Sejak bermulanya tahun baru 2019 ini, aktiviti rekreasi saya hanya melibatkan zumba, jogging, dan larian bagi membina stamina dan tenaga. Tidak lengkaplah tahun baru sekiranya tiada sambutan daripada bunyi-bunyi cengkerik serta unggas yang bersahutan di hutan. Oleh itu, saya dan beberapa rakan telah ke Bukit Saga untuk mengisi masa lapang kami di hujung minggu lalu. Untuk pengetahuan anda, Bukit Saga ini terletak di Ampang / Cheras, di pinggir kota metropolitan Kuala Lumpur.
Bukit ini telah pun dikenali umum sebagai salah sebuah tempat rekreasi terkenal di Kuala Lumpur. Dengan ketinggian kurang lebih 300-400 meter, ianya sesuai dijadikan sebagai medan latihan bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan dunia pendakian dan pergunungan. Ia juga sesuai bagi tujuan riadah untuk keluarga dan rakan-rakan. Trail laluan Bukit Saga adalah pelbagai. Anda boleh mulakan pendakian dari Taman Saga atau pun dari Cheras. Trail nya juga jelas kelihatan dan masih diklasifikasikan sebagai Intermediate. Di puncak Bukit ini, anda akan menemui 2 simpang, simpang pertama akan mengiringi anda ke Air Terjun Saga yang memakan masa kurang lebih 45 minit dari simpang, dan simpang kedua yang membawa anda ke ruangan exercise dan riadah yang komersial.
Kami bertiga telah memulakan pendakian kami dari Taman Saga. Sebelum itu, kami sempat bersarapan di sebuah gerai di tepi jalan yang berhampiran sekitar perumahan Taman Saga. Anda juga boleh "tapau" lunchpack dari kedai ini untuk dibawa dan dinikmati setelah tibanya di puncak atau di Air Terjun Saga. Pendakian kami bermula agak lewat, yakni sekitar jam 8.30 am. Kami memakan masa hampir 2 jam untuk ke puncak Bukit Saga dan extra 1 jam untuk ke Bukit Saga ( Peer Support Pace Rakan-Rakan). Bagi anda yang sudah fit, stamina yang baik dan cergas, kurang lebih 1-2 jam saja dan boleh sampai Puncak dan Air Terjun ya.
Untuk pengetahuan anda juga, laluan untuk mendaki dari Taman Saga berkemungkinan akan ditutup kerana sedang rancaknya kerja-kerja pembinaan jalan / lebuhraya di bawah kaki bukit. Perasaan sedih dan terkilan sedikit apabila melihat kaki bukit berkenaan yang secara perlahan-lahan di tarah bagi tujuan pembinaan tersebut. Walaupun Tun Dr.Mahathir dalam ucapannya di Oxford Union baru-baru ini ada mengatakan bahawa " Malaysia masih diliputi 50% hutan". Namun, sampai bilakah angka tersebut akan bertahan sekiranya kerja2 penarahan atas alasan "pembangunan" ini giat diteruskan tanpa kawalan? Semoga pemimpin kita dapat menjalankan amanah untuk menjaga khazanah alam yang tidak ternilai ini.
Baik, sedikit gambaran trail, jika anda melalui denai dari Taman Saga, trail dimulai dengan elevation sekitar 40-60 darjah bersama tangga. Seterusnya, anda akan terus mendaki dan tiba di puncak Saga. Laluan ke Air Terjun Saga pula melibatkan trail yang turun dan naik. Air Terjun Saga ini juga tidaklah terlalu besar dan dalam namun tidak bermakna anda tidak perlu berhati-hati. Terdapat beberapa kawasan lapang disekitar air terjun di mana anda boleh mendirikan khemah, membentang tikar, memasang hammock untuk bersantai, makan-makan, ruang solat dan juga BBQ. Pastikanlah anda siapkan diri dari segi fizikal dan mental, dan bawalah peralatan yang sepatutnya.
Kredit foto : Raff
Kredit foto : Raff
Breakfast dulu di gerai sekitar Taman Saga
Mula mendaki
MasyaAllah
Tree Bark :D
Mencari Ilham
Aliff & Raff di Puncak Bukit Saga
Aliff & Izzat di Air Terjun Saga
No comments:
Post a Comment