Pada awal tahun 2017, semasa mula bekerja di daerah Nilai, Bukit Melati ini ialah pertama yang kami hike di Negeri Sembilan. Lokasinya pula tidak jauh ke pedalaman. Bukit ini sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pendakian ataupun beginner, ataupun dijadikan sebagai satu lokasi latihan dan persediaan bagi anda yang ingin mendaki gunung-ganang. 

Sepanjang saya menetap di Nilai, adalah beberapa kali juga saya ke Bukit Melati ini baik bersama-sama rakan yang available di sekitar sana. Pada hujung minggu, kebiasaanya bukit ini sememangnya dipenuhi oleh pengunjung. Para peniaga barangan outdoors juga tidak ketinggalan untuk memacak booth-booth jualan di sekitar kawasan kaki bukit.

Untuk pengetahuan anda juga, di dalam bukit ini terdapat beberapa bukit atau puncak kecil seperti Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill, Eagle Hill, dan Mosquito Hill. Macam-macam nama binatang kan. hehe. Bagi kawasan-kawasan yang curam, terdapat tali keselamatan telah disediakan bagi memudahkan para pendaki.

Nama : Bukit Melati
Lokasi: Putra Nilai, Negeri Sembilan
Ketinggian: 350 meter - 370 meter
Aras kesukaran : Mudah (Easy)

Kebiasaanya, saya dan rakan-rakan akan menghabiskan masa kurang lebih 1-2 jam untuk beriadah di kawasan bukit ini. Sepanjang pengamatan saya, bukit ini masih terjaga dan terpelihara oleh pihak berwajib dan masyarakat sekitar. Sekitar denai-denainya juga bersih dan tiada pencemaran seperti sampah-sarap. Jika anda merancang untuk ke sini, pastikan tradisi menjaga kebersihan hutan dan alam sekitar ini diteruskan yea. Selesai sahaja hiking, kami akan ke Kedai Nasi Kak Wok di Bandar Baru Nilai untuk menambah kalori kami yang baru sebentar tadi dibakar. :D Baiklah, sekian sahaja dahulu ya. 

Cintailah alam seperti mencintai dirimu sendiri

Officemate

Menuruni curam

Puncak

Bersama bro Syafiq

HIKING DI BUKIT MELATI, NILAI

No comments:

Post a Comment