Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Ameen.Setelah saya dan rakan-rakan menyelesaikan acara Alor Setar Half-Marathon 2019, kami mengambil peluang ini sementara berada di Kedah untuk melawat beberapa lokasi menarik di Kedah sebagai lawatan sampingan dan Gunung Keriang ini adalah salah satu daripada lokasi sampingan tersebut. Gunung Keriang hanya berada dalam kurang lebih 8 KM dari Bandar Alor Setar. Gunung ini masih diberi nama Gunung walaupun ketinggiannya hanya 217 meter dari paras laut.

Kami tiba di kaki gunung ini sekitar jam 8.15 AM. Kelihatan juga beberapa hikers lain yang baru tiba, sedang giat memanaskan badan sebelum memulakan pendakian. Kawasan parking yang disediakan di dalam kawasan rekreasi ini agak sederhana luasnya, tiada bayaran yang dikenakan. Terdapat juga sebuah warung yang menyajikan hidangan sarapan pagi dan tengah hari. Tuan empunyanya juga begitu peramah dan murah hati. 

Untuk trek pendakian, panjang laluan nya adalah kurang lebih 800-1000 meter.dari bawah (starting point) terus ke puncak. Trail nya agak mencanak. Namun begitu, tangga-tangga batu yang sedia ada memudahkan lagi perjalanan kami. Cuma berhati-hatilah di setiap langkah kerana ada beberapa kawasan yang mempunyai batu yang licin dan tajam (kebanyakkan di puncak). Sepanjang pendakian, kami dihidangkan dengan pemandangan sawah padi di sekitar gunung yang begitu menenangkan. SubhanaAllah. Walaubagaimanapun, sepanjang pendakian naik dan turun kami, kami telah menemui sampah-sarap yang ditinggalkan seperti botol minuman, plastik bungkusan gula-gula. Saya sangat berharap kita semua dapat meningkatkan kesedaran sivik para hikers agar turut serta dalam mengimarahkan amalan menjaga kebersihan, tidak kiralah di manapun kita berada. 

Dengan pace yang agak santai, kami memakan masa dalam 1 jam 15 minit untuk tiba di puncak Gunung Keriang. Terdapat pondok kecil untuk hikers berehat sambil melihat pemandangan sekitar gunung. Pondoknya tidaklah terlalu besar, cukup sekadar untuk menampung hikers dalam 7-12 orang pada satu-satu masa. Seperti kebiasaannya, kami melungkan masa dalam 20-30 minit di puncak untuk berehat seketika, menikmati pemandangan Alor Setar dan sawah padi sekitar serta berswafoto sebelum menuruni gunung. Apabila berada dipuncak, beberapa minit juga diluangkan untuk refleksi diri. Berbicaralah dengan diri anda, apa yang anda inginkan, apa yang telah anda capai, apa yang menjadi penghalang kepada misi anda, bagaimana pula hubungan anda terhadap Sang Pencipta, hubungan anda terhadap manusia lain dan juga hubungan dengan alam. Ambil la sedikit masa dan refleksi (nak buat di mana2 pun boleh, tapi bila atas puncak ni feel dia lain macam sikit. hehehe) 

Overall, Gunung Keriang ini adalah satu lokasi yang sesuai dilawati oleh semua golongan, khususnya bagi para pendaki yang ingin mendaki gunung yang lebih challenging, boleh menjadikan Gunung Keriang ini sebagai lokasi latihan anda. Ia juga tidak jauh dari ketamadunan, hanya beberapa kilometer saja dari Bandar Alor Setar. Bagi anda yang gemar melawat muzium, terdapat beberapa Muzium di sekitar kawasan Gunung Keriang, antaranya ialah Muzium Kuala Kedah dan Muzium Padi. Baiklah, sampai di sini dahulu tulisan ini. Terima kasih kerana sudi membaca yea. Assalamualaikum

Laluan permulaan. Ada Kubur di sebelah kiri kami 

Laluan Permulaan

Mula Mendaki

Laluan yang mula mencanak

Syafiq dan Sahil

Puncak Gunun Keriang

Badri

Jadilah hikers yang bertanggungjawab menjaga kebersihan hutan

HIKING DI GUNUNG KERIANG

No comments:

Post a Comment