Kita semua pastinya ada senarai filem yang mustahil untuk kita lupakan. Apatah lagi jika filem itu memberi impak yang sangat besar dalam keperibadian serta kehidupan kita. Filem berunsurkan Adventure juga boleh menjadi satu pembuka mata kepada kita tentang sifat manusia yang optimis dalam mengharungi cabaran, dugaan untuk meneruskan kehidupan, malahan melalui filem-filem sebegini juga, penonton berpeluang untuk melihat sedikit sebanyak gambaran tentang budaya masyarakat sedunia. Di sini, kami telah senaraikan 7 filem berunsurkan adventure dan hiking  yang mungkin berbaloi untuk anda tonton bersama keluarga dan rakan-rakan di masa lapang.

1. WILD (2014) 

Filem ini adalah adaptasi dari kisah benar mengenai seorang gadis bernama Cheryl Strayed yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bercerai dan dibesarkan oleh ibunya yang dianggap sebagai wanita yang begitu cekal kerana masih kuat dalam menjaga keluarga kecil mereka sehinggalah ibunya meninggal dunia. Lantas, Cheryl mengalami depresi dan mula mengambil ubat-ubatan. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk melakukan aktiviti hiking dalam tempoh masa yang begitu panjang di Pacific Crest Trail (PCT) sebagai salah satu proses pemulihan bagi dirinya. Ingin tahu apa yang berlaku sepanjang pengembaraan Cheryl? 

2. INTO THE WILD (2007) 

Berdasarkan sebuah kisah benar, Christopher McCandless, seorang graduan universiti yang baru menamatkan pengajiannya membuat keputusan untuk meninggalkan masyarakat dan kehidupannya di buat seketika . Beliau merasakan bahawa masyarakat pada hari ini adalah "sakit". Oleh itu, perasaan memberontak itu mulai dizahirkan olehnya lalu meninggalkan kawan dan keluarganya dengan merentas hutan belantara di utara Amerika menuju ke Alaska secara berseorangan. Alaska terkenal dengan lokasi-lokasi hutan dan gunung yang mencabar dengan cuaca yang sejuk. Jadi ilmu pengetahuan tentang survival amatlah penting untuk terus survive. Adakah Christopher berjaya menamatkan perjalanannya dan kembali ke kehidupannya sebagai seorang graduan? Saksikan perjalanan Christopher. 

3. A WALK IN THE WOOD

Haa jika anda ada mengenali kumpulan warga emas yang memerlukan sedikit suntikan semangat untuk mencuba aktiviti hiking ataupun outdoor, boleh sarankan mereka untuk menonton movie ini. Ia mengisahkan 2 sahabat lama membuat keputusan untuk menelusuri denai dan hutan belantara yang bernama The Appalachian Trail di Amerika. Sepanjang perjalanan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui dan adakalanya menguji mereka sebagai kawan.

4. EVEREST (2015)
 
Siapa yang tidak pernah mendengar nama Gunung Everest kan. Ia adalah gunung yang tertinggi di dunia dari aras laut dan salah satu gunung yang paling sukar untuk didaki. Filem ini berdasarkan sebuah kisah benar mengenai satu organisasi lasak,Adventure Consultant, yang mengelolakan satu ekspedisi mendaki Everest yang diketuai oleh Rob Hall. Filem ini sedikit sebanyak dapat memberi kita gambaran tentang situasi pendakian dan lokasi Gunung Everest. Bukan itu sahaja, kita juga disajikan dengan beberapa cabaran yang dilalui oleh kumpulan Rob Hall yang begitu mendebarkan dalam menuju ke puncak Everest. Persoalannya, adakah mereka selamat tiba dipuncak dan tiba semula ke garisan pemula? 

5. The Secret Life Of Walter Mitty

Walaupun adegan perjalanan petualangan Walter Mitty (Ben Stiller) tidaklah begitu panjang dalam filem ini, namun ia sudah cukup untuk memberi mesej kepada penonton untuk berani menghadapi cabaran untuk mendapatkan apa yang kita mahu dalam kehidupan ini, berani untuk mencuba perkara baharu walaupun kita mempunyai sedikit mengenainya. Dengan sinematografik yang begitu baik, filem ini juga sarat dengan adegan dan dialog berunsur motivasi tersirat serta komedi. Menurut beberapa penggemar industri filem, filem ini adalah salah satu karya agung dari Ben Stiller. 

6. JUNGLE (2017)

Yossi Ghinsberg (Daniel Radcliffe) seorang pemuda berbangsa Yahudi berjalan ke selatan Amerika dan memulakan pengembaraan mencabar yang sering diimpikannya. Di sana, dia telah menemui beberapa kawan baru , Marcus, seorang guru, dan Kevin, jurugambar Amerika. Tiba-tiba, ada seseorang individu yang tidak dikenali bernama Karl Ruprechter mendekati Yossi, menceritakan tentang sebuah lokasi yang sangat 'rare' di Amazon. Menurut Karl, lokasi itu tidak pernah diketahui umum akan kewujudannnya dan terdapat juga emas yang tersembunyi.Namun, perjalanan ke lokasi itu amat jauh dan memakan masa yang lama. Yossi, sangat mendambakan perjalanan yang mencabar, memujuk Marcus dan Kevin untuk turut serta dan menjayakan ekspedisi mereka yang diketuai oleh Karl. Adakah benar wujudnya lokasi seperti yang diceritakan oleh Karl kepada Yossi? 

7. SEVEN YEARS IN TIBET (1997)

Selepas kematian 11 pendaki, Austrian Heinrich (Bratt Pit) membuat keputusan untuk menjulang nama negaranya dan membawa martabat bangsa Austria dengan mendaki Nanga Prabat di British India, meninggalkan isterinya.  Austrian yang berpewatakan sombong, ego, sukar untuk beramah-mesra dengan ahli pasukannya sendiri. Dapatkah Austrian memenuhi cita-citanya untuk menundukkan pergunungan Himalaya? 

P/S: Ada filem-filem hiking atau adventure yang tidak tersenarai di sini? Silakan berkongsi di ruangan komen.

7 MOVIE HIKING YANG WAJIB ANDA TONTON !!

3 comments: