2 hari lepas, Russia telah memperkenalkan satu lagi senjata peperangan terbaru yang pada hemat saya begitu canggih. Avangard antara senjata nuklear yang diumumkan pada awal tahun 2018 telah pun dilaksanakan pandu ujinya pada 26 hb ! Sangat PANTAS ! Presiden Russia, Vladimir Putin sendiri telah menyaksikan pengujian tersebut. Pandu uji itu dilaporkan berjaya kerana Avangard berjaya mengenai sasaran yang jaraknya sejauh 6000 kilometer!
Senjata ini mampu membawa terbang dengan sangat pantas ke serata dunia dan juga berkebolehan untuk mengelak dari dikesan anti-missiles diruangan udara, sekali gus menyelesaikan 'misi pendaratan' nya ke destinasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan Russia.
Senjata Avangard hypersonic glide ini juga mampu terbang dengan kadar 27 kali lebih pantas dari pergerakan bunyi, dan hampir mustahil bagi dihentikan atau intercepted" kata Timbalan Perdana Menteri Yuri Borisov.
Pada hemat saya, Rusia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperkuatkan lagi strategi peperangan, memodenkan lagi senjata2 agar mereka berada dalam kedudukan bersedia untuk peperangan kerana US mula meletakkan senjata mereka di sekitar Eropah. Kemungkinan, Russia berasa sedikit terancam, lalu sistem pertahanan mereka dinaiktaraf. Mereka juga tidak mahu dibuli dengan so called 'kuasa besar' USA dan NATO. Bak kata pepatah yang agak popular dalam konteks peperangan, si vis pacem, para bellum, atau If you want PEACE, prepare for WAR.
Pengenalan Avangard juga telah membawa arus teknologi dalam bidang persenjataan ke pentas yang lebih tinggi dengan Russia sebagai pendahului, sekali gus menjadi simbol "balance of power".
Apa pula reaksi Amerika? Former Pentagon Official Micheal Maloof mengakui yang sememangnya teknologi yang dipersembahkan oleh Avangard sangat berkuasa dan buat masa ini mereka 'tidak mempunyai senjata seperti it'. Namun; mereka (intelligence US) dalam proses untuk menghasilkan sesuatu juga. Hal
ini telah menimbulkan satu lagi perlumbaan alaf baru, yakni Perlumbaan Senjata Moden. Apakah signifikan dari event ini ke atas rakyat Malaysia? Apa kata anda? Apa lagi selepas ini? Kita tunggu.
RUSSIA TUNJUK TARING LAGI
By Aliff Arifen
Proud and Love to the National Language
The Japan language has been perceived as a pride among the citizen of Japan and been widely used across Japan widely. You can see it everywhere you go, on the advertisement board, a billboard along the way, signboards, even in the technological devices, which has built-in Japan language as the primary language. It is seen that there is no shame for using national language. Perhaps, they believe the language is another way of keeping up with their identity and cultures.
A Quiet Place
Clean Society
.
![]() |
The Japan language has been perceived as a pride among the citizen of Japan and been widely used across Japan widely. You can see it everywhere you go, on the advertisement board, a billboard along the way, signboards, even in the technological devices, which has built-in Japan language as the primary language. It is seen that there is no shame for using national language. Perhaps, they believe the language is another way of keeping up with their identity and cultures.
A Quiet Place
According to the video published by Ulasan Apek Cina, they lower their voices, resulting in the environment across the shops, malls, city to be a lull, and quiet. I personally believe that this has got to do with their culture where they prefer to be quiet, talking when necessary, and above all, they prefer not to mind others' business but to focus with theirs, most of the times.
They Read A Lot
Clean Society
Queue Society
.
I personally believe that we should promote these values into our educational system at the early stage of kindergarten to prepare a better-cultured version future generation of Malaysia. SHARE this. Let's contribute to the betterment of our society.
References
1. https://www.youtube.com/watch?v=h9m3U4XJhVo
2.https://www.businessinsider.com/why-japanese-people-stand-in-lines-so-well-2016-1/?IR=T
WHAT CAN WE LEARN FROM THE JAPANESE
By Aliff Arifen
Assalamualaikum dan selamat pagi! Terima kasih kerana sudi singgah lagi di Aliffness. Harini, penulisan berkaitan sejarah melayu bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Begitu banyak sekali. Kami juga tidak terkecuali dalam mencari sedikit masa untuk mentelaah bagi mengenali dengan lebih dekat akan sejarah bangsa Melayu. Beberapa buku dijadikan rujukan namun kami juga memerlukan dokumentasi yang lebih autentik dan Muzium Warisan yang terletak di Universiti Putra Malaysia (UPM) ini menjadi salah satu pilihan kami.
Muzium ini banyak mempamerkan alat2 kegunaan seharian warisan Melayu terdahulu, kitab-kitab penulisan, senjata-senjata, pakaian-pakaian tradisional serta justifikasi bagi SETIAP perkara yang dicipta. Pokoknya, setiap apa jua yang direka pada ketika itu, ada falsafah, dan fungsinya kepada mereka pada ketika itu. Selain itu, terdapat juga 3 buah rumah warisan Melayu yang diambil dari negeri asal dan dibaikpulih untuk dipamerkn kepada pengunjung bagi mendapatkan sedikit gambaran akan struktur rumah Melayu suatu ketika dahulu.
Sudah pastinya ramai yang mempunyai malah paling kurang terdengar akan kain batik, terutamanya kaum wanita. Harini kain batik digunakan secara meluas seperti kain sarung untuk kegunaan seharian. Ada pula yang telah mengkomersialkan kain batik ini dan corak-coraknya digabungkan bersama-sama baju kemeja dan dinamakan kemeja batik.Menurut pegawai penerangan Muzium ini, kain batik ini ketika dahulu juga boleh digunakan oleh pendekar untuk menutup mayat. Ia juga digunakan oleh pendekar untuk 'menghilangkan diri'. Ada juga teori yang menyatakan bahawa terdapat mantera-mantera tertentu yang diamalkan ketika dahulu untuk menghilangkan diri. Wallahualam. Hanya sekadar untuk pengetahuan kita semua secara umum dan ia terbuka kepada untuk berfikir serta menilai ya.
Ini pula ialah Kain Selendang. Cukup popular juga pada wanita dahulu sebagai tudung, menutup kepala, dan berkemban.
Ini ialah Baju Kurung. Perkataan Kurung telah dimanifestasi sebagi perisai kepada wanita agar melindungi diri mereka dari perkara yang tidak bermoral dn dengan menNGURUNG diri mereka di dalam baju kurung salah satu cara untuk memelihara maruah mereka sebagai wanita. Baju kurung tidak seharusnya terlalu ketat dan kecil namun sedikit labuh agar tidak kelihatan keterlaluan, mahupun jarang. Hari ini, baju kurung telah digunakan oleh wanita dari pelbagai bangsa kerana design nya yang simple dan selesa.
Tidak lupa, Baju Melayu juga amat signifikan kepada kaum lelaki untuk digunakan dalam aktiviti harian mereka, majlis2 tertentu. Antara falsafah islam yang diterapkan ialah 5 butang baju di baju Melayu yang melambangkan 5 rukun Islam.
Kitab Risalat Ilmu Hisab. Penulisan tentang Matematik / perhitungan telah ditulis oleh cendekiawan terdahulu .
Azimat Memagar Diri dan Memikat Wanita. Azimat memagar diri daripada kejahatan dan kecelakaan serta gangguan alam ghaib.
Sedikit contoh Keris Tajong lambang Tamadun Langkasuka. Tajong adalah nama sebuah hulu keris yang menjadi simbol tamadadun Langkasuka yang kewujudannya bermula dari abad ke 2M. Ia berasal dari Patani. Keris Tajong atau Pekaka ( kerana bentuk hidung yang panjang menyerupai paruh burung pekaka) mempunyai evolusi bentuk asal hulu yang umum dikenali sebagai Hulu Coteng, Hulu Bangsa Agung dan Hulu Tajong.
Jika diamaati, hulu sarung keris ini berbentuk KAPAL. Hal ini merujuk kepada zaman terdahulu yakni empayar Melayu yang begitu hebat di laut, dari segi perdagangan, pelayaran khususnya. Ia juga menjadi salah satu justifikasi akan kewujuan terma "Tanah Air" kerana bangsa Melayu ketika itu yang dikatakan "versatile" di darat dan laut. Ingat lagi tentang sejarah mengenai Orang Laut?
Pemikiran bahwa bangsa Melayu dizaman kesultanan Melayu Melaka hanya mempunyai Keris dan Tombak semata-mata semasa menghadapi serangan tentera Portugis di Kota Melaka dahulu harus dibuang. Dizaman tersebut, telah wujudnya beberapa senjata api yang dicipta.
Ini adalah antara senjata pada zaman terdahulu. Ia bernama Instinggar (Senapan Kancing Sumbu). Ia adalah senjata api lama yang berasaskan mekanisme sumbu api. Ia merupakan senjata api Melayu yang agak terkenal pada zaman dahulu dan kehebatannya sering ditulis oleh sarjana barat. Instinggar berfungsi apabila sumbunya dicucuh dan dikepit pada hujung pemegang sumbu. Ketika picu ditarik, pemegang sumbu akan menolak sumbu berbara ke lubang penggalak yang berisi ubat bedil. Haa hasilnya, ubat bedil akan terbakar dan menghasilkan daya yang membolehkan peluru timah hitam dilepaskan dengan halaju tinggi melalui muncung Instinggar. Namun, ada juga berpendapat senjata ini menyusahkan, kerana ia bersaiz besar, dan mengambil masa lama untuk reload!
Demonstrasi untuk mendirikan keris. Keris dibina dengan penelitian yang tinggi, ilmu fizik juga perlu dikuasai untuk mendapatkan balancing yang terbaik dan keris ini adalah salah satu outcome-nya. Kelihatan saudara Irfan yang fokus kepada demonstrasi :D
TADA ! Dah berdiri !
Ini ialah betuk. Digunakan untuk menceduk air di dalam tempayan di tepi tangga sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah. Pernah dengan peribahasa "seperti melepaskan batuk di tepi tangga", haa batu itu sebenarnya merujuk kepada Betuk :)
Sedang menanti untuk sesi penerangan tentang rumah Warisan Melayu
Anjung dan tingkap rumah pada zaman dahulu biasanya dibina menghadap kiblat. Jadi, tetamu tidak perlu rungsing untuk mencari arah kiblat.
Ini ialah Lantai Jarang. Ia dibina di dalam rumah agar memudahkan urusan untuk memandikan mereka yang sakit atau keuzuran.
Izzat dah mula mencari wanita yang meminati sejarah sejak beliau ke sini. hehe :D
Ini rumah tradisi negeri Pahang, ia lebih besar berbanding negeri-negeri lain.
Sistem Penapisan Air telah lama wujud. Sistem Penapisan air tradisional Melayu yang menggunakan Batu Pasir (sand stone) , batu semula jadi dari jenis batuan sedimen yang mudah dibentuk dan boleh menyimpan air. Penapis ini asalnya dari Negeri Sembilan di era ke-19.
Okaylah guys, sampai di sini saja perkongsian saya tentang lawatan kami ke Muzium Warisan Melayu di UPM ini. Kami bersyukur kerana pegawai penerangan di sana sudi meluangkan masa bagi menerangkan setiap perkara yang terdapat di dalam muzium ini. Semoga warisan ini akan terus terpelihara dan tidak pupus dimamah zaman. Kenalilah bangsa. Bangsa kita hebat, tapi lebih hebat jika kita kenal bangsa kita (Prof. Muatti)
References
1. Muzium Warisan Melayu, UPM.
MUZIUM WARISAN MELAYU UPM
By Aliff Arifen
Now, who are The Orang Asli anyway? Does it really matter to us? Orang Asli is considered to be part of the natives of this country. Based on the information obtained from the museum, there are three (3) major groups in the aborigin community; Negrito, Senoi and Proto Malay. Each group has six different tribes. Altogether, there are 18 Orang Asli tribes in Malaysia.
- Negrito- has been identified as the earliest to inhabit the remote areas of Peninsular Malaysia. They are said to have originated from Indo-China and came to the Malay peninsular via southern Thailand for about 8,000 years ago. Another theory stated that they came from South Africa, then travelled via Indo-China and eventually reaching Malay Peninsular. However, this theory is still being debated among archaeologist.
- Senoi- This sub-ethnic group is the second wave of migrants from Indo-China to Malay Peninsular about 500 years ago.
- Proto Malay- They are said to reach Malay Peninsula around 1800 years from their native Sumatra and Riau-Lingga islands in Indonesia.
Definition of Orang Asli. In referring to Aboriginal People Act (954), a person is qualified to be categorised as Orang Asli and enjoy related privileges when :
- Any person whose male parent is or was, member of the aboriginal ethnic group, speaks an aboriginal language and habitually follows the aboriginal way of life, customs, beliefs.
- Any person of any race adopted when an infant by aborigines and practice the way of life of an aboriginal.
- The child of any union between an aboriginal female and a male of another race, provided that the child habitually speaks an aboriginal language, practices their way of life, customs, beliefs as 1 and 2.
- Mendriq
- Lanoh
- Kensiu
- Bateq
- Kintaq
- Kanaq
- Seletar
- Temuan
- Semelai
- Orang Laut
- Jahai
- Jakun
- Jah Hut
- Temiar
- Mah Meri
- Semai
- Che Wong
- Semoq Beri
Bamboo gun (Senapang Buluh), a traditional game of Orang Asli people during their leisure time. |
We usually wear caps, they also have it, known as Headpiece ( Tempok Kepala), made by various types of leaves and tree bark, worn by couples during weddings. |
Taboos
Almost all the tribes of Orang Asli in this county believe in and adhere to taboos that are related to various aspects in their life. Those who are ignorant to the taboo and break it have the tendency to be struck with bad luck, not only to the individual but might also affect the community altogether. One of the famous taboo is death. It is perceived as the scariest event by the Orang Asli, particularly during the mourning period. They are advised not to be too joyous, postpone their works.
Beliefs
Most of them still believe in the power of spirits whom are said to be their source of help when they need it. They have traditional medicine men / shaman / (bomoh / pawang) that act as a medium of communication between them and the invisible power. There are rituals on special days held to communicate with the spirits such as "Puja Pantai", and Genggulang.
Talisman (Tangkal), known to be a tool for protection from bad spirit.
|
On the left, is the toolbox for women. Next to the box is the cage, used to trap the bird in the jungle. |
MUZIUM ORANG ASLI GOMBAK
By Aliff Arifen
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja ya. Harini entry pendek sahaja. Saya nak upload sedikit penceritaan perjalanan saya dan team Rentas ketikamana kami telah melakukan ekspedisi hiking di sebuah gunung yang bernama Gunung Relau. Untuk pengetahuan anda semua, Gunung Relau ini terletak di daerah Kampar, Perak dengan ketinggian 951 meter dari aras laut. Trip yang kami lakukan ini adalah bersifat daypack kerana jarak pendakiannya yang pendek.
Merujuk kepada peta disebelah, Gunung Relau terletak di daerah Kampar. Saya bersama rakan (Huzair, Talib, dan Rahmat telah memulakan perjalanan kami dari Kuala Lumpur melalui highway Utara-Selatan malam sebelum pendakian dan tiba di pekan Kampar kurang lebih 3 jam perjalanan. Oleh kerana kami tiba lebih awal, kami bermalam di kawasan masjid sementara menunggu line up lain tiba. Untuk pengetahuan anda, trip ini dikendali oleh Team Rentas_Adventures yang dikepalai oleh Sis Leya Deraman. Tidak lama kemudian, azan subuh berkumandang dan kami semua solat berjemaah dan bersiap-siap untuk taklimat ringkas dari organizer sebelum berangkat ke kaki gunung yang hanya 10 minit dari masjid.
Berbalik kepada geografi Gunung Relau, Gunung ini juga adalah sejajar dengan Gunung Bujang Melaka. Jangan salah faham ya, kita masih berada di Perak namun gunung tersebut sememangnya bernama Gunung Bujang Melaka. Pernah suatu ketika saya mengikuti diskusi empayar Kesultanan Melayu Melaka menerusi Youtube dan buku sejarah yang menyatakan bahawa, empayar Melaka pada dahulu kala merangkumi hampir keseluruhan kawasan semenanjung Tanah Melayu. Jadi, ada kemungkinan nama Gunung Bujang Melaka ini dibentuk kerana asal-usulnya kedudukan ia pada dahulu kala dibawah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka. Anda dialu-alukan untuk menyelidik lebih dalam jika perkara ini menarik perhatian anda. Tuntutlah ilmu, ilmu yang mana? Tepuk dada, tanya selera. Baik, setelah taklimat ringkas diberikan, kami semua bergerak ke kaki gunung dan berkumpul di sana untuk sesi pemanasan badan. Untuk pengetahuan anda juga, kawasan letak kereta kaki gunung agak sempit, oleh itu anda digalakkan untuk carpool ya.
Sambil2 memanaskan badan, sempat juga kami semua berkenalan secara ringkas seperti biasa, sebelum memulakan pendakian. Ianya penting bukan sahaja untuk network pada masa akan datang, bahkan juga untuk keselamatan ketika pendakian. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, cuaca begitu baik sekali dan kedengaran bunyi air terjun di sebelah laluan permulaan kami amat mengasikkan. Sungguh tenang dan segar sekali. Ditambah pula dengan bunyi unggas2 di hutan yang menambahkan lagi aroma hutan ciptaan Allah SWT ini. Laluan adalah ber-tar di permulaan, dan sedikit demi sedikit tar pun menghilang dan denai hutan pun bermula.
Seperti kebiasaanya, dipermulaan pendakian akan bertemunya kami dengan waterpoint yang harus diseberangi. Saya lihat, ada antara kami yang tidak kisah akan kasutnya dibasahi air dan ada pula sebaliknya. Proses untuk menyeberang tidak menjadi begitu sukar dengan adanya batu-batu sungai yang menjadi batu loncatan kepada kami semua. Pelbagai gelagat dan personaliti yang dikenal. Nilai kerjasama dan hormat-menghormati juga perlu sentiasa dipraktikkan agar tidak luntur ditelan dek zaman.
Setelah menyeberangi anak sungai, perjalan kami pun bermula. |
Lapar menyapa tidak menentu. Sediakan jajan secukup rasa :D |
Setelah kurang lebih 3 jam pendakian, kami tiba di puncak Gunung Relau. Terdapat banyak bekas simpanan peluru peninggalan zaman perang terdahulu di puncak ini. |
Barisan pendaki yang terlibat pada hari tersebut. |
Tak ada pemandangan gunung-ganang di atas ini kerana puncaknya dikelilingi pokok2 dan belukar. |
Kami semua, sebelum descending. |
Baiklah, saya kiram sampai di sini dahulu lah coretan pada harini. Pendek kata, Gunung Relau ini antara Gunung underrated di Malaysia. Ia sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pendakian di sekitar Malaysia kerana ketinggiannya yang sederhana serta trail nya yang tidak terlalu sukar. Level of difficulty : Moderate. Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca. Semoga anda akan terus dimurahkan rezeki serta diberkati oleh Allah SWT. Sampai ketemu lagi kita di trip dan entri akan datang ya.
-Cintailah Alam Seperti Mencintai Dirimu Sendiri -
Assalamualaikum
HIKING DI GUNUNG RELAU
By Aliff Arifen

Pendudukan Jepun
Jika anda masih lagi mengingati sejarah ketika tanah yang kita cintai ini diserang dan dijajah oleh tentera Jepun, pada tanggal 11 Januari 1942, tentera Jepun telah berjaya sepenuhnya menawan Kuala Lumpur, dan ini juga bermakna bahawa Jepun juga telah mengambil alih pentadbiran jabatan2 kerajaan termasukklah Muzium Selangor. Jepun ketika itu tidak berminat untuk aktiviti muzium jadi muzium Selangor telah dijadikan sebagai markas kepada tentera Jepun. Lama kelamaan, kesedaran mula timbul oleh mereka dan beberapa usaha diambil untuk memajukan muzium walaupun tidak se-gah di zaman pemerintahan kerajaan British terdahulu.
![]() |
Replika Kubur Kepingan Batu |
![]() |
Batu Tumbuk (Pounding Stone) |
Bangunan Sekolah Melayu
Haaaa.. jika dilihat sekali pandang, bangunan apakah ini difikiran anda? Untuk pengetahuan anda, lebih kurang beginilah struktur pusat pendidikan dan sekolah pada zaman terdahulu. Ini ialah model contoh Sekolah Melayu Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor yang dibina pada tahun 1918. Antara bahan yang digunakan untuk membina bangunan ini ialah kayu tempatan dan daun rumbia sebagai atap. Ia juga dibina secara bergotong-royong dan ini menunjukkan betapa muafakatnya penduduk ketika itu bekerjasa dalam pembinaan instituti pendidikan ini ya.
![]() |
Gambaran situasi di banda Klang suatu ketika dahulu |
![]() |
Bangunan Tan Boon Chia, terletak di Rasa, KKB |
![]() |
Keris Semenanjung. Ada banyak lagi jenis2 keris yang dipamerkan di Muzium ini. So hopefully this will trigger you to humanly visit the Museum in the future :D |
![]() |
Inilah model Basikal yang digunakan Tentera Jepun ketika mereka menawan Tanah Melayu melalui jalan darat |
![]() |
Terdapat juga zon alat2 Muzik bagi mereka yang into Musc instruments :D |
![]() |
Buaya Tembaga |
![]() |
Samurai Sword ! |
Falsafah Silat
Silat adalah khazanah warisan budaya Malaysia. Ia adalah seni beladiri Melayu yang bertapak di rantau Nusantara sejak kurun ke-4 iaitu kerajaan Jambi di Sumatra. Pada asalnya, seni beladiri ini bermula dari istana sebagai ilmu mempertahankan diri bagi raja dan pengikut2 baginda semasa penghijrahan dan mengasaskan pemerintahan. Antara negara yang mengamalkan seni silat ialah Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Thailand. Di Malaysia, catatan bertulis dalam sejarah silat bermula di zaman Parameswara yakni di kurun ke-12 !!, sebelum kerajaan Melaka dibuka. Kisah Sultan Alauddin Riayat Shah yang mahir bersilat dan menangkap beberapa pencuri ketika membuat rondaan di kota Melaka menunjukkan betapa amalan silat telah begitu tersemat begitu dalam di dalam Istana dan masyarakat ketika itu. Kisah 5 hulubalang Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang menuntut ilmu di Gunung Ledang hingga Hang Tuah menjadi Laksamana Melaka menggambarkan perjalanan perajurit2 Melayu dalam dunia persilatan. Mungkin ramai yang tidak sedar, perkataan Silat telah menjadi sebutan rasmi kepada beladiri Melayu. Sebelum itu di kepulauan Jawa, ia lebih dikenali dengan Pencak. Terdapat juga orang Melayu Bugis, Acheh, dan Fatani menyebut Gayung. Falsafah tersembunyi dalam ritma "silat" yakni elak dan elat (ilat), atau dalam mengelak-mengilat. Dalam latihan, silat dilihat sepertimana beladiri lain, menggunakan mental dan fizikal tetapi pada hakikatnya ia tetap berbeza dalam penyampaian dan pengisian mengikut budaya adab.
![]() |
Sekitar Muzium, hanya bersebelahan Masjid Shah Alam |
Baiklah, cukuplah sekadar ini dahulu, selebihnya terserah kepada anda untuk melawat Muzium ini sekiranya anda berkelapangan dan ingin mendapat gambaran lebih jelas tentang sejarah Melayu,sejarah pembinaan Muzium ini, dan khususnya sejarah berkaitan negeri Selangor. Sejarah teramatlah penting, dengan mengetahuinya, ia dapat memberi kesedaran agar kesilapan2 lepas tidak lagi akan berulang. Sekian sahaja dari saya, semoga anda semua mendapat sedikit manfaat dari penulisan ini serta sentiasa dirahmati Allah SWT.
-Assalamualaikum dan salam sejahtera-
MUZIUM SULTAN ALAM SHAH
By Aliff Arifen
Subscribe to:
Posts (Atom)