Melepak dengan rakan-rakan dan kenalan yang sekufu dengan kita adalah baik, tetapi ia jauh lebih baik jika kita juga meluangkan sedikit masa untuk melepak dengan mereka yang lebih baik/maju/progresif daripada kita juga. Mereka ini melihat dunia dan berfikir dengan lebih mendalam dan menyeluruh serta mempunyai banyak pengalaman yang luas dalam bidang yang mereka selami. Secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak membantu kita untuk berkembang, meluaskan jaringan hubungan kita serta meluaskan skop dan cara pemikiran kita.

Di sini suka saya gariskan beberapa kebaikan melepak dengan mereka.

1. Kita Akan Pelajari Banyak Perkara

Keberadaan orang sekeliling sedikit sebanyak mempengaruhi pengetahuan kita. Justeru, melepak dengan mereka yang jauh lebih berpengalaman dan mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu perkara akan membuatkan kita mempelajari pelbagai perkara dan idea yang baharu. Bak kata pepatah Arab, bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya. Dengan wujudnya golongan ini di sekeliling kita, kita akan dapati bahawa ilmu itu tersangatlah luas dan belajar tidak akan pernah habis.

2. Kita Akan Terbuka Kepada Pelbagai Perspektif

Setiap manusia diciptakan Allah SWT dengan amat unik bilamana setiap daripada kita dikurniakan akal dan fikiran. Setiap daripada kita juga mempunyai pandangan serta approach yang berbeza-beza terhadap suatu perkara, isu & konflik serta cara penyelesaiannya. Kadang-kala, terdapat segelintir manusia yang mendapati diri mereka agak sukar untuk menerima perbezaan kerana merasa bahawa hanya mereka yang betul, narsisist dan sebagainya. Jadi, untuk mengelakkan hal ini berlaku, bergaullah dengan orang lain serta mereka yang lebih baik dari kita. Perbualan, perbincangan, serta negotiotian yang berlaku antara kita dan mereka akan membantu dalam membentuk perasaan penerimaan di dalam diri kita. Ia membantu kita dalam melihat dan analisis sesuatu isu / perkara dengan mengambil kira kepelbagaian.

3. Kita Akan Merasa Gembira Dan Motivated

Apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain, orang yang lebih baik daripada kita, secara tidak langsung kita akan merasa seronok dan bersemangat, apatah lagi apalagi kita dapat berkongsi pengalaman, belajar perkara baharu dan saling mendengar antara satu sama lain. Pepatah Mat Salleh ada menyatakan, "Happiness is only REAL, when SHARED". 

4. Kita Akan Mendapat Advice Yang Lebih Baik

Kebijaksanaan dan maklumat yang terperinci adalah satu kewajipan apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan apabila berada di sesuatu persimpangan kehidupan. Oleh kerana itu, jika kita dikelilingi oleh mereka yang pernah berada di persimpangan itu dan tidak kekok untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, ia dapat membantu kita.

5. Menghapuskan Sikap Sombing Dalam Diri Kita

Ada manusia yang berasa selesa untuk sentiasa berada dikalangan mereka yang dilihat sebagai lebih kurang bijak/ kurang produktif dan berjaya dari diri mereka, kerana mereka mahu sentiasa berada di atas dan memenuhi sifat sombong di dalam hati. Jadi, untuk maju ke hadapan dan lebih produktif, menghapuskan sifat sombong dalam diri adalah satu kewajipan. Berada dengan mereka yang lebih berjaya dari kita akan secara automatiknya menghapuskan sifat sombong kita, sifat negatif serta elemen superiority complex yang lama bertunjang dalam diri kita. Hasilnya, kita akan menjadi manusia yang lebih terbuka, merendah diri dan senantiasa menghormati manusia lain.

6. Menjana Perubahan Positif

Semakin kita bersama mereka yang berjaya, sudah pasti sedikit sebanyak jauh di sudut hati kita ini meraung untuk menjadi seperti mereka, yakni ke arah yang lebih baik.

Photo by Toa Heftiba on Unsplash

6 KELEBIHAN LEPAK DENGAN ORANG YANG MAJU DARI KITA

No comments:

Post a Comment