Semakin kita berkembang menelusuri arus pembangunan teknologi dan komunikasi, kita juga harus bersedia dengan beberapa kemungkinan di mana beberapa jenis pekerjaan akan mulai lupus.Beberapa buah negara yang sedang menerajui pasaran dan ekonomi harini seperti China dan Amerika sedang bergiat aktif melaksanakan kajian dan pembaharuan (RND) dalam bidang Artificial Intelligence (AI) yang bersifat futuristik, dilihat mampu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat pada masa depan. Terbaru, Trump dan pentadbirannya telah pun mengumumkan inisiatif mereka dalam mendominasi perlumbaan teknologi rangkaian 5G. 

Berbalik kepada AI, sistem komputer yang semakin moden dan bijak ini dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI) yang bermaksud Non-Biological Intelligence. Secara amnya, intelligence ini menjurus kepada kebolehan untuk menyiapkan sesuatu objektif / misi yang kompleks. Sebagai permulaan, tugasan kompleks ini bermula seperti mendengar, mencatat menterjemah menyimpan, dan semakin kompleks apabila ia mula mempunyai kebolehan untuk belajar (learn) dan maju (progress). Hasilnya beberapa tahun ini, intervensi AI secara tidak langsung telahpun wujud di sekitar kita melalui teknologi seperti telefon pintar, komputer, malahan permainan video seperti Chess Game dan ratusan lagi jenis permainan. Syarikat syarikat yang mempelopori AI ini bukan sahaja telah menjana keuntungan jutaan dollar tetapi juga telah membuka lohong breakthrough kepada Intelligence yang lebih advanced di masa hadapan, yakni mempunyai kebolehan seperti manusia (cognitive ability).

Disebalik usaha untuk memperkasakan AI ini kepada tahap yang lebih baik bagi masa hadapan, tidak dinafikan terdapat juga kelompok yang kurang selesa, dikenali sebagi AI Paranoia, yang merasakan jika AI gagal dikawal dan terpesong dari objektifnya, ia akan membawa kesan mudarat kepada manusia. Larry Page, tokoh korporat dari tech giant Google berkata bahawa AI Paranoia ini hanya akan melambatkan fasa kehidupan yang disebut sebagai Digital Utopia oleh Max Tegmark, pengarang buku bertajuk Life 3.0 Being Human in the Age of Artifcial Intelligence. Digital Utopia ni senang cerita adalah perubahan fasa kehidupan kepada naratif digital secara alami. Agak sukar untuk membendung arus pemodenan tetapi harus belajar menerima perubahan dengan integrasi serta asimilasi secara berhemah.

Elon Musk, pernah bertanya kepada Larry Page, apakah yang membuatnya begitu yakin bahawa AI tidak akan menghancurkan apa yang kita ada pada masa depan? Larry secara sinis menggelar Elon sebagai "specieist" kerana melihat non-biological sebagai inferior hanya kerana mereka adalah 'silicon-based berbanding carbon-based. Perbincangan mereka berlanjutan sehingga tercetusnya gerakan yang mempromosikan kebaikan AI ( The Beneficial of AI Movement. Gerakan ini juga telah mengumpulkan para akademik , pengkaji-pengkaji AI dari seluruh pelusuk dunia seperti Stuart Russel, ahli perniagaan dari syarikat teknologi gergasi seperti Google, Elon Musk (TESLA), Jaan Tallin (Skype) dan banyak lagi untuk memberi pencerahan dengan lebih terperinci mengenai kebaikan AI kepada masyarakat sekali gus melenyapkan salah faham tentang AI melalui sebuah konferen yang diadakan di Puerto Rico pada tahun 2015.

Penulisan ini hanya ingin memberi gambaran bahawa teknologi beratribut futuristik telahpun mula menjalar dalam kehidupan kita pada harini khususnya di negara-negara maju dan akan terus meresap dan menjadi tunjang kepada pembentukan fasa kehidupan yang baru untuk abad akan datang. Lebih menarik lagi, telah begitu banyak filem-filem dibarat yang telah menerapkan unsur-unsur futuristik ; antaranya yang popular ialah, I Robot, Terminator, The Matrix dan yang sedang hangat ketika ini, The Avengers. Beberapa filem ini juga memberi gambaran bahawa betapa bahayanya sekiranya AI ini gagal dikawal sepenuhnya dan berpotensi mencetuskan huru-hara. Namun, ia hanyalah plot filem semata-mata tapi tidak harus dipandang remeh. Sedikit sebanyak kita diberi gambaran tentang kewujudan AI ini menerusi filem-filem.

Tegmark ada memberi gambaran tentang evolusi AI di dalam dunia ini diibaratkan seperti lautan manakala tenaga manusia sebagai bukit-bukit di tepian pantai. Kuantiti lautan akan perlahan-lahan meningkat dek kerana pemanasan global serta cairnya ais di kutub (kesian beruang di sana) dan sekali gus akan membanjiri bukit-bukit di pantai. Begitu juga AI, menurutnya, kemajuan AI adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, inevitable.

Sekiranya fasa digital ini terus berkembang, kita juga harus bersedia untuk menyaksikan beberapa jenis pekerjaan yang akan terhapus apabila daya manusia secara perlahan digantikan dengan sumber robotik dengan program AI yang mampu melaksanakan kerja. Beberapa jenis posisi pekerjaan yang bersifat pengulangan seperti di kilang-kilang telah menggunakan robotik sistem secara meluas. Di Amerika Syarikat Wallamart sudah mula melaksanakan langkah pertamanya dalam menggunakan robot di salah satu stor jualan mereka dan bercadang untuk meluaskan penggunaan robot di stor jualan yang lain. Sudah pastinya AI serta teknologi bakal memudahkan urusan manusia baik di dalam sektor pekerjaan dan perniagaan ataupun gaya hidup. Namun, ada beberapa persoalan yang akan juga timbul disebalik fenomena ini.

Sumber:
1. Life 3.0 Being Human in the Age of Artificial Intelligence (Max Tegmark)

MANUSIA DI ZAMAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE

No comments:

Post a Comment