Assalamualaikum dan salam sejahtera, semoga kalian sentiasa dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan senantiasa dirahmati oleh Allah S.W.T. Entry kali ini adalah penulisan ringkas tentang pengembaraan saya ke Gunung Tok Wan yang terletak di Semenyih / Broga.Gunung ini terletak bersebelahan dengan Bukit Broga sahaja ya. Ketika saya pertama kali mendaki Broga pada 2013, kami telahpun diberi penerangan mengenai kewujudan Gunung Tokwan ini. Namun belum berkesempatan untuk melawatnya kerana kekangan masa ketika itu. Untuk ke Gunung Tok Wan ini, kami harus melalui Puncak Bukit Broga terlebih dahulu. Sedikit info tentang Gunung Tok Wan ini :

  1. Ketinggian : 2214 kaki (675 meters) N2.96873 E101.91612
  2. Lokasi: Broga (Selangor / Negeri Sembilan
  3. Memakan masa 30 - 45 minit ke Puncak Bukit Broga dan menyambung kurang lebih 2 jam untuk ke Puncak Gunung Tok wan
  4. Jarak : 1.7 KM ke Puncak Bukit Broga dan 4.7 KM ke Gunung Tok Wan dari kawasan parking

Oleh itu pada tahun 2017, saya telah kembali melawat Bukit Broga sekali gus ke Puncak Gunung Tokwan. Umum mengetahui, laluan ke Puncak Broga adalah jauh lebih jelas dan terang. Walaubagaimanapun, laluan ke Tokwan pula adalah sebaliknya. Ia jauh lebih sempit dan dikelilingi dengan hutan belantara yang tebal. Oleh kerana itu, tahap kesukarannya boleh dikatakan dari mudah ke sukar. Terdapat tanda2 arah yang diletakkan oleh para hikers untuk panduan kepada hikers yang lain. Puncak Gunung Tok Wan pula adalah tertutup. 

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat beberapa kes kehilangan pendaki yang berlaku di Gunung Tok Wan dan Bukit Broga ini yang melibatkan kedua pendaki dalam mahupun luar negara. Boleh klik link ini, Remaja Hilang di Gunung Tok Wan dan Seminggu Hilang di Broga,  Oleh itu, pastikan anda bersama mereka yang tahu akan selok-belok ke Puncak Gunung Tok Wan ini jika ingin mendaki. 

Mula mendaki agak lewat. Dalam jam 9 lebih baru tiba di Puncak Bukit Broga

Akar berbentuk Octopus 

Puncak Gunung Tok Wan !

Kami kehabisan air dalam perjalanan balik. Suhu amat panas ketika tiba di Puncak Broga. Pengajarannya, pastikan bawa bekalan makanan dan minuman secukupnya yea 

HIKING DI GUNUNG TOK WAN

No comments:

Post a Comment