Hai assalamualaikum dan salam sejahtera guys, lama aku tak menulis. Hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku apabila bertugas sebagai KTM semasa Pilihanraya Umum Ke 15. Bagi anda yang tidak pernah dengar apa itu KTM, KTM ini ialah Ketua Tempat Mengundi. Kalau korang dah pernah pergi mengundi di sekolah, masuk dalam kelas dan mengundi di dalam saluran mengundi, ha KTM la yang akan bertanggungjawab di dalam setiap saluran itu. 

Setiap saluran mempunya seorang KTM dan bersamanya 4 orang KPM (Kerani Pengundian). Dah namanya ketua, jadi segala perkara yang akan berlaku, sedang berlaku di dalam saluran sebelum dan semasa mengundi adalah dibawah tanggungjawab KTM. KTM bertanggungjawab untuk memastikan segala urusan pengundian berjalan dengan lancar dari pembukaan pusat mengundi sehinggalah proses penutupan pusat mengundi dan yang paling penting, iaitu proses mengira undi. 

Sehari sebelum hari pengundian, KTM dan seorang KPM perlu hadir ke pusat utama untuk membuat semakan peralatan mengundi termasuklah buku mengundi, dakwat, tali, kotak peti undi, dan segala peralatan yang diperlukan untuk setiap saluran mengundi. Setelah selesai proses semakan barang, KTM dan pasukan saluran masing-masing boleh terus ke sekolah dan saluran masing-masing untuk membuat persediaan dan susun atur bagi menghadapi hari proses mengundi keesokannya. 

Pada hari mengundi, seawal sebelum subuh KTM perlu keluar dan  menjadi orang pertama yang tiba di pusat penjumlahan undi untuk mengambil peti undi kosong dan terus menuju ke saluran masing-masing dan diiringi oleh seorang polis pengiring. Setelah tiba di sekolah, KTM dan pasukan boleh solat subuh dan terus membuat persiapan terakhir di saluran masing-masing sebelum pusat mengundi dibuka tepat pada jam 8 pagi. KTM perlu memastikan segala peralatan cukup, susun atur peralatan di dalam saluran adalah betul dan membuat briefing kepada Ejen Tempat Mengundi (ETM). ETM dilantik oleh SPR dari kalangan wakil-wakil parti-parti yang bertanding untuk hadir dan memerhatikan proses mengundi di saluran-saluran. Semakin banyak calon yang bertanding, semakin banyaklah bilangan ETM yang akan berada di saluran. KTM perlu mendaftar dan memberi taklimat kepada ETM sebelum proses mengundi bermula. 

Tepat jam 8 pagi, proses mengundi dibuka. KTM memainkan peranan untuk memastikan semua Kerani dapat menjalankan fungsi masing-masing dengan berkesan dan pantas kerana bilangan pengundi akan semakin meningkat di luar saluran dan bakal memenuhi sepanjang koridor sekiranya proses mengundi agak perlahan. Selain itu, KTM juga perlu menghantar laporan bilangan pengundi kepada SPR pada setiap jam tanpa gagal.

Bukan itu sahaja, KTM perlu mempunyai ilmu untuk mengendalikan kes-kes seperti pengundi kurang upaya yang perlu mengundi di saluran bawah, pengundi yang telah mempunyai dakwat dijari dan pelbagai lagi isu. Ini belum termasuk perangai Ejen Tempat Mengundi yang perlu diberi perhatian. Tepat jam 6 petang, proses mengundi tamat dan KTM perlu menutup pusat mengundi dan bersedia untuk proses mengira undi. 

Proses Mengira Undi

Proses Mengira undi akan dilakukan oleh KTM bersama-sama Kerani di hadapan Ejen Tempat Mengundi bagi memastikan ketelusan proses pilihanraya. Proses ini akan memakan sedikit masa kerana terdapat dua kotak undi yang perlu dikira, iaitu peti DUN dan Parlimen. Terdapat kaedah-kaedah pengiraan dan keadaan di mana Ejen berhak untuk meminta untuk mengira semula undi sekiranya tidak berpuas hati. Sekiranya semua berpuas hati, KTM dan pasukan boleh mula mengemas, memasukkan barang-barang mengikut sampul yang disediakan SPR. Setelah selesai, kerani dibenarkan pulang ke destinasi masing-masing namun KTM perlu terus ke Pusat Penjumlahan Undi untuk menyerahkan keputusan. Setelah itu, selesailah tugas KTM.

Jadi, apakah pandangan anda tentang menjadi seorang KTM? sekiranya anda ingin menjadi KTM, atau lain-lain petugas pilihanraya, anda boleh terus menghubungi pejabat daerah masing-masing untuk mendaftar nama. Bayaran saguhati turut disediakan di atas perkhidmatan anda sebagai petugas. 

KETUA TEMPAT MENGUNDI? APA TU? (KENALI KTM)

No comments:

Post a Comment