Assalamualaikum semua. Apa khabar di sana ? Saya harap semua pembaca dalam keadaan yang sihat walafiat, happy dan ceria selalu okay. Alhamdulillah, pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu (5-6/5/2017) saya dan team telah berjaya membuat lagi trip hiking iaitu di Gunung Rajah. Gunung ini terletak di daerah Bentong, Pahang. Walaupun saya asalnya dari Pahang, tapi saya sendiri pun tidak sedar akan kewujudan gunung ini (Aduhh). Untuk sampai ke puncak gunung ini, biasanya ia memakan masa selama 6-7 jam jika buat daypack trip. Ada team yang prefer camping selama sehari yea (Nak menghayati alam dengan lebih relaks.. hehe). Distance perjalanan juga adalah kurang lebih 16 km. Tak perlu rushing2 kan :) Untuk level of difficulty, saya rasa ia adalah average. Just make sure la korang jaga fitness before hiking walaupun di mana-mana untuk pastikan tahap kesihatan kita sentiasa maintained dan dalam keadaan baik (sorry terceramah pulak )
Sebelum hiking, amat penting untuk kita make sure semua equipment kita lengkap. Baik, ini adalah List barang yang perlu dibawa yea. Safety First guys :) We might not know when we are going to face the worst case scenario.
LIST BARANG
- Bag Rucsack 55Litre ke atas
- Sleeping Bag
- Carry Mat / Sleeping Mat
- Sepasang Baju Hiking
- Sepasang Baju di Campsite
- Windbreaker
- Stokin (4 Pasang)
- Topi
- Tuala Mandi / Kain Batik / Kain Pelikat
- Kasut Hiking dan Sander Hiking yang sesuai
- Headlamp (WAJIB)
- Barang Mandian
- Botol Kosong (3 Litre)
- Minuman Tenaga (Livita, Gathorade )
- Plastik Sampah
Baik, panjang sudah introduction. Untuk trip kali ini, saya telah join trip organized by Kerulz Adventure. Ini adalah first time saya join trip mereka ni. Secara peribadi, saya meluangkan masa dengan amat baik dan berkualiti dengan mereka. Banyak yang saya belajar baik dari guider, team members dan juga peserta dari team yang lain. Untuk sampai ke Bentong, macam biasala, carpool aje. Selain dari kos carpool yang menjimatkan, saya sukakan carpool trip ni sebab kita boleh buat kawan baru. Saya dari Nilai, dan Wan dari Batang Kali, so takpela, saya naik KTM dan jumpa Wan di Batang kali. Dari Batang Kali, kami straight ke Bentong untuk ke meeting point di kedai Mamak di Bandar Bentong untuk berkumpul dengan line up yang lain. Kami bertolak Jam 11 pm, dan sampai di Restoran Mamak pada Jam 1 AM. So melepak, bersembang, getting to know each other, building rapport sampai lebam. Sedar2 dah jam 4 AM. Kami pun mula bergerak ke Kaki gunung (30 minit sahaja) dari Bandar Bentong. Dah sampai, kami tidur sebentar, sementara menunggu subuh. Lepas solat subuh, kami mula kan perjalanan dengan Jalan Balak selama 2 jam :D
Jalan Balak (Macam berat aje beg tu hehe ) |
Sepanjang melalui jalan balak ini, kami disajikan dengan beberapa view yang menarik. Subhnallah. Indah sungguh bumi ciptaan Nya ini. Jalan balak ni tidak terlalu curam. Ada la certain parts kena mendaki, naik turun. Nevertheless, it is a good warm up for us. Korang juga akan melihat air terjun yang mengalir, bunyi desiran air terjun yang sejuk, ditambah lagi suasana pagi dan unggas hutan yang turut menyumbang bunyi2, semuanya sangat mengasyikkan. Stress bekerja di alam realiti terasa kian hilang. Mata dan fikiran hanya terbuka untuk menerima keindahan alam aje ( sorry bahasa berbunga sikit). Kami terus jalan dan terus berjalan sehingga kami menemui sebuah pondok kecil dan Pintu Gerbang untuk memasuki trail Gunung ini.
Haa.. apalah yang semua sedang fikirkan sekarang ;D |
Disinilah bermulanya trail ke puncak gunung
|
Selepas sahaja bergambar kat sini, kami mulakan perjalanan dengan berdoa agar perjalanan kami lancar dan mula memasuki trail. Jalan mula menjadi sedikit sempit. Permukaan jalan masih berpasir selama dalam 30 min sebelum mula mendaki trail yang penuh dengan akar-akar kayu. Setelah jauh berjalan, kami yang sampai awal ni "berehat bersama kitkat" seketika untuk menunggu yang lain sampai.
Muka semua acah acah steady. Hilang camera aje, terserlah ke-pewai-an masing masing. Apa apa pun, berehat sebentar :D |
River Crossing di Lata Naning |
For your information, kalau korang nak camping, korang boleh camping samda di Lata Naning ataupun di Lata Hijau. Lata Naning ni korang kena seberang sungai dahulu untuk sampai ke campsite. Lokasi campsite sangat strategik ; tanah tinggi, di tepi air terjun, banyak pokok-pokok. Ia sangat redup dan bagi penggemar hammock, korang boleh la mula menggantung hammock di pokok :). Guider kami decide bermalam di sini dan buat summit attack pada jam 4 AM. Jadi, kami mula memasang Fly + Ground, khemah untuk menduduki campsite. Lata Hijau pula hanya 1 Jam dari Lata Naning. Dari Lata Naning untuk ke Puncak, memakan masa dalam 2 jam.
So inilah campsite kami, Tapi ini dapur untuk Chef kami masak. Alamak masak ??!! Lapar Weihh . |
Air terjun Lata Naning. Sebelah Campsite sahaja yea. |
Setelah berehat semalam, bersembang, makan dan menghayati keindahan, kami mulakan perjalanan kami pada jam 4 AM. Kami tiba di Kem Batu untuk solat Subuh sebelum terus attack ke Summit !
Selfie Dulu. Yang depan Sekali tu Wan. Carpool Mate Saya. |
Finally, PEAK TOUCHED DOWN ! |
Kalau korang Zoom, belah sana tu Genting Highland yea :D |
Disebabkan Minggu Depan Puasa, Kami shoot Raya Outfit :D |
Subhanallah. memang indah. Hilang segala penat, at the moment |
Untuk saya, personally, saya akan spend 3 minutes di puncak untuk berdiam diri dan hanya melihat pemandangan yang terhidang tanpa berkata apa2. Ia digelar "moment of Silence". Ada ramai lagi yang buat moment silence ni tapi cara berlainan. Ada yang duduk, ada yang berdiri sambil mendagu dan macam2. Haha. The point is, kita ingin menghayati keindahan alam tanpa sebarang distraction dari luar dan camera, just to stay.. in it (the moment). Selesai semua, kami bergerak turun ke campsite, Repacking dan mula turun ke kaki gunung. Sekian saja coretan hari ini. Mendakilah untuk mendekati diri dengan alam, betulkan niat, dan bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk menjadi saksi keagungan alam ini. Maaf jika terkasar bahasa, hanya insan biasa. hehe.
Akhir Kata.. To Have Faith in God, To See The World, Things Dangerous To Come To, To See Behind Walls, To Draw Closer, To Find Each Other and To Feel. That is the Purpose of Life.
Tapak Kasut Dia Tercabut ( Make sure Bawak Getah Lebih Yea) |
Ini Guider kami, Babah nama timangannya :D (Dah kahwin, kuota lagi 3 ) |
Dann, saya sendiri :D Take nothing But Pictures, Leave Nothing but FootPrints, Kill Nothing But Times -Aliff Arifen- Instagram : aliffarifen -Assalamualaikum- |
bestnyaaaaa
ReplyDeleteyang baju biru tu amir maracar kan?
ReplyDeleteBetul bro. Beliau baru saja dikhabarkan meninggal dunia. Mari kita sama2 sedekahkan alfatihah buat beliau yea
DeleteEaehhh.. ada muka sy la dalam tu..hihi. cari tentang rajah, terjumpa blog ni. Good job👍👍
ReplyDeleteKalau ada gambar tu, boleh claim royalti nanti yea hehehe.
Delete