.
Akhir kata, Cintailah Alam Seperti Mencintai Diri Kita Sendiri. Sampai ketemu lagi kita di penulisan seterusnya jika diizinkan Allah SWT.
Carpark
Sungai di kawasan Carpark
Laluan Balak
Sekumpulan tetamu Rimba
Antara monumen sejarah di kawasan puncak
Batu popular di puncak Gunung Kutu
No comments:
Post a Comment