Gunung Tahan Via Merapoh
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana masih dikurniakan kesihatan baik dari segi fizikal dan mental untuk terus menjadi saksi keagungan ciptaan Allah SWT di bumi ini. Untuk trip kali ini, saya telah sertai satu trip ke Gunung Tahan pada 11-14 Ogos 2017 via Merapoh. Asalnya nak gerak bersama Team Anas dari Terengganu, tapi trip mereka dibatalkan. Jadi teruslah saya men-scroll-kan jari jemari ini di FB HACAM untuk mencari Trip Tahan dalam lingkungan bulan Ogos 2017. Tupp Tupp terjumpalah saya dengan Organizer dari ExoAdventure.
Sedikit info untuk Gunung Tahan ni, ia terletak di sempadan Negeri Pahang dan Kelantan. Dengan ketinggian sebanyak 2187 M, ia diletakkan sebagai gunung tertinggi di semenanjung Malaysia.
Haa Ni Logo dia. Korang boleh follow di Instagram : Exoadventure. Main proponent behind the scene known as Kak Yana April. So bila dah perempuan, bab ration korang jangan risau, trip dibawah beliau sentiasa disajikan dengan makanan2 yang sihat dan menarik. Plus, first time ada kaum2 lain turut serta melalui group ini. Trip ini juga disertai oleh seorang kaum Cina dan India, Personally, i really like the idea of it. It kinda mixing us all around. Okay back to the story. We gathered LRT Gombak and traveled to Merapoh via van, Sorry tercampur omputehhh #hehe
Perjalanan memakan masa 4-5 jam sahaja dari LRT Gombak ke Merapoh. Sampai di bandar mini Merapoh, kami berehat, solat dan breakfast sebelum menaiki powil untuk ke Taman Negara Sg Relau untuk sesi pendaftaran, deklarasi barang2 yang akan dibawa masuk ke hutan. For those of you yang tak tahu, setiap barang, pakaian, plastik, botol2 atau apa2 sahaja yag dibawa perlu direkodkan jumlahnya dan jumlah tersebut haruslah sama semasa korang ingin check out nanti, Ini adalah usaha yang baik dari pihak Taman Negara untuk mengawal disiplin pendaki sekali gus mengekalkan kebersihan khazanah2 hutan ini. Terbayekk !
Sesi Deklarasi, Dah Macam Pasar Malam :D |
Once we finished declaring all the items, we repacked our haversack again and also, we have to carry some ration. They have divided equally i guess. So, we all share the heaviness together lah :D Next, kami menaiki powil dari Taman Negara ke Sg Relau di mana kami akan mulakan pendakian. Untuk hari pertama, ia lebih kepada Fasa Pengenalan Hutan, bak kata guider kami, Abe Mat Besi, Seorang lagi guider kami, Abe Piji. Mereka berdua adalah authority untuk trip ini and mereka semua sempoiii. Dalam perjalanan powil tu, korang akan dikelilingi dengan hutan tebal di kiri dan kanan. Macam2 perasaan ada :D
Bergambar dulu sebelum memasuki hutan |
Dari kiri, Bro Ejai Tiki Taka, saya dan Onn Davidd Teyo. Kami lunch dan mulakan pendakian. And Now I walk into the Wild. Perjalanan amat santai pada hari pertama, trail yang well-defined dan ada beberapa sungai yang perlu diredah. Sungai tak dalam yea. Paras lutut dan peha sahaja. Namun, jangan pernah memandang remeh yea, sentiasalah berhati-hati di setiap langkah. Jalan dalam kelompok amat disarankan. Setelah 4 jam lebih tracking, kami tiba di kem Lata Luis. Di sana, kami set campsite untuk bermalam.
Di Lata Luis, waterpoint nya tidak jauh, hanya 100 meter sahaja. Jadi keperluan air di sana amat mudah, terutamanya di bahagian chef untuk masakan. Selesai set up fly, ground, kami, membersihkan diri, mengambil air untuk minuman, bersolat dan makan malam. Suasana yang amat menyenangkan dengan bunyi-bunyi hutan desiran air terjun yang mengalir tanpa henti,peghhh ditambah pulak dengan kopi panas , eh kopi ke teh. Lupa pulak. Memang layann. bak kata omputeh, Claumatize :D
Selepas itu, kami ada aktiviti ice breaking sikit. Mengenali setiap individu dalam line up ini dengan lebih formal. Rata2 peserta masih muda remaja, 30 series, 40 series pon ada juga. Apa2 pon, saya memang respect dengan semua. Dalam mana2 trip pun, clan anda adalah keluarga anda. Masing2 mempunyai reason tersendiri tentang kenapa kita mendaki, ada yang ingin mencabar diri, ada yang ingin mencari ketenangan, ada yang mengejar graduasi G7, konvo dah tak lama,. Apa2 pun, we all share one reason in common, to challenge the extension of oneself. Mental is very prominent in any hike, without its stability and control, we might fall behind. We fight against the negative of us, whom keep saying No, No, you can't, just go home. Okay done philosophy.
Keesokannya, kami bergerak awal pagi dari Lata Luis, terus menuju ke Kem Kubang. Sempat menyinggah di Kem Kor untuk simpan barang2 sebelum meneruskan perjalanan. Dari Kem Lata Luis ke Kem Kor, trail nya masih malu malu manja, ada naik turunnya dan dari Kem Kor ke Kubang, sebaliknya. Trailnya memang 'Tiada Maaf Bagimu". Segala degrees of inclination kami temui, 50, 60, 80, 90 ? namakan saja. Disinilah permainan mental dan fizikal dicaturkan. Namun, Alhamdulillah, kami dapat harunginya dan tiba di Kem Kubang. Sampai di Kubang, set up camp .
Sempat ber-boys-bonding sat. Paling depan, Azli, saya, Ejai Tiki Taka, Dollah Hapak, Syahir Takde bulu terus, dan Afif BamBam. Yang pakai Windbreaker pinkie kat belakang tu Puan Gayathrie, panggil Gaya aje. Dia ni speed Kijang. Padu, Mantopp, Pace Runner2 ni Lain Macam. hehe.
Sementara menunggu yang lain, bersembang, gossip, menghabiskan lunch yang dah dibekalkan dan rehatkan tubuh badan. Tak lama tu, solat sat dan Si Azli ada plan bayekk. Dia ada stok Bubur. Peghhh
Kitorg pun tag team bubur di campsite area waterpoint Kem Kubang ni. Memang sedap bubur tu. The thing is, in this situation, anything so called as food, semua jadi SEDAP giler. It is soo magical ;)
Makan, bersembang, makan, bak kata si Ejai, Si Afiff ni conversation channel. Jadi macam2 topik yang diketengahkan. Namun, as MatBesi mentioned, yang jahat kita tinggal, Baik kita bawa balik. Cuma nak pesan, pentingnya misai dan jambang untuk lelaki.
Kami bermalam di Kem ini sehingga jam 1 am. Pada jam 2am, kami akan terus straight ke peak. Suhu sangat sejuk waktu tu, kalau kem di Bonzai, mungkin lebih sejuk. Perjalanan rasa lebih cepat, dan kurang memenatkan pada pagi itu. Kami tiba di Kem Bonsai kurang lebih jam 7am dan solat subuh di sana. Haa dari situ, pemandangan gunung ganang sudah jelas kelihatan. Subhanallah. sukar nak gambarkan dengan kata2. Kejap lagi abam payung. Sangat cantik, indah, menenangkan.
Abg Firhat sempat posing |
Masa Ni Semua Orang Macam Bertenaga?? Kenapa ehh :) -JIMA-UTBAH-FARA-WAFI-DOLAH-AFIF BAMBAM- |
To my son, papa terbayangkan mama kamu masa ni :)
Cantikkan ? Dia single lagi :D Termenung apa tu Jima :) |
Ini Kem Botak. 1 Jam ke puncak dari sini. |
GUNUNG TAHAN VIA MERAPOH
By Aliff Arifen
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Jika anda sering mengikuti aktiviti outdoor seperti Hiking, Camping, sudah pastinya anda sering mendengar golongan hikers ini menggunakan istilah "PEWAI". Saya sendiri pernah mengalaminya semasa peringkat awal menceburi aktiviti sukan ini. Pernah saya ajukan soalan ini pada seorang uncle cina di Puncak Broga.
Saya : Uncle, apa itu ahh Pewai ?
Uncle : Pewaii ohh ? Itu masutnya kau sudah KO lorr..
diikuti gelak tawa beliau bersama isterinya yang masih bertenaga mendaki.
Dari situ, saya mula membuat penyelidikan dengan lebih dalam (peghh) haha. Takdelah, saya hanya ajukan soalan yang sama kepada hikers lain di trip-trip saya yang lain. Akhirnya, rata-rata memberi respon yang seakan sama dan merujuk kepada sesuatu dan daripada itu, lahirlah satu definisi yang separuh official mengenai APA ITU PEWAI.
Definisi Pewai : Kelemahan , kepenatan yang teramat sangat.
Kebiasaanya, setelah pendaki mendaki terlalu lama dengan keadaan trail yang ekstrem , ia akan menyebabkan si pendaki mengalami kondisi "Pewai". Si Pendaki akan mengalami kekejangan otot, mula mengalami kecederaan fizikal dan mental. Pada tahap ini, keseimbangan mental si Hiker adalah tidak stabil. Ia akan mula meraung kemarahan dalam kepenatan, ingin segera pulang ke rumah kerana tidak sanggup lagi melayan pewai ini walhal setibanya mereka di rumah, mereka akan meraung untuk mendaki semula.
![]() |
Pewai Dalam Gembira Mungkin Dah Sampai Peak :) |
Antara Ragam Pewai |
Buat kita semua, jika kita dalam situasi di mana rakan trip kita sedang mengalami kondisi yang PEWAI, berikan mereka bantuan baik dari segi fizikal seperti memperlahankan langkah anda, rehat sebentar, berikan mereka makan/ minum ringan serta beri sokongan mental dengan kata kata semangat. Ia sangat penting untuk mencipta suasana yang positif agar rakan kita dapat bertenang dan kembali enjoy menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Sekian sahaja dari saya, Cintailah alam seperti mencintai Dirimu Sendiri. Selamat Berhiking :D
Instagram : aliffarifen
Instagram : aliffarifen
APA ITU PEWAI ??
By Aliff Arifen
Assalamualaikum semua. Entry kali ini, saya ingin kongsikan pengembaraan mini saya ke Gunung Ledang. Sudah agak lama saya memendam cita-cita untuk menawan gunung yang penuh dengan kontroversi ini. Pelbagai kisah dan lagenda yang berkaitan dengan gunung ini dan antara yang paling popular ialah lagenda Puteri Gunung Ledang. Untuk trip kali ini, saya telah menyertai trip yang dikelola oleh cik Myza dan nama team nya ialah TeamMyza. Tegas tapi penyayang orangnya
Sedikit info berkaitan gunung ini,ia juga dikenali sebagai Mount Ophir dan terletak di daerah Tangkak, Johor. Dengan ketinggian 1276, Gunung Ledang dinobatkan sebagai gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Tambahan pula, ia juga adalah gunung yang ke-6 paling sukar didaki di Malaysia. Sebelum mendaki gunung ini, saya dan team memang telah membuat persediaan baik dari segi fizikal dan mental. Beberapa bukit lain seperti broga, Bukit Melati, dijadikan tempat latihan untuk persediaan ke Ledang.
Team Myza dan saya telah menawan puncak Gunung Ledang pada 22/7/2017 (Sabtu). Seperti biasa, trip carpool menjadi pilihan saya. Kali ini, saya, Rafiq dan Ezreen akan carpool bersama dan meetpoint kami bermula di stesen TBS. Kami mula bergerak dari TBS pada Jumaat malam jam 10.30 PM. terus melalui SKVE menuju ke Exit Tangkak. Setibanya di Tangkak, kami mengeteh dahulu di gerai dan tidur di Masjid berdekatan di Pekan Asahan menanti subuh. Sesudah subuh, kami bergerak ke Resort Gunung Ledang yang hanya memakan masa 5 minit dari titik mula kami.
Pejabat untuk Deklarasi Item |
Setibanya di resort ini,kami membuat Item Declaration. Yang si Rafiq tu bawak banyak gila gula-gula kecik. Memang jenuh la dia dok mengira untuk declare :D Aku gelarkan dia tu sebagai K-Mart. Semua makanan dia ada dalam drybag tu. haha.Cakap je apa korang nak. Okay next, kami mula memanaskan badan. Masing-masing memanaskan badan mengikut aromanya yang tersendiri. Fuhh padu ! hehe. Saya dapat melihat ada beberapa lagi team lain yang baru sampai. Masing-masing dengan muka yang penuh semangat, dada yang bidang, (mungkin akan bertahan untuk 20 min akan datang sahaja), lengkap kelengkapan dan siap untuk menawan puncak yang mencabar lagi misteri ini.
Credit to Rafiq. Masa ni kami mendengar taklimat ringkas dan padat dari bro Malim Gunung Merangkap Guider kami |
Kami diterangkan segala butiran mengenai perjalanan kami pada hari itu dan keselamatan amat dititikberatkan. Ada beberapa checkpoint yang akan kami lalui dimulai dengan CP1 (Bukit Sempu). Yea semput. Memang ramai yang semput kerana ada 739 anak tangga weh ! haha. Selepas dari Bukit Semput, ada beberapa lagi CP lain untuk ditempuhi. Pesanan Malim Gunung, jika kami tidak sampai di Simpang Pendeta sebelum jam 12PM, kami tidak akan berpeluang menikmati Laluan KFC dan akan melalui jalan alternatif lain untuk ke puncak. Apa itu KFC? haha teruskan membaca. Jangan Malas !
Checkpoint 1- Bukit Semput |
Checkpoint 2- Hentian Meranti |
Menikmati flora dan fauna yang terhidang Subhanallah. Allahuakbar. |
Di sini, dah mula rasa sedikit sejuk :D |
Trying to impersonate a TV Host. It's just beautiful. |
Waterpoint. Get your bottle REFILLED ! |
Haa Jangan Tenung Lama2! |
Dia kata, dia tengah tunggu crush dia offer Choki2. Tapi, rezeki dia ada Uncle gigi 2 offer dia Roti Kaya. Tu yang seronok sampai terbaring ni :D |
Ke Laluan KFC |
Untuk information korang, KFC ini hanya menjual Snack plate biasa, ayam Thigh tak ada ! Hehe.. Gurau saja. Jangan Marah. KFC stands for KILLER FOR CLIMBERS. Di laluan ini, kami akan menempuhi banyak laluan mencanak, bertangga, berbatu besar dan perlukan tali untuk mendakinya. Based on Malim Gunung, cabaran gunung Ledang bermula selepas dari CP5. Jika anda berjaya sampai ke CP5, tahniah saya ucapkan. Anda layak untuk proceed ke Puncak. Jika mengalami cramp, sengal sengal otot, sesak nafas, perlahankan langkah anda dan rehat. Guider mungking akan arahkan anda untuk "ABORT THE MISSION' jika condition kesihatan anda tidak meyakinkan.
Panjat.. |
Panjat lagi.. Dan lagi.. |
Makan kejap. Dapat Sneakers FREE dari Rafiq K-Mart! Thanks bro ! |
Rafiq dan Beg K-Mart nya. Panjat lagi. |
More climbing! |
Saya amat sarankan anda semua bawa bersama gloves tangan. Ini adalah untuk memudahkan grip anda semasa mendaki dan prevent from getting hurt guys. For this climb, it was a bit of high. But, once you reach the top, the view was worth the climb.
View from the top Cantikkan -Moment of silence- !! |
Bonsai. Kalau dah sampai sini, means you are getting close enough to the peak |
Here we are !! At the peak with Team Myza. Myza was standing next to my right. |
Me for the -Moment of Silence- Instagram : Aliffarifen |
So, in conclusion, yeah, Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjadi saksi keindahan ciptaan Nya kali ini di Gunung Ledang. Selepas selfie, gambar, kami berkemas-kemas untuk descending. Apa apa pun, gunung mana pun kita pergi, jagalah adab kita sebagai tetamu, jaga kebersihan, dan cintailah alam, seperti mencintai dirimu sendiri. Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca tulisan saya. Saya doakan kesejahteraan anda semua. Amin.
-Assalamualaikum-
GUNUNG LEDANG VIA SAGIL
By Aliff Arifen
Assalamualaikum semua. Apa khabar di sana ? Saya harap semua pembaca dalam keadaan yang sihat walafiat, happy dan ceria selalu okay. Alhamdulillah, pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu (5-6/5/2017) saya dan team telah berjaya membuat lagi trip hiking iaitu di Gunung Rajah. Gunung ini terletak di daerah Bentong, Pahang. Walaupun saya asalnya dari Pahang, tapi saya sendiri pun tidak sedar akan kewujudan gunung ini (Aduhh). Untuk sampai ke puncak gunung ini, biasanya ia memakan masa selama 6-7 jam jika buat daypack trip. Ada team yang prefer camping selama sehari yea (Nak menghayati alam dengan lebih relaks.. hehe). Distance perjalanan juga adalah kurang lebih 16 km. Tak perlu rushing2 kan :) Untuk level of difficulty, saya rasa ia adalah average. Just make sure la korang jaga fitness before hiking walaupun di mana-mana untuk pastikan tahap kesihatan kita sentiasa maintained dan dalam keadaan baik (sorry terceramah pulak )
Sebelum hiking, amat penting untuk kita make sure semua equipment kita lengkap. Baik, ini adalah List barang yang perlu dibawa yea. Safety First guys :) We might not know when we are going to face the worst case scenario.
LIST BARANG
- Bag Rucsack 55Litre ke atas
- Sleeping Bag
- Carry Mat / Sleeping Mat
- Sepasang Baju Hiking
- Sepasang Baju di Campsite
- Windbreaker
- Stokin (4 Pasang)
- Topi
- Tuala Mandi / Kain Batik / Kain Pelikat
- Kasut Hiking dan Sander Hiking yang sesuai
- Headlamp (WAJIB)
- Barang Mandian
- Botol Kosong (3 Litre)
- Minuman Tenaga (Livita, Gathorade )
- Plastik Sampah
Baik, panjang sudah introduction. Untuk trip kali ini, saya telah join trip organized by Kerulz Adventure. Ini adalah first time saya join trip mereka ni. Secara peribadi, saya meluangkan masa dengan amat baik dan berkualiti dengan mereka. Banyak yang saya belajar baik dari guider, team members dan juga peserta dari team yang lain. Untuk sampai ke Bentong, macam biasala, carpool aje. Selain dari kos carpool yang menjimatkan, saya sukakan carpool trip ni sebab kita boleh buat kawan baru. Saya dari Nilai, dan Wan dari Batang Kali, so takpela, saya naik KTM dan jumpa Wan di Batang kali. Dari Batang Kali, kami straight ke Bentong untuk ke meeting point di kedai Mamak di Bandar Bentong untuk berkumpul dengan line up yang lain. Kami bertolak Jam 11 pm, dan sampai di Restoran Mamak pada Jam 1 AM. So melepak, bersembang, getting to know each other, building rapport sampai lebam. Sedar2 dah jam 4 AM. Kami pun mula bergerak ke Kaki gunung (30 minit sahaja) dari Bandar Bentong. Dah sampai, kami tidur sebentar, sementara menunggu subuh. Lepas solat subuh, kami mula kan perjalanan dengan Jalan Balak selama 2 jam :D
Jalan Balak (Macam berat aje beg tu hehe ) |
Sepanjang melalui jalan balak ini, kami disajikan dengan beberapa view yang menarik. Subhnallah. Indah sungguh bumi ciptaan Nya ini. Jalan balak ni tidak terlalu curam. Ada la certain parts kena mendaki, naik turun. Nevertheless, it is a good warm up for us. Korang juga akan melihat air terjun yang mengalir, bunyi desiran air terjun yang sejuk, ditambah lagi suasana pagi dan unggas hutan yang turut menyumbang bunyi2, semuanya sangat mengasyikkan. Stress bekerja di alam realiti terasa kian hilang. Mata dan fikiran hanya terbuka untuk menerima keindahan alam aje ( sorry bahasa berbunga sikit). Kami terus jalan dan terus berjalan sehingga kami menemui sebuah pondok kecil dan Pintu Gerbang untuk memasuki trail Gunung ini.
Haa.. apalah yang semua sedang fikirkan sekarang ;D |
Disinilah bermulanya trail ke puncak gunung
|
Selepas sahaja bergambar kat sini, kami mulakan perjalanan dengan berdoa agar perjalanan kami lancar dan mula memasuki trail. Jalan mula menjadi sedikit sempit. Permukaan jalan masih berpasir selama dalam 30 min sebelum mula mendaki trail yang penuh dengan akar-akar kayu. Setelah jauh berjalan, kami yang sampai awal ni "berehat bersama kitkat" seketika untuk menunggu yang lain sampai.
Muka semua acah acah steady. Hilang camera aje, terserlah ke-pewai-an masing masing. Apa apa pun, berehat sebentar :D |
River Crossing di Lata Naning |
For your information, kalau korang nak camping, korang boleh camping samda di Lata Naning ataupun di Lata Hijau. Lata Naning ni korang kena seberang sungai dahulu untuk sampai ke campsite. Lokasi campsite sangat strategik ; tanah tinggi, di tepi air terjun, banyak pokok-pokok. Ia sangat redup dan bagi penggemar hammock, korang boleh la mula menggantung hammock di pokok :). Guider kami decide bermalam di sini dan buat summit attack pada jam 4 AM. Jadi, kami mula memasang Fly + Ground, khemah untuk menduduki campsite. Lata Hijau pula hanya 1 Jam dari Lata Naning. Dari Lata Naning untuk ke Puncak, memakan masa dalam 2 jam.
So inilah campsite kami, Tapi ini dapur untuk Chef kami masak. Alamak masak ??!! Lapar Weihh . |
Air terjun Lata Naning. Sebelah Campsite sahaja yea. |
Setelah berehat semalam, bersembang, makan dan menghayati keindahan, kami mulakan perjalanan kami pada jam 4 AM. Kami tiba di Kem Batu untuk solat Subuh sebelum terus attack ke Summit !
Selfie Dulu. Yang depan Sekali tu Wan. Carpool Mate Saya. |
Finally, PEAK TOUCHED DOWN ! |
Kalau korang Zoom, belah sana tu Genting Highland yea :D |
Disebabkan Minggu Depan Puasa, Kami shoot Raya Outfit :D |
Subhanallah. memang indah. Hilang segala penat, at the moment |
Untuk saya, personally, saya akan spend 3 minutes di puncak untuk berdiam diri dan hanya melihat pemandangan yang terhidang tanpa berkata apa2. Ia digelar "moment of Silence". Ada ramai lagi yang buat moment silence ni tapi cara berlainan. Ada yang duduk, ada yang berdiri sambil mendagu dan macam2. Haha. The point is, kita ingin menghayati keindahan alam tanpa sebarang distraction dari luar dan camera, just to stay.. in it (the moment). Selesai semua, kami bergerak turun ke campsite, Repacking dan mula turun ke kaki gunung. Sekian saja coretan hari ini. Mendakilah untuk mendekati diri dengan alam, betulkan niat, dan bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk menjadi saksi keagungan alam ini. Maaf jika terkasar bahasa, hanya insan biasa. hehe.
Akhir Kata.. To Have Faith in God, To See The World, Things Dangerous To Come To, To See Behind Walls, To Draw Closer, To Find Each Other and To Feel. That is the Purpose of Life.
Tapak Kasut Dia Tercabut ( Make sure Bawak Getah Lebih Yea) |
Ini Guider kami, Babah nama timangannya :D (Dah kahwin, kuota lagi 3 ) |
Dann, saya sendiri :D Take nothing But Pictures, Leave Nothing but FootPrints, Kill Nothing But Times -Aliff Arifen- Instagram : aliffarifen -Assalamualaikum- |
HIKING DI GUNUNG RAJAH
By Aliff Arifen
Subscribe to:
Posts (Atom)