Aktiviti riadah seperti Hiking ataupun mendaki bukanlah lagi satu aktiviti yang aneh di kalangan masyarakat kita. Hampir setiap hari, bilangan hikers meningkat kerana banyak perkongsian aktiviti ini yang dipaparkan di laman sosial seperti Facebook dan Instagram berjaya menarik lebih ramai orang untuk menceburkan diri dalam aktiviti ini.

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum memulakan aktiviti hiking khususnya mereka yang masih baru ataupun newbie. 

1. PASTIKAN ADA RAKAN YANG ADA PENGALAMAN BERSAMA
Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya seorang rakan yang berpengalaman dalam hiking atau pun mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang selok belok hutan dan ilmu hutan. Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti sesat. 

2. STUDY LOKASI PENDAKIAN YANG BERSESUAIAN
Jika pendakian anda adalah yg pertama, PASTIKAN yg bukit/gunung yg akan di daki itu bersesuaian dgn tahap kecergasan anda. Mendaki bukit/gunung yg di luar kemampuan  kecergasan boleh menyebabkan kecederaan pada diri anda. Antara bukit/gunung yg boleh di cuba untuk pertama kalinya: sekitar KL-Bukit Saga, Bukit Gasing, Bukit Broga, Bukit Tabur : NS- Gunung Angsi, Gunung Datok.

3. PILIH KETUA EKSPIDISI / HIKING YANG BERPENGALAMAN
Adalah penting untuk anda sertai aktiviti mendaki bersama kumpulan atau ketua yang berpengalaman dan berkemahiran agar mereka dapat membimbing dan membantu anda sepanjang pendakian. Adalah sebaiknya anda mendapatkan perkhidmatan guide yang berdaftar serta bertauliah. Ini penting bagi memastikan perjalanan anda diuruskan dengan baik dan segala keperluan permit dan laporan polis dilakukan sebelum pendakian anda.

4. SEDIAKAN PERALATAN PERIBADI ANDA SECUKUPNYA
Mendaki dengan tangan kosong akan menyusahkan diri sendiri begitu juga jika tidak mengunakan pakaian dan kasut yg sesuai. Malah ada juga yg mendaki tidak membawa air minum atau membawa air sedikit sahaja. Antara alasan popular sering di dengar adalah beg berat, tak biasa membawa beg. Apa2 pun anda mesti membawa barang peribadi supaya pendakian anda selesa dan selamat. 

5. MENINGGALKAN PESANAN KEPADA KELUARGA / RAKAN 
Tinggakan jadual perjalanan anda kepada keluarga atau kawan2 sebelum anda pergi mendaki, dan bagilah masa tenang sebelum sebarang usaha mencari anda dilakukan jika anda tidak sampai dirumah. PERINGATAN: SEBARANG USAHA MENCARI DAN MENYELAMAT AKAN MELIBATKAN BANYAK PIHAK JUGA KOS UTK MENCARI. JANGAN MEMBUAT PANGGILAN KECEMASAN JIKA PERKARA YG BERLAKU BUKAN KECEMASAN YG SEBENARNYA.

6. MENGAMALKAN SIKAP HORMAT ALAM DAN HARGAI ALAM SEMULAJADI:  
Amalkanlah sikap 3R , RECYCLE, REUSE & REDUCE. “ Bring out what you bring in” . Pastikan apa yang telah anda bawa bersama ketika masuk ke hutan dibawa keluar. Sama-samalah kita bekerjasama bagi memastikan agar  hutan-hutan ini sentiasa bersih dan terhindar dari pencemaran. Bukan sahaja haiwan dan tumbuhan dapat tumbuh serta hidup segar, malahan kita juga akan merasa lebih selesa kerana kurangnya pencemaran berlaku. 

6 TIPS HIKING UNTUK NEWBIES

No comments:

Post a Comment