Pada sekitar bulan Mac 2017, saya dan Syafiq berkesempatan untuk melawat sebuah bukit di negeri Melaka. Pada hari berkenaan, kami terlebih dahulu mendaki Bukit Beruang di awal pagi dan memilih untuk mendaki satu lagi bukit yang tidak berapa jauh iaitu Bukit Batu Lebah. Sejujurnya saya sendiri tidak pernah mendengar nama bukit sehinggalah Syafiq mula bercerita mengenainya.
Untuk pengetahuan anda, Taman Eko Rimba Bukit Batu Lebah ini terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Senggeh yang hanya 16 kilometer dari Pekan Jasin. Kemasukan ke Taman Eko Rimba ini adalah percuma namun jika anda ingin melakukan aktiviti hiking di Bukit Batu Lebah, anda perlu membayar kos upah kepada guide yang sedia ada di sana.
Setibanya di sana, kami diberi sedikit penerangan tentang Hutan Simpan Bukit Senggeh dan Taman Eko Rimba ini. Terdapat kemudahan fasiliti seperti chalet, surau, tandas di sekitar pintu masuk Taman ini. Jadi lokasi ini sering menjadi tumpuan bagi pihak sekolah mahupun organisasi luar yang ingin menjalankan program seperti kem motivasi dan pelbagai lagi.
Baik, kembali kepada perjananan hiking, kami diberitahu bahawa terdapat 2 trail utama di dalam Hutan Simpan Bukit Senggeh ini. Trail 1 yang terus membawa kami ke Bukit Batu Lebah dalam masa kurang lebih 2 jam dan Trail 2 yang lebih panjang (3-4 jam). Memandangkan sudah tengahari, kami memilih untuk explore Trail 1. 2 orang guide turun serta mengiringi kami.
Sepanjang perjalanan kami menelusuri denai, guide ini tersangatlah peramah, berilmu pengetahuan luas serta tidak lokek berkongsi ilmu. Pelbagai jenis tumbuhan diperkenalkan serta manfaatnya untuk sesuatu penyakit mahupun untuk mencegah dari marabahaya seperti sengatan dari ular sebagai contoh.
Kurang lebih setengah jam perjalanan, kami tiba di sebuah kawasan lapang di tengah bukit yang menyajikan pemandangan hutan sekitar. Jika melihat dengan lebih tajam, Puncak Gunung Ledang juga boleh dilihat dari point permukaan ini. Permukaan kawasan lapang ini juga adalah dari batu-batu. Semasa kami tiba di sana, ada beberapa lagi hiker lain yang berada di dalam khemah keluar menyambut kami. Sempatlah bertukar sedikit cerita dan berswafoto.
Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan untuk ke puncak Bukit Batu Lebah yang tidak berapa jauh lagi. Puncak bukit dikelilingi dengan kanopi hutan ya, tiada pemandangan. Selepas kami tiba di puncak dan berehat sebentar dan mula turun. Kami juga berkesempatan untuk masuk ke sebuah gua (caving) cuma saya tidak ingat samada kami memasuki gua ini dalam perjalanan naik bukit ataupun turun. Banyak juga kelawar yang sedang tidur di dalam gua.Maklumlah, sejuk dan gelap adalah resipi kegemaran mereka.
Apa-apa pun, kami bersyukur kerana turun dengan selamat. Terima kasih kepada guide yang sentiasa mengiringi kami serta berkongsi ilmu pengetahuan. Semoga Allah SWT memudahkan urusan kalian serta dimurahkan rezeki. InsyaAllah, sekiranya diberi kesempatan, kami akan kembali untuk Trail yang ke 2.
Pertanyaan:
Pejabat Hutan Daerah Melaka, 75459 Air Keroh, Melaka.
Tel : 06-231 6095
Faks : 606 - 2322 867
Tel : 06-231 6095
Faks : 606 - 2322 867
Pejabat Renjer Hutan Jasin, 77000 Jasin, Melaka
Tel/Faks : 606 - 5292 060
Tel/Faks : 606 - 5292 060
No. Kecemasan:
• Dial 911
• Hospital Daerah Jasin - 14 km (606-5294 262)
• Balai Polis Jasin - 16 km (606-5291 444)
• Balai Bomba Jasin - 3.9 km (606-5252 222
• Hospital Daerah Jasin - 14 km (606-5294 262)
• Balai Polis Jasin - 16 km (606-5291 444)
• Balai Bomba Jasin - 3.9 km (606-5252 222
Welcome
Tunggu turn nak masuk gua
Salah seorang guide sedang menyuluh ke arah beberapa eko kelawar yang sedang lena dibuai mimpi
Kami di permukaan batuan
Berehat sebentar
Guide sedang berkongsi kisah tentang batu berupa sebuah kapal. Teringat pula suatu kisah dongeng Si Tanggang
Nak panjat juga.
Kata guide, rugi kalau tak bergambar di celahan batu ini.
Hi. May i know, how much is the guide fees ? Thx.
ReplyDeleteHey there.I was charged for RM25 per pax, only for Trail 1.
ReplyDeletebukit batu lebah.. bukit asal sang kelembai. banyak kisah2 yang disumpah jadi batu kat atas bukit ni.. saya orang kampung bukit senggeh.
ReplyDeletebukit batu lebah.. bukit asal sang kelembai. banyak kisah2 yang disumpah jadi batu kat atas bukit ni.. saya orang kampung bukit senggeh.
ReplyDelete