Hai assalamualaikum dan salam sejahtera guys, lama aku tak menulis. Hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku apabila bertugas sebagai KTM semasa Pilihanraya Umum Ke 15. Bagi anda yang tidak pernah dengar apa itu KTM, KTM ini ialah Ketua Tempat Mengundi. Kalau korang dah pernah pergi mengundi di sekolah, masuk dalam kelas dan mengundi di dalam saluran mengundi, ha KTM la yang akan bertanggungjawab di dalam setiap saluran itu.
Setiap saluran mempunya seorang KTM dan bersamanya 4 orang KPM (Kerani Pengundian). Dah namanya ketua, jadi segala perkara yang akan berlaku, sedang berlaku di dalam saluran sebelum dan semasa mengundi adalah dibawah tanggungjawab KTM. KTM bertanggungjawab untuk memastikan segala urusan pengundian berjalan dengan lancar dari pembukaan pusat mengundi sehinggalah proses penutupan pusat mengundi dan yang paling penting, iaitu proses mengira undi.
Sehari sebelum hari pengundian, KTM dan seorang KPM perlu hadir ke pusat utama untuk membuat semakan peralatan mengundi termasuklah buku mengundi, dakwat, tali, kotak peti undi, dan segala peralatan yang diperlukan untuk setiap saluran mengundi. Setelah selesai proses semakan barang, KTM dan pasukan saluran masing-masing boleh terus ke sekolah dan saluran masing-masing untuk membuat persediaan dan susun atur bagi menghadapi hari proses mengundi keesokannya.
Pada hari mengundi, seawal sebelum subuh KTM perlu keluar dan menjadi orang pertama yang tiba di pusat penjumlahan undi untuk mengambil peti undi kosong dan terus menuju ke saluran masing-masing dan diiringi oleh seorang polis pengiring. Setelah tiba di sekolah, KTM dan pasukan boleh solat subuh dan terus membuat persiapan terakhir di saluran masing-masing sebelum pusat mengundi dibuka tepat pada jam 8 pagi. KTM perlu memastikan segala peralatan cukup, susun atur peralatan di dalam saluran adalah betul dan membuat briefing kepada Ejen Tempat Mengundi (ETM). ETM dilantik oleh SPR dari kalangan wakil-wakil parti-parti yang bertanding untuk hadir dan memerhatikan proses mengundi di saluran-saluran. Semakin banyak calon yang bertanding, semakin banyaklah bilangan ETM yang akan berada di saluran. KTM perlu mendaftar dan memberi taklimat kepada ETM sebelum proses mengundi bermula.
Tepat jam 8 pagi, proses mengundi dibuka. KTM memainkan peranan untuk memastikan semua Kerani dapat menjalankan fungsi masing-masing dengan berkesan dan pantas kerana bilangan pengundi akan semakin meningkat di luar saluran dan bakal memenuhi sepanjang koridor sekiranya proses mengundi agak perlahan. Selain itu, KTM juga perlu menghantar laporan bilangan pengundi kepada SPR pada setiap jam tanpa gagal.
Bukan itu sahaja, KTM perlu mempunyai ilmu untuk mengendalikan kes-kes seperti pengundi kurang upaya yang perlu mengundi di saluran bawah, pengundi yang telah mempunyai dakwat dijari dan pelbagai lagi isu. Ini belum termasuk perangai Ejen Tempat Mengundi yang perlu diberi perhatian. Tepat jam 6 petang, proses mengundi tamat dan KTM perlu menutup pusat mengundi dan bersedia untuk proses mengira undi.
Proses Mengira Undi
Proses Mengira undi akan dilakukan oleh KTM bersama-sama Kerani di hadapan Ejen Tempat Mengundi bagi memastikan ketelusan proses pilihanraya. Proses ini akan memakan sedikit masa kerana terdapat dua kotak undi yang perlu dikira, iaitu peti DUN dan Parlimen. Terdapat kaedah-kaedah pengiraan dan keadaan di mana Ejen berhak untuk meminta untuk mengira semula undi sekiranya tidak berpuas hati. Sekiranya semua berpuas hati, KTM dan pasukan boleh mula mengemas, memasukkan barang-barang mengikut sampul yang disediakan SPR. Setelah selesai, kerani dibenarkan pulang ke destinasi masing-masing namun KTM perlu terus ke Pusat Penjumlahan Undi untuk menyerahkan keputusan. Setelah itu, selesailah tugas KTM.
Jadi, apakah pandangan anda tentang menjadi seorang KTM? sekiranya anda ingin menjadi KTM, atau lain-lain petugas pilihanraya, anda boleh terus menghubungi pejabat daerah masing-masing untuk mendaftar nama. Bayaran saguhati turut disediakan di atas perkhidmatan anda sebagai petugas.
KETUA TEMPAT MENGUNDI? APA TU? (KENALI KTM)
HIKING DI BUKIT SELADANG | JERANTUT | PAHANG
Negeri Sembilan sudah terkenal dengan pelbagai bukit-bukit dan gunung-ganang yang boleh didaki oleh para hikers dari dalam dan luar Malaysia. Baru-baru ini, saya tidak ketinggalan untuk turut serta dalam pendakian ke sebuah bukit yang agak viral sejak 2018 kerana pemandangan awan karpetnya yang begitu tebal dan indah. Ia dikenali sebagai Bukit Senaling. Bukit ini terletak di Pekan Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Dengan ketinggian 394 meter, Bukit Senaling ini sesuai untuk dijadikan lokasi pendakian bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pendakian. Sudah pasti ia juga sesuai buat sesiapa sahaja yang gemar untuk mendekati alam flora dan fauna, sambil menikmati pemandangan matahari terbit yang dihiasi kabus serta awan karpet di sekelilingnya.
Trek laluannya yang jelas, tidak terlalu semak membuatkan ia mudah untuk dilalui oleh para pendaki. Namun begitu, ia bukan alasan bagi kita untuk tidak terus berhati-hati kerana padah akan menanti pada bila-bila masa sekiranya leka. Terdapat beberapa lokasi di trek yang agak licin, khususnya jika baru berlakunya hujan. Jadi, berhati-hati di setiap langkah. Ada beberapa persimpangan di sepanjang trek untuk menuju ke puncak. Jadi pastikan anda mendaki bersama jurupandu yang mahir dengan selok-belok trek untuk mengelakkan dari episod sesat.
Perjalanan dari titik mula sehingga ke Puncak Bukit Senaling adalah sejauh kurang lebih 3 KM. Ada antara para pendaki yang memulakan pendakian seawal jam 5 pagi untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena matahari terbit.
Ruang juga agak lapang dan luas di puncak. Jika anda berhajat untuk mendaki bukit ini, anda boleh berhubung dengan Encik Yusri di talian 0172249601 untuk urusan permit dan pendakian.
Setelah pendakian, anda juga boleh menikmati lontong, nasi lemak ayam, roti canai dan milo ais di sebuah gerai yang terdapat berhampiran dengan kaki bukit.
Sudah pasti, pendakian kalian ke Bukit Senaling ini akan menjadi satu memori yang sukar dilupakan. Namun, harus diingat, jagalah tutur kata, hormati orang sekitar, jaga kebersihan agar bumi Tuhan ini sentiasa dalam keadaan bersih dan aman.
Cintailah alam, seperti mencintai dirimu sendiri.
Aliff Arifen
Hiking di Bukit Senaling | Kuala Pilah
Bukit Taisho ini terletak di pekan daerah Bahau, Negeri Sembilan. Dengan ketinggian setinggi 270 meter, Bukit Taisho ini teramatlah sesuai bagi masyarakat untuk melakukam aktiviti pendakian. Kadar kesukaran pendakian berada pada kadar easy, dan sangat sesuai khususnya kepada mereka yang baru berjinak dengan hiking.
HIKING DI BUKIT TAISHO | BAHAU | N9
KEINDAHAN AIR TERJUN PELANGI DI KUANTAN !
Jika datang ke Kuantan, tak lengkaplah itinerari perjalanan korang jika tidak singgah ke sebuah lokasi rekreasi semula jadi terkenal di sini yang dikenali sebagai Air Terjun Sungai Pandan. Air Terjun Sungai Pandan ini merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan. Bagi penduduk setempat, air terjun ini juga dikenali sebagai Air Terjun Panching kerana ia berdekatan dengan sebuah kampung bernama Kampung Panching.
Peringatan
- Pintu pagar depan dibuka pada jam 9.00 pagi. Jika sampai awal, akan beratur dahulu dengan kereta-kereta lain ya.
- Sediakanlah wang kecil secukupnya bagi memudahkan urusan pembayaran di kaunter. Belum semua kaunter beralih ke sistem digital :)
- Terdapat gerai-gerai makanan dan minuman di dalam, tetapi anda juga boleh membawa makanan sendiri. Dah seronok berenang kuok-lentang bagai mesti lapar kan.
- TOLONG JAGA KEBERSIHAN. Sama-sama kita pupuk nilai jaga kebersihan ini bersama dan didik masyarakat kita ini.
KEINDAHAN AIR TERJUN SUNGAI PANDAN | KUANTAN
- Baju sejuk (windbreaker); kerana cuaca amat sejuk di Cameron Highland, khususnya semasa pendakian. Pakailah kasut hiking yang sesuai
- Kasut 'Adidas Kampung' kerana keadaan permukaan Gunung Irau yang sentiasa berlecak, berselut.
- Sarung tangan
- Lampu Kepala (Headlamp), kita tidak boleh menolak kemungkinan untuk keluar dari kaki gunung pada waktu malam juga ya.
- Kit pertolongan cemas dan lain-lain