Bagi mereka yang sering melakukan aktiviti hiking di Malaysia sudah pastinya pernah mendengar tentang kewujudan Bukit Kutu. Bukit Kutu ini terletak di daerah Hulu Selangor, di kota Kuala Kubu Baru (KKB) serta berhampiran dengan perkampungan Orang Asli (Kampung Pertak), Selangor. Walaupun umum dikenali sebagai Bukit Kutu, ketinggiannya seakan seantero seperti sebuah gunung (3576 kaki / 1090 meter daripada paras laut). Oleh itu, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDSH) berhasrat untuk menukar nama Bukit Kutu kepada Gunung Kutu bagi menambah nilai komersial lokasi aktiviti sukan lasak ini menurut laporan daripada Sinar Harian pada 19 Ogos 2019. Sila klik >> Tukar Nama Bukit Kutu Kepada Gunung Kutu.
Dahulunya, puncak bukit ini digunakan oleh tentera British di zaman pasca kemerdekaan sebagai satu lokasi tapak stesen pemantauan. British juga terkenal dengan minat mereka dengan lokasi tanah-tanah tinggi yang dipercayai lebih selesa, sejuk dan selamat. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan lokasi tanah tinggi di Malaysia dibuka oleh warga British. Walaubagaimanapun, ianya telah dibom oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua bilamana pihak tentera Jepun mulai mara dari utara Tanah Melayu menuju ke Singapura. Jadi, apabila anda mendaki dan sampai ke puncak Bukit Kutu ini, anda akan menemui beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British seperti banglo lama.
Info trek
- Ketinggian: 3576 kaki (1053 meter)
- Lokasi: Kuala Kubu Baru (Selangor).
- Jarak: 6.5 Kilometer
- Kordinat GPS: N3.54359 E101.71961
- Tempoh Pendakian: 2-3 Jam (berbeza mengikut tahap kecergasan individu)
Kemudahan
- Bilik Salinan
- Bayaran Parking: RM1
- Terdapat Gerai-gerai Kecil di kawasan Carpark
Jika anda ingin mendaki Bukit Kutu, hantarkan permohanan permit ke Pejabat Hutan Hulu Selangor melalui emel phdhuluselangor@yahoo.com. Setelah permohonan diluluskan, anda boleh membuat bayaran dengan wang pos. Anda juga boleh mencari organisasi aktiviti lasak bagi menguruskan trip, permohonan permit, dan guide untuk mendaki Bukit Kutu .
Bukit Kutu adalah sebuah lokasi yang menarik bagi penggemar aktiviti hiking, pelari denai yang ingin membina stamina dan bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan hiking. Lokasinya yang begitu hampir dengan kota KKB dan Kuala Lumpur memudahkan pengunjung untuk datang. Namun begitu, suka diingatkan agar anda mendaki bersama mereka yang tahu selok-belok sekitar, ataupun dapatkan khidmat guide. Ini kerana di dalam hutan menuju ke puncak Bukit Kutu ini terdapat beberapa simpang yang boleh membawa anda jauh dari Bukit Kutu malah mungkin menghampiri beberapa gunung berhampiran di sempadan seperti Gunung Rajah, Gunung Ulu Semangkuk, dan Gunung Gap. Jika anda mendaki diwaktu malam atau awal pagi, pastikan membawa headlamp, Koordinat GP bagi memudahkan anda serta mengelakkan anda dari sesat. Untuk mereka yang newbies, pastikan anda bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum bercadang untuk mendaki Bukit Kutu, atau mana-mana lokasi sekalipun demi kebaikan kesihatan anda.
Perjalanan hiking dari carpark hingga ke jambatan pertama adalah santai kerana ia adalah laluan balak. Namun setelah melintasi anak sungai dan menemui simpang Y (sila ambil Kanan), pendakian pun bermula sehingga ke puncak Bukit Kutu. Laluan pendakian pula adalah jelas atau Well-defined, sepanjang trek sarat dengan akar-akar pokok yang sedikit sebanyak membantu kita mendapatkan cengkaman (grip) yang kukuh dan stabil semasa mendaki. Ada masanya laluannya mendaki, ada masa ia mendatar (diskaun).Di beberapa kawasan yang agak cerun juga terdapat tali-tali yang boleh digunakan untuk berpaut sekali gus membantu pergerakan. Nak lihat keindahan pemandangan dipuncak perlulah melalui cabaran dan dugaan sepanjang pendakian, begitulah jua kehidupan kita ini. Terkadang keperitan yang kita lalui ada hikmahnya malah mungkin menjadi asbab dari Allah SWT untuk suatu yang lebih baik.
Di puncak pula boleh memuatkan sekurang-kurangnya 20-30 pendaki pada satu-satu masa dan terhad kepada hanya 2 orang sahaja untuk memanjat batu yang popular di puncak Bukit Kutu untuk melihat sendiri panorama pemandangan sekitar pergunungan dan empangan. Elakkan naik beramai-ramai demi keselamatan dan janganlah meluangkan masa terlalu lama di atas puncak serta batu tersebut bagi memberi laluan kepada mereka yang lain. Bagi yang tidak yakin dan ragu-ragu untuk naik kerana risau akan keselamatan, terpulang kepada anda, know your limit, respect it and work on it to expand it in the future. Halakan juga tumpuan anda untuk memakai pakaian hiking yang sesuai, membawa lampu suluh (headlamp), ration yang mencukupi serta peralatan kecemasan. Anda juga boleh mendapatkan peralatan outdoor yang berkualiti dengan harga berpatutan >>KLIK DI SINI<<
Di puncak pula boleh memuatkan sekurang-kurangnya 20-30 pendaki pada satu-satu masa dan terhad kepada hanya 2 orang sahaja untuk memanjat batu yang popular di puncak Bukit Kutu untuk melihat sendiri panorama pemandangan sekitar pergunungan dan empangan. Elakkan naik beramai-ramai demi keselamatan dan janganlah meluangkan masa terlalu lama di atas puncak serta batu tersebut bagi memberi laluan kepada mereka yang lain. Bagi yang tidak yakin dan ragu-ragu untuk naik kerana risau akan keselamatan, terpulang kepada anda, know your limit, respect it and work on it to expand it in the future. Halakan juga tumpuan anda untuk memakai pakaian hiking yang sesuai, membawa lampu suluh (headlamp), ration yang mencukupi serta peralatan kecemasan. Anda juga boleh mendapatkan peralatan outdoor yang berkualiti dengan harga berpatutan >>KLIK DI SINI<<
Sepanjang pendakian, jagalah tutur kata, budi bicara, khususnya buat kita selaku tetamu di rimba ini. Kadangkala, kita berpotensi untuk menyaksikan perkara-perkara yang diklasifikasikan sebagai mistik Untuk perjalanan kali ini, seorang daripada kami telah menceritakan bagaimana beliau telah mengambil sebatang kayu sebagai walking stick yang terdapat di berdekatan anak sungai. Tongkat tersebut mempunya 2 cabang, Y-shaped dan menurutnya, sepanjang dia menggunakan tongkat tersebut, sepanjang itulah kami tersesat dari laluan asal. Apabila kami menyedari bahawa kami telah jauh tersasar dari laluan pendakian dan patah balik ke simpang utama yang berhampiran anak sungai untuk kembali ke laluan yang sebenar, tongkat tersebut telah pun hilang dari beliau. Sejauh mana kebenaran tentang pemilikan "Tongkat 2 Cabang" dengan insiden sesat kami, WallahuAlam. Usai turun ke kaki bukit, anda berpeluang untuk manjakan diri anda dengan menikmati keindahan air terjun yang terdapat di sana. Nikmatilah alam semula jadi ini sebelum pulang ke lembah duniawi untuk meneruskan kehidupan di kota.
Lain-lain, pupuklah juga inisiatif dalam turut serta menjaga kebersihan hutan ini dengan membuang segala sampah ditempatnya, mengutip sampah sarap yang ditemui sepanjang pendakian, agar khazanah warisan kurniaan dari Allah SWT ini akan terus terpelihara dan dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang. bukan sahaja buat kita sebagai pendaki, tetapi kepada penghuni asal mereka yakni haiwan-haiwan, dan tumbuh-tumbuhan yang mendiaminya.
Akhir kata, Cintailah Alam Seperti Mencintai Diri Kita Sendiri. Sampai ketemu lagi kita di penulisan seterusnya jika diizinkan Allah SWT.
Carpark
Sungai di kawasan Carpark
Laluan Balak
Sekumpulan tetamu Rimba
Antara monumen sejarah di kawasan puncak
Batu popular di puncak Gunung Kutu
HIKING DI BUKIT KUTU | KUALA KUBU BHARU
By Aliff Arifen
Melepak dengan rakan-rakan dan kenalan yang sekufu dengan kita adalah baik, tetapi ia jauh lebih baik jika kita juga meluangkan sedikit masa untuk melepak dengan mereka yang lebih baik/maju/progresif daripada kita juga. Mereka ini melihat dunia dan berfikir dengan lebih mendalam dan menyeluruh serta mempunyai banyak pengalaman yang luas dalam bidang yang mereka selami. Secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak membantu kita untuk berkembang, meluaskan jaringan hubungan kita serta meluaskan skop dan cara pemikiran kita.
Di sini suka saya gariskan beberapa kebaikan melepak dengan mereka.
1. Kita Akan Pelajari Banyak Perkara
Keberadaan orang sekeliling sedikit sebanyak mempengaruhi pengetahuan kita. Justeru, melepak dengan mereka yang jauh lebih berpengalaman dan mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu perkara akan membuatkan kita mempelajari pelbagai perkara dan idea yang baharu. Bak kata pepatah Arab, bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya. Dengan wujudnya golongan ini di sekeliling kita, kita akan dapati bahawa ilmu itu tersangatlah luas dan belajar tidak akan pernah habis.
2. Kita Akan Terbuka Kepada Pelbagai Perspektif
Setiap manusia diciptakan Allah SWT dengan amat unik bilamana setiap daripada kita dikurniakan akal dan fikiran. Setiap daripada kita juga mempunyai pandangan serta approach yang berbeza-beza terhadap suatu perkara, isu & konflik serta cara penyelesaiannya. Kadang-kala, terdapat segelintir manusia yang mendapati diri mereka agak sukar untuk menerima perbezaan kerana merasa bahawa hanya mereka yang betul, narsisist dan sebagainya. Jadi, untuk mengelakkan hal ini berlaku, bergaullah dengan orang lain serta mereka yang lebih baik dari kita. Perbualan, perbincangan, serta negotiotian yang berlaku antara kita dan mereka akan membantu dalam membentuk perasaan penerimaan di dalam diri kita. Ia membantu kita dalam melihat dan analisis sesuatu isu / perkara dengan mengambil kira kepelbagaian.
3. Kita Akan Merasa Gembira Dan Motivated
Apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain, orang yang lebih baik daripada kita, secara tidak langsung kita akan merasa seronok dan bersemangat, apatah lagi apalagi kita dapat berkongsi pengalaman, belajar perkara baharu dan saling mendengar antara satu sama lain. Pepatah Mat Salleh ada menyatakan, "Happiness is only REAL, when SHARED".
4. Kita Akan Mendapat Advice Yang Lebih Baik
Kebijaksanaan dan maklumat yang terperinci adalah satu kewajipan apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan apabila berada di sesuatu persimpangan kehidupan. Oleh kerana itu, jika kita dikelilingi oleh mereka yang pernah berada di persimpangan itu dan tidak kekok untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, ia dapat membantu kita.
5. Menghapuskan Sikap Sombing Dalam Diri Kita
Ada manusia yang berasa selesa untuk sentiasa berada dikalangan mereka yang dilihat sebagai lebih kurang bijak/ kurang produktif dan berjaya dari diri mereka, kerana mereka mahu sentiasa berada di atas dan memenuhi sifat sombong di dalam hati. Jadi, untuk maju ke hadapan dan lebih produktif, menghapuskan sifat sombong dalam diri adalah satu kewajipan. Berada dengan mereka yang lebih berjaya dari kita akan secara automatiknya menghapuskan sifat sombong kita, sifat negatif serta elemen superiority complex yang lama bertunjang dalam diri kita. Hasilnya, kita akan menjadi manusia yang lebih terbuka, merendah diri dan senantiasa menghormati manusia lain.
6. Menjana Perubahan Positif
Semakin kita bersama mereka yang berjaya, sudah pasti sedikit sebanyak jauh di sudut hati kita ini meraung untuk menjadi seperti mereka, yakni ke arah yang lebih baik.
Di sini suka saya gariskan beberapa kebaikan melepak dengan mereka.
1. Kita Akan Pelajari Banyak Perkara
Keberadaan orang sekeliling sedikit sebanyak mempengaruhi pengetahuan kita. Justeru, melepak dengan mereka yang jauh lebih berpengalaman dan mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu perkara akan membuatkan kita mempelajari pelbagai perkara dan idea yang baharu. Bak kata pepatah Arab, bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya. Dengan wujudnya golongan ini di sekeliling kita, kita akan dapati bahawa ilmu itu tersangatlah luas dan belajar tidak akan pernah habis.
2. Kita Akan Terbuka Kepada Pelbagai Perspektif
Setiap manusia diciptakan Allah SWT dengan amat unik bilamana setiap daripada kita dikurniakan akal dan fikiran. Setiap daripada kita juga mempunyai pandangan serta approach yang berbeza-beza terhadap suatu perkara, isu & konflik serta cara penyelesaiannya. Kadang-kala, terdapat segelintir manusia yang mendapati diri mereka agak sukar untuk menerima perbezaan kerana merasa bahawa hanya mereka yang betul, narsisist dan sebagainya. Jadi, untuk mengelakkan hal ini berlaku, bergaullah dengan orang lain serta mereka yang lebih baik dari kita. Perbualan, perbincangan, serta negotiotian yang berlaku antara kita dan mereka akan membantu dalam membentuk perasaan penerimaan di dalam diri kita. Ia membantu kita dalam melihat dan analisis sesuatu isu / perkara dengan mengambil kira kepelbagaian.
3. Kita Akan Merasa Gembira Dan Motivated
Apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain, orang yang lebih baik daripada kita, secara tidak langsung kita akan merasa seronok dan bersemangat, apatah lagi apalagi kita dapat berkongsi pengalaman, belajar perkara baharu dan saling mendengar antara satu sama lain. Pepatah Mat Salleh ada menyatakan, "Happiness is only REAL, when SHARED".
4. Kita Akan Mendapat Advice Yang Lebih Baik
Kebijaksanaan dan maklumat yang terperinci adalah satu kewajipan apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan apabila berada di sesuatu persimpangan kehidupan. Oleh kerana itu, jika kita dikelilingi oleh mereka yang pernah berada di persimpangan itu dan tidak kekok untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, ia dapat membantu kita.
5. Menghapuskan Sikap Sombing Dalam Diri Kita
Ada manusia yang berasa selesa untuk sentiasa berada dikalangan mereka yang dilihat sebagai lebih kurang bijak/ kurang produktif dan berjaya dari diri mereka, kerana mereka mahu sentiasa berada di atas dan memenuhi sifat sombong di dalam hati. Jadi, untuk maju ke hadapan dan lebih produktif, menghapuskan sifat sombong dalam diri adalah satu kewajipan. Berada dengan mereka yang lebih berjaya dari kita akan secara automatiknya menghapuskan sifat sombong kita, sifat negatif serta elemen superiority complex yang lama bertunjang dalam diri kita. Hasilnya, kita akan menjadi manusia yang lebih terbuka, merendah diri dan senantiasa menghormati manusia lain.
6. Menjana Perubahan Positif
Semakin kita bersama mereka yang berjaya, sudah pasti sedikit sebanyak jauh di sudut hati kita ini meraung untuk menjadi seperti mereka, yakni ke arah yang lebih baik.
Photo by Toa Heftiba on Unsplash |
6 KELEBIHAN LEPAK DENGAN ORANG YANG MAJU DARI KITA
By Aliff Arifen
Kita semua pastinya ada senarai filem yang mustahil untuk kita lupakan. Apatah lagi jika filem itu memberi impak yang sangat besar dalam keperibadian serta kehidupan kita. Filem berunsurkan Adventure juga boleh menjadi satu pembuka mata kepada kita tentang sifat manusia yang optimis dalam mengharungi cabaran, dugaan untuk meneruskan kehidupan, malahan melalui filem-filem sebegini juga, penonton berpeluang untuk melihat sedikit sebanyak gambaran tentang budaya masyarakat sedunia. Di sini, kami telah senaraikan 7 filem berunsurkan adventure dan hiking yang mungkin berbaloi untuk anda tonton bersama keluarga dan rakan-rakan di masa lapang.
1. WILD (2014)
Filem ini adalah adaptasi dari kisah benar mengenai seorang gadis bernama Cheryl Strayed yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bercerai dan dibesarkan oleh ibunya yang dianggap sebagai wanita yang begitu cekal kerana masih kuat dalam menjaga keluarga kecil mereka sehinggalah ibunya meninggal dunia. Lantas, Cheryl mengalami depresi dan mula mengambil ubat-ubatan. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk melakukan aktiviti hiking dalam tempoh masa yang begitu panjang di Pacific Crest Trail (PCT) sebagai salah satu proses pemulihan bagi dirinya. Ingin tahu apa yang berlaku sepanjang pengembaraan Cheryl?
2. INTO THE WILD (2007)
Berdasarkan sebuah kisah benar, Christopher McCandless, seorang graduan universiti yang baru menamatkan pengajiannya membuat keputusan untuk meninggalkan masyarakat dan kehidupannya di buat seketika . Beliau merasakan bahawa masyarakat pada hari ini adalah "sakit". Oleh itu, perasaan memberontak itu mulai dizahirkan olehnya lalu meninggalkan kawan dan keluarganya dengan merentas hutan belantara di utara Amerika menuju ke Alaska secara berseorangan. Alaska terkenal dengan lokasi-lokasi hutan dan gunung yang mencabar dengan cuaca yang sejuk. Jadi ilmu pengetahuan tentang survival amatlah penting untuk terus survive. Adakah Christopher berjaya menamatkan perjalanannya dan kembali ke kehidupannya sebagai seorang graduan? Saksikan perjalanan Christopher.
3. A WALK IN THE WOOD
Haa jika anda ada mengenali kumpulan warga emas yang memerlukan sedikit suntikan semangat untuk mencuba aktiviti hiking ataupun outdoor, boleh sarankan mereka untuk menonton movie ini. Ia mengisahkan 2 sahabat lama membuat keputusan untuk menelusuri denai dan hutan belantara yang bernama The Appalachian Trail di Amerika. Sepanjang perjalanan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui dan adakalanya menguji mereka sebagai kawan.
4. EVEREST (2015)
Siapa yang tidak pernah mendengar nama Gunung Everest kan. Ia adalah gunung yang tertinggi di dunia dari aras laut dan salah satu gunung yang paling sukar untuk didaki. Filem ini berdasarkan sebuah kisah benar mengenai satu organisasi lasak,Adventure Consultant, yang mengelolakan satu ekspedisi mendaki Everest yang diketuai oleh Rob Hall. Filem ini sedikit sebanyak dapat memberi kita gambaran tentang situasi pendakian dan lokasi Gunung Everest. Bukan itu sahaja, kita juga disajikan dengan beberapa cabaran yang dilalui oleh kumpulan Rob Hall yang begitu mendebarkan dalam menuju ke puncak Everest. Persoalannya, adakah mereka selamat tiba dipuncak dan tiba semula ke garisan pemula?
5. The Secret Life Of Walter Mitty
Walaupun adegan perjalanan petualangan Walter Mitty (Ben Stiller) tidaklah begitu panjang dalam filem ini, namun ia sudah cukup untuk memberi mesej kepada penonton untuk berani menghadapi cabaran untuk mendapatkan apa yang kita mahu dalam kehidupan ini, berani untuk mencuba perkara baharu walaupun kita mempunyai sedikit mengenainya. Dengan sinematografik yang begitu baik, filem ini juga sarat dengan adegan dan dialog berunsur motivasi tersirat serta komedi. Menurut beberapa penggemar industri filem, filem ini adalah salah satu karya agung dari Ben Stiller.
6. JUNGLE (2017)
Yossi Ghinsberg (Daniel Radcliffe) seorang pemuda berbangsa Yahudi berjalan ke selatan Amerika dan memulakan pengembaraan mencabar yang sering diimpikannya. Di sana, dia telah menemui beberapa kawan baru , Marcus, seorang guru, dan Kevin, jurugambar Amerika. Tiba-tiba, ada seseorang individu yang tidak dikenali bernama Karl Ruprechter mendekati Yossi, menceritakan tentang sebuah lokasi yang sangat 'rare' di Amazon. Menurut Karl, lokasi itu tidak pernah diketahui umum akan kewujudannnya dan terdapat juga emas yang tersembunyi.Namun, perjalanan ke lokasi itu amat jauh dan memakan masa yang lama. Yossi, sangat mendambakan perjalanan yang mencabar, memujuk Marcus dan Kevin untuk turut serta dan menjayakan ekspedisi mereka yang diketuai oleh Karl. Adakah benar wujudnya lokasi seperti yang diceritakan oleh Karl kepada Yossi?
7. SEVEN YEARS IN TIBET (1997)
Selepas kematian 11 pendaki, Austrian Heinrich (Bratt Pit) membuat keputusan untuk menjulang nama negaranya dan membawa martabat bangsa Austria dengan mendaki Nanga Prabat di British India, meninggalkan isterinya. Austrian yang berpewatakan sombong, ego, sukar untuk beramah-mesra dengan ahli pasukannya sendiri. Dapatkah Austrian memenuhi cita-citanya untuk menundukkan pergunungan Himalaya?
P/S: Ada filem-filem hiking atau adventure yang tidak tersenarai di sini? Silakan berkongsi di ruangan komen.
7 MOVIE HIKING YANG WAJIB ANDA TONTON !!
By Aliff Arifen
Camping atau Berkhemah merupakan salah satu aktiviti outdoor yang sangat menarik bagi mereka yang ingin mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Sudah pasti, kebiasaannya berkhemah memakan masa sekurang-kurangnya 1 hari di lokasi-lokasi berkhemah tertentu. Untuk berkhemah, terdapat beberapa barang perlu anda bawa demi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan alam semula jadi. Terdapat 2 jenis item yang ingin kami huraikan;
- Item Wajib Ada Dalam Backpack (IWADB)
- Item Yang Perlu Ada Bagi Sesebuah Kumpulan Camper.
Item Wajib Ada Dalam Backpack Korang
1. Beg Tidur (Sleeping Bag)
Beg tidur bukan sahaja penting bagi mengelakkan anda dari kesejukan malam melampau, malah ia juga memberikan anda sedikit kusyen kepada tubuh badan anda. Beg tidur light dan ringan telah dipasarkan secara meluas. Jadi, ia tidak akan memakan ruang dan berat yang banyak di dalam backpack korang. Ada juga orang yang membawa pad tidur atau sleeping mat.
2. Pakaian Yang Sesuai
Ia merangkumi pakaian semasa perjalanan anda, pakaian untuk tidur, pakaian semasa ingin membersihkan diri, dan juga pakaian semasa cuaca sejuk seperti jaket atau Windbreaker. Pastikan juga kasut yang tahan lasak dan selasa untuk digunakan. Tambahan, selipar atau sandal juga boleh turut dibawa bagi memudahkan pergerakan di sekitar campsite
2. Pakaian Yang Sesuai
Ia merangkumi pakaian semasa perjalanan anda, pakaian untuk tidur, pakaian semasa ingin membersihkan diri, dan juga pakaian semasa cuaca sejuk seperti jaket atau Windbreaker. Pastikan juga kasut yang tahan lasak dan selasa untuk digunakan. Tambahan, selipar atau sandal juga boleh turut dibawa bagi memudahkan pergerakan di sekitar campsite
3. Botol Minuman
Umum mengetahui akan kepentingan Air terhadap tubuh badan manusia. Sentiasalah bawa botol minuman dan pastikan ia sentiasa diisi dengan air.
4. Lampu Suluh (FlashLight)
Semasa berkhemah, khususnya jika anda berkhemah di kawasan hutan dan pergunungan, sudah pastinya sumber pencahayaan amat terhad. kebergantungan asas hanyalah pada cahaya semulajadi seperti bulan dan juga cahaya dari unggun api (campfire). Lantas, lampu suluh amat diperlukan oleh setiap orang. Terdapat pelbagai jenis lampu suluh dipasaran yang bersifat lightweight atau ringan. Ada juga yang gemar menggunakan HeadLamp. Penggunaan Lampu suluh akan memudahkan pergerakan anda sepanjang anda berkhemah, khususnya diwaktu malam. Bateri ekstra jangan lupa ya.
5. Perkakas Pelbagai (Multi-Tool)
Ia adalah satu set perkakas pertukangan yang bersifat mini tetapi sangat berguna. Antara perkakas multi-tool yang baik merangkumi Pisau Swiss Army dan seangkatan, playar, Pemutar Skrew dan pelbagai lagi. Dalam pasaran barangan outdoor, sudah terdapat pelbagai jenis Multi-Tool yang telah dipasarkan yang bersifat lightweight dan mini.
6. Kit Ikhtiar Hidup (Survival Kit)
Kebiasaannya, survival kit mengandungi alat-alat untuk ikhtiar hidup seperti pisau, lighter atau batu asah untuk menyalakan api, wisel, tali dan pelbagai lagi. Kita tidak boleh menolak kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh berlaku semasa berkhemah seperti sesat. Oleh itu, persediaan kit ini adalah satu perkara wajib.
7. Plastik Sampah
Sentiasalah bawa untuk menyimpan pakaian-pakaian yang kotor, ataupun sampah-sarap dari makanan dan jajan yang kita bawa. Selain itu, jika ingin berlatih menjadi budiman, boleh turut mengutip sampah-sarap yang ditemui sepanjang perjalanan dan perkhemahan. Sama-sama kita menjaga dan melestarikan alam yang dikurniakan oleh Allah SWT ini kepada kita.
Untuk barang-barang lain yang bersifat peribadi lain, korang boleh bawa mengikut juga mengikut keperluan. Contohnya buku, diari atau jurnal, jajan dan lain-lain kelengkapan diri ya.
7. Plastik Sampah
Sentiasalah bawa untuk menyimpan pakaian-pakaian yang kotor, ataupun sampah-sarap dari makanan dan jajan yang kita bawa. Selain itu, jika ingin berlatih menjadi budiman, boleh turut mengutip sampah-sarap yang ditemui sepanjang perjalanan dan perkhemahan. Sama-sama kita menjaga dan melestarikan alam yang dikurniakan oleh Allah SWT ini kepada kita.
Untuk barang-barang lain yang bersifat peribadi lain, korang boleh bawa mengikut juga mengikut keperluan. Contohnya buku, diari atau jurnal, jajan dan lain-lain kelengkapan diri ya.
ITEM YANG PERLU ADA BAGI SESEBUAH KUMPULAN CAMPER
Perlu diingat, item yang disenaraikan di sini perlu dibawa oleh anda seorang diri jika anda melakukan solo-hiking. Budaya solo hiking sudah menjadi satu trend bagi beberapa buah negara seperti di Amerika dan beberapa negara lain.
1. Khemah (Tent)
Khemah berfungsi sebagai tempat tinggal dan perlindungan bersifat sementara. Ia juga melindungan kita dari cuaca sejuk atau panas yang melampau. Terdapat beberapa jenis dan saiz khemah. Ada khemah yang boleh memuatkan 1 atau 2 orang, dan ada juga khemah yang mampu memuatkan lebih kurang 5-6 orang.
2. Penapis Air (Water Filter / Purifier)
Jangan sesekali minum air yang tidak dirawat walaupun anda berada di kawasan pergunungan di mana airnya kelihatan segar dan jernih. Ia berpotensi mengandungi bakteria-bakteria yang akhirnya akan membawa anda kepada kesakitan dan hospital. Jika darurat sekalipun, pastikan air ditapis / dirawat ataupun di didihkan terlebih dahulu.
3. Dapur Memasak
Dah nama pun dapur memasak, semestinyalah untuk kita memasak. Dapur memasak harini ini semakin moden untuk penggiat outdoor, ia lebih kecil, ringan, dan mudah dibawa. Pastikan juga anda membawa gas tambahan.
4. Kit Bantuan Kecemasan (First-Aid Kit)
Ada orang hanya menggabungkan beberapa jenis ubat didalam kit survival. Tetapi adalah lebih baik jika kita mempunyai satu kit khas yang mengandungi segala keperluan perubatan asas
5. Mess Kit
Ia adalah barangan yang kita gunakan untuk menyedia, memasak dan menghidangkan makanan semasa berkhemah. Item-item yang mess kit termasuklah pinggan dan mangkuk, gelas, mangkuk, kuali, dan sebagainya. Anda juga boleh saja bawa Mess Kit anda secara persendirian.
6. Peta (Map)
Peta bukan sahaja membantu bagi mengelakkan anda sesat, ia juga dapat memberi informasi tentang lokasi anda yang terkini dengan destinasi yang ingin dituju. Jadi, anda boleh membuat anggaran untuk perjalanan anda dari segi masa rehat sepanjang perjalanan. Peta kini boleh didapati dalam bentuk digital yang kini dipasarkan secaa meluas dipasaran ya. Walaubagaimanapun, anda masih juga disarankan untuk bawa peta kertas sebagai back up :) Always have a back up plan guys.
Ada lagi yang korang rasa PERLU DIBAWA? Sila kongsikan di ruangan komen. Respon anda adalah amat kami hargai
P/S: Nak dapatkan barangan outdoor yang BERPATUTAN dan BERKUALITI?
>>>>>>>>>>>>>>>>>KLIK DI SINI !!! KLIK DI SINI !!!<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
BARANG YANG WAJIB DI BAWA UNTUK CAMPING !!
By Aliff Arifen
Bukit Chenuang ini terletak di Daerah Hulu Langat. Jadi bagi mereka yang ingin menambahkan check-list hiking khususnya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, Bukit Chenuang adalah sebuah lokasi yang wajar anda kunjungi.
Terletak di Hulu Langat, bukit ini begitu berhampiran dengan kawasan-kawasan
rekreasi yang lain seperti Hutan Lipur Gunung Nuang, Bukit Batu Kumbang
Air Terjun Sg.Gabai dan beberapa lagi lokasi.
Sedikit maklumat tentang bukit ini:
- Ketinggian: 2788 kaki (840 meter)
- Lokasi: Hulu Langat, Selangor
- Tempoh: 2-3 jam untuk ke Bukit Chenuang
- Tahap kesukaran : Sederhana
Trek dari Entrance Hutan Lipur Sungai Congkak ke Puncak Bukit Chenuang ini adalah jelas. Terdapat tanda arah yang disediakan bagi memudahkan para pendaki. Sepanjang perjalanan juga, anda akan menemui beberapa batang anak sungai dan dijangka dalam 2-3 jam untuk ke Puncak Bukit Chenuang
Anda boleh menaiki Bukit Chenuang melalui Hutan Lipur Sungai Congkak. Waze sahaja ya. kawasan Hutan Lipur Sungai Congkak ini sangat menyegarkan apabila sepanjang laluannya, kita akan diiringi oleh aliran Sungai. Terdapat juga chalet, rest house di sepanjang sungai bagi mereka yang ingin berkelah serta bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Di dalam Hutan Lipur ini juga telah disediakan tandas dan bilik mandi. Bayaran masuk yang dikenakan pula hanya RM5 termasuk permit manakala RM15 (parking di dalam). Anda juga tidak perlu risau tentang makanan kerana sepanjang perjalanan anda dari Pekan Hulu Langat ke Entrace Hutan Lipur Sungai Congkak ini terdapat pelbagai gerai makanan dengan pelbagai juadah makanan.
Dengan jarak masa kurang lebih 20-30 minit saja dari kawasan KL dan Lembah Klang, semestinya lokasi ini harus anda lawati. Melihat kawasan hutan Hulu Langat yang masih kekal terpelihara, suka saya ingatkan agar sama-sama kita turut serta menjaga kebersihan kawasan hutan ini dan di mana-mana sekalipun kita berpetualang agar alam flora dan fauna akan kekal terpelihara.
HIKING DI BUKIT CHENUANG | HULU LANGAT
By Aliff Arifen
Ke mana-mana sahaja kita pergi untuk melakukan aktiviti seharian kita, sudah pasti kita akan menemui pelbagai orang, samada yang dikenali mahupun orang asing. Sebagai contoh, anda menghadiri majlis-majlis formal / tidak formal seperti kenduri kendara, menyertai program hiking bersama rakan-rakan baru atau dalam perlajalanan untuk pulang ke destinasi masing-masing. Bagi sesetengah orang, masyarakat sekeliling bukanlah satu keutamaan tetapi ada juga sebahagian besar yang lebih gemar untuk berbual dengan orang bagi meluangkan masa mereka. Pada pandangan mereka, dengan berinteraksi bersama orang lain, mereka dapat asah skill komunikasi, mendapat input baharu, dan belajar melihat sesuatu perkara dari perspektif orang lain.
Di sini, ada beberapa rahsia mudah bagi anda yang teringin untuk ada perbualan dengan stranger tapi tidak tahu bagaimana untuk mulakannya. Untuk langkah awal, anda harus membaca postur orang yang ingin anda approach itu, samada dia dalam keadaan yang sibuk atau tidak sebelum anda mulakan langkah pertama. Jika dari pengamatan anda, mereka hanya melihat kawasan persekitara, tidak terlalu sibuk melakukan sesuatu yang penting, anda sudah boleh bersedia untuk mendekati mereka dengan jarak yang memadai, mereka dan mulakan langkah Pertama.
1. CAKAP SAHAJA (SPIT IT OUT!)
Anda jangan terlalu lama untuk mengeluarkan perkataan sapaan anda. Semakin lama anda tangguh, semakin kurang potensi perbualan untuk terjana. Semestinya, perkataan pertama sentiasa menjadi perkara paling sukar untuk diluahkan bagi kebanyakkan dari kita. Antara cadangan mudah ialah mulakan dengan Assalamualaikum bro / pakcik/ cik / sis / ataupun Hi dan Hello. Perkataan pertama di macam pintu gerbang, apabila ia berjaya dibuka, segalanya boleh keluar lepas tu :) Mulakan dalam hati, one, two, __Go__ (Say it!))
2. EKSPRESIKAN 'SMALL TALK'. TANYA SOALAN GENERAL / UMUM
Small talk ni luas. Secara umummnya, ia adalah satu cara untuk elakkan ackward silence dengan bercakap tentang perkara yang umum. Contohnya, anda berada di majlis perkahwinan dan semeja dengan strangers, anda boleh mulakan :
Anda : Huhh ramai betul yang datang harini kan.
Stranger: Tu la bro, nak nak hujung minggu ni kan.
Anda: betul lah tu, bro dari mana? ....
Stranger:
Maka bermulalah perbualan anda dengan stranger. Anda soalan umum yang korang boleh tanya, "bila last datang sini bro?", Selalu ke datang sini bro?", "Dulu sama sekolah / kampus dengan si Mamat eh"
Jika anda berada di ruang menunggu seperti di stesen bas, klinik dan sebagainya, "berapa lama dah tunggu bro, nak ke mana tu?. "Apa update terbaru harini bro? Saya tak dan lagi belek surat khabar atau skrol portal online". Korang kena jadi SPY sikit, intip situasi sekeliling untuk mencari bahan yang boleh digunakan sebagai pemula atau starter material
3. CARI TITIK PERSAMAAN 'SAYA JUGA' atau 'ME TOO'
Manusia secara psikologi akan lebih cenderung untuk lebih terbuka (Vulnerable) dengan mereka kelihatan mempunyai situasi yang lebih kurang atau sama dengan kita. Sebagai contoh,
Stranger: Saya tak prefer sangat naik datang sana time weekend.
Anda: Saya pun! Sama la kita bro. Pernah dulu saya stuck hampir 1 jam di jalan, padahal jarang 1.6 K saja.
Walaupun anda mencari titik sama, tidak bermakna anda tidak menghargai perbezaan. Hormatilah mereka sekiranya ada kata-kata dan respon mereka yang berbeza dari fikiran anda. Anda boleh secara mudah untuk respon, "Saya Faham bro".
4. BERI PUJIAN YANG KASUAL TAPI ASLI (AUTHENTIC)
Manusia secara umum, suka didengari, dilihat, dan dihargai. Ada banyak cara untuk memberi pujian umum yang asli dan tidak dibuat-buat. Jangan try hard sangat. Sebagai contoh, "Wah bro, saya tengok bro dari tadi membaca buku tu sambil menunggu, power lah bro, jarang orang amalkan habit membaca nak nak di kawasan yang crowded macam ni kan" atau, "Style bro backpack tu, saya minat jugak brand tu, tahan lasak dan berjenama, tapi poket belum mengizinkan, beli kat mana tu?".
5. TANYA PENDAPAT
Point ini secara umum lebih kurang dengan point 4 di mana kita sedang menantikan respon atau pandangan dari stranger tentang sesuatu perkara. Tapi, janganlah anda tanya perkara-perkara yang terlalu bersifat teknikal ataupun spesifik melainkan anda telah yakin akan background stranger itu. Tanyalah dengam umum, "Okay tak bro minum coffee tu? Saya biasa minum coffee X, tengok ramai juga minum coffee tu" atau "apa pandangan bro tentang ..... ?"
Apabila mereka nyatakan pendapat mereka, dengar elok-elok! Ingat ni, dengar bukan sebab korang nak fikir apa nak respon, tapi korang dengar sebab korang betul-betul nak dengar. Stay genuine and authentic bak kata orang putih.
6. FOKUS (BE PRESENT)
Anda harus fokus sepanjang perbualan agar anda dapat membuat konklusi dan soalan seterusnya berdasarkan apa yang anda faham dan apa yang anda ingin tahu lebih lagi. Elakkan dari berfikir perkara lain. Macam mana nak fokus, EYE CONTACT mesti jaga, Telinga kena pasang, faham, bukan dengar sahaja ya.
So, lepas ni korang dah tak perlu risau macam mana nak mulakan perbualan dengan strangers lagi. Kalau nak pergi rumah bakal bapak mertua pun boleh adapt teknik asas ini yea. Just make sure korang stay humble, rendah diri, hormat menghormati, gunakan bahasa yang mudah dan jelas untuk respon. Korang juga boleh tambah lagi tips tips lain yang mungkin artikel ini terlepas pandang. Sama-sama kita berkongsi informasi. Semoga tips asas ini bermanfaat. Nanti dah nak balik raya kan? Selamat Mencuba
Photo by Priscilla Du Preez on Unsplash |
6 RAHSIA START CONVERSATION DENGAN STRANGER
By Aliff Arifen
1.LUANG MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN
Aktiviti boleh menjadi salah satu cara paling menarik dan berkesan untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, rakan-rakan, ataupun orang yang tersayang. Bukan sahaja anda dapat meluangkan masa berkualiti, ia juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anda.
2. MENIKMATI ALAM SEMULA JADI
Salah satu dari keagungan yang Maha Esa adalah alam semesta ini yang merangkumi darat, lautan dan udara. Hiking menarik minat bagi mereka yang ingin menyaksikankeindahan alam semula jadi di darat dan dihutan. Dengan hanya berrjalan di dalam hutan dan menikmati pemandangan serta bunyi bunyi hutan semestinya adalah sesuatu yang seronok.Tidak kurang juga ada di antara hikers yang suka untuk mempelajari perkara-perkara baru seperti ilmu hutan,jenis-jenis tumbuhan dan haiwan-haiwan. Sambil-sambil menikmati, ada antara hikers yang suka mencabar diri dengan misi untuk mencapai objektif masing-masing. Contohnya, cabar diri untuk sampai ke puncak bukit dalam tempoh kurang dari 1 jam. Kejayaan menyeselaikan misi itu dilihat sebagai satu pencapaian yang akan melahirkan satu perasaan kepuasan atau self-fulfillment.
3. KETENANGAN MINDA
Ini adalah antara faktor yang umum bagi mereka yang kerap hiking. Setelah penat berhempas-pulas bekerja di kota mahupun desa, memikirkan hal ehwal dunia yang tidak berkesudahan kerana itulah kehidupan, hiking dilihat sebagai satu hari untuk keluar seketika dari dunia tersebut. Apabila berada di dalam hutan, ia hanyalah antara anda sebagai hikers, dan alam semula jadi. Ada antara mereka yang gemar untuk membuat refleksi diri di dalam hutan, di kawasan air terjun. Yalah, kita ni sebagai manusia, tidak lepas dari kesilapan kan. Jadi dengan minda yang tenang, proses refleksi akan lebih neutral dan berkesan, sekali gus memperbaiki diri kita, InsyaAllah.
4.KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL
Ini adalah kesan atau Outcome fizikal dari aktiviti hiking. Hiking dilihat sebagai satu cara menarik dan seronok untuk menjalani aktiviti fitness. Ramai orang didapati lebih suka pergi hiking berbanding stay indoor bersama treadmill di rumah mahupun di gym (pilihan masing-masing). Dengan hiking, anda bukan saja dapat semua kebaikan di atas, tapi juga memberi kesan positif kepada perkembangan fizikal anda, sekali gus membuatkan anda lebih sihat dan segar. Pastinya anda akan lebih produktif!
5. BINA KAWAN BARU (NETWORKING)
Tidak dinafikan, sepanjang perjalanan hiking, kita akan menemui dan mengenali lebih ramai rakan-rakan baharu. Networking pun akan terjalin dari aktiviti ini dan berpotensi menjadi lebih produktif jika anda benar-benar manfaatkannya.
6. CARI JODOH
Fitrah manusia, sudah pastinya kita ingin mencari jodoh, bina keluarga, mendapatkan zuriat. Betul kan ? Jadi, ada juga mereka yang berpendapat hiking adalah salah satu event di mana anda dapat mencari calon-calon yang berpotensi untuk mencari jodoh, tambahan pula apabila masing-masing berkongsi minat yang sama. Haa kepada korang yang tak jumpa-jumpa lagi jodoh walaupun dah berpuluh-puluh kali pergi hiking, apa kata korang ikhtiar mencari calon jodoh korang di sini Baituljannah.com . Dengar kata, ramai yang dah berjaya. Tak rugi usaha dan cuba kan. Semoga urusan korang dipermudahkan.
Akhir kata, pada masa akan datang, kalau korang nak cari aktiviti menarik untuk dilakukan di hujung minggu, boleh cubalah aktiviti hiking ni yea, bukan sahaja korang akan stay fit, malah akan lebih segar dan bersedia untuk menghadapi cabaran, dugaan dan masalah di masa depan. Ada satu frasa mat saleh ini kata, Kebahagiaan terhasil apabila kita berjaya menyelesaikan masalah. Bagaimana anda nak selesaikan masalah jika anda tidak segar dan bersedia kan?. Paling penting, korang akan lebih menghargai alam semulajadi ini dan sentiasa memperingati sang Pencipta yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. So, Selamat Mencuba guys.
Photo by Danka & Peter on Unsplash |
6 SEBAB UTAMA ORANG SUKA HIKING
By Aliff Arifen
Subscribe to:
Posts (Atom)